:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Jumaat, 30 Julai 2010

Slim River Night Ride-Tipah tertipu! (28 Julai 2010)

"Tipah tertipu bang, tipah tertipu!! Tipah sangka mereka semua lelaki yang jujur dan boleh dipercayai. Muka mereka, kecuali tukangkebun walaupun tak kacak tapi adalah jugak sikit-sikit cahaya kebenaran. Kalau sekali takpe jugak.. Tipah masih boleh pendam bang.. tapi ini sudah 4 kali bang! 4 kali dalam satu malam Tipah terkena bang! Itu terlalu hardcore buat Tipah bang!! Yang paling Tipah tak tahan ialah bukan setakat yang muda.. yang tua rupanye lagi rakus bang!! Diorang lah yang mula dulu bang... Diorang buat Tipah sampai lembik bang..!! 4 kali bang.. 4 kali... Tipah tertipu bang! Tipah tertipu!!"

Tanjung Malim. Rabu, 28 Julai 2010. Begitulah luahan hati seorang pengayuh bernama "Tipah" (bukan nama & jantina sebenar) yang meluahkan kekesalannya atas tindakan sekumpulan 15 pengayuh yang hanya pandai memberikan janji manis kononnya untuk kekal bersama dalam peloton baik ketika terang maupun gelap dan mengekalkan corak kayuhan rilek baik ketika kuat maupun semput.

Tipah Tertipu #1
Pada mulanya kayuhan yang bermula 8.45pm sejauh 60km dari Tanjung Malim~Behrang Ulu~Kg Slim~Slim River~Behrang Stesyen~Tanjung Malim itu berjalan lancar. Bagaimanapun ketika menghampiri Kg Sungai Dara, tindakan seorang pengayuh road bike bernama Pak Din yang tak tahan melihat keslowan pengayuh-pengayuh MTB "tayar landrover", menyebabkan peloton terpisah jua akhirnya. Tanpa menoleh ke belakang, kumpulan yang ditarik Pak Din telah memecut hinggalah tiba di Kg Slim. Setelah berenti beberapa ketika, peloton belakang akhirnya sampai dan bersatu semula.

Tipah Tertipu #2
Kali ini semua pengayuh berjanji sekali lagi untuk berkayuh dalam peloton dengan kelajuan sederhana untuk mengelakkan ada yang tertinggal. Pak Din turut dipaksa menaiki MTB milik In manakala tukangkebun pulak mengetest road bike Pak Din. Wow! Patut la Pak Din laju tak hengat! Rupa-rupanye road bike ni ringan tak hengat. Laju. Pickup betul! Rasa macam naik superbike. Malangnya tindakan ikhlas tukangkebun yang sekadar nak test power road bike dengan memotong sambil gelak-gelak jahat telah disalah-ertikan oleh pengayuh-pengayuh landrover yang lain. Apa lagi, berpecah lapan la peloton 10km sampai Slim River! 1st time tukangkebun duduk dengan geng depan. Biasa kene tinggal aje!

Selepas berehat minum-minum di Slim River, perjalanan balik diteruskan mengikut jalan besar Ipoh-KL. Semua pengayuh diingatkan untuk kekal dalam satu barisan aje dan jangan pecut. Laluan ini sangatlah tidak direkomen untuk dikayuhi ketika malam hari. Terlalu bahaya untuk mana-mana basikal berkelajuan kura-kura. Namun kami sengaja nak test pasal ada support car yang follow kat belakang. Kali ini kami bergerak betul-betul dalam satu barisan, betul-betul tepi jalan dan betul-betul tak laju. Tiba-tiba aje Pak Din yang dah dapat balik road bike sekali lagi memotong sambil kata "laju sikit.. slow sangat!" Tapi belumpun sempat nak laju tiba-tiba geng depan brek emergency! Rupanye tayar Pak Din pancit la.. Kahkahkah!!

Tipah Tertipu #3
Selepas itu kayuhan bersambung sampai la Behrang Stesyen. Pengayuh membelok dari jalan Ipoh-KL ke jalan yang lebih selamat iaitu Behrang Stesyen~Proton City~Tg Malim. Jalan ni memang sunyi, gelap dan sedap. Mula masuk aje dah dengar suara Izani "henjut! henjut!!" Apa lagi, segala disiplin peloton terus dilupakan. Sekali lagi berlaku aksi attack-mengetack sampai abis kedua-dua lane dipakai! Kemudian berenti dekat trafic light Behrang Ulu menunggu pakar towing TMBikers; Abad & Leong yang menolong rider baru iaitu Wan. Turut sama ialah Qadri dan Fisol.

Tipah Tertipu #4
Selepas mengucapkan babai kepada Fisol & Wan (datang kemudian parking kat Behrang Ulu) dan Pakdin (tumpang Fisol) kamipun berkayuhlah balik ke Tg Malim. Setelah 3 kali menghenjut sehingga abis kering air dalam badan semua pengayuh untuk kesekian kalinya bersetuju untuk "slow-slow" ajelah. Penat woi. Tapi akhirnya sekali lagi Tipah tertipulah jugak. Dimulakan oleh Abad dan difollow Izani, merempitlah lagi.. Zaki dengan Leong siap tunduk pegang fork lagi! Hampeh betul! Nak kejor ape diorang ni?!

Lunyai Tipah!
Apapun kami kat TMBikers nak ucapkan selamat datang kat member baru kami iaitu Wan. Jangan serik Wan. Ride ke Slim River ni memang sempoi. Habis lunyai. Tipah tertipu bang.. Tipah tertipu!!


Syakir yang dah lama tak kayuh muncul akhirnya!

Minum-minum. Dari kiri: In, tukangkebun, Zaki, Pak Din, Jeff & Dzan.

Dari kanan: Izani, Fisol, Wan (terlindung), Abad & Leong. Takde bergambo: Khairul, Faisal, Boy, Syakir

Gambo last Dzan kat jalan Ipoh-KL. Bateri abis la Tipah!

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails