:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Jumaat, 23 Julai 2010

Le Tour de Kampung Slim (21 Julai 2010)

Rabu, 21 Julai 2010. Pada malam rabu yang lepas, sekumpulan adik-adik remaja yang takde keje telah mencari keje dengan berbasikal secara berpeloton dari Tanjung Malim, Perak menuju Kampung Slim yang juga terletak di Perak. Walaupun rancangan asal hanyalah untuk berkayuh ke Changkat Asa, tetapi disebabkan jiwa remaja yang sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru maka seorang adik yang gemar berkebun telah mencadangkan laluan ini. Maka bersetujulah 8 orang remaja itu dengan diketuai oleh ketua kelab ping-pong SKTM iaitu adik Zaki yang acap kali berkayuh ke Kg Slim dan kadang-kala tersprint hingga ke Slim River.

Perjalanan sejauh 44km pergi dan balik ini begitu lancar dan tiada seorangpun yang berpecah daripada peloton. Tambahan pula jalan ke Kg Slim begitu gelap dan sunyi, mana la adik-adik yang masih bersekolah ni berani nak keluar peloton. 2 orang adik yang agak kuat kerana rajin minum susu dumex iaitu adik Izani Contador dan jugak adik Leong Schleck telah bergilir-gilir menarik adik-adik yang lain. Setibanya di Kg Slim kumpulan pengayuh adik-adik remaja berpeloton ini telah dibelanja dengan air panas oleh adik Leong di sebuah restoran yang agak meriah di situ. Mereka semua selamat kembali ke rumah masing-masing kira-kira jam 12.00am. Perjalanan sehala mengambil masa lebih kurang 1 jam. Kesemua adik-adik remaja ini bergembira dengan kayuhan ini dan berharap ibu bapa mereka akan memberi izin untuk mereka berpeloton lagi. Babai kawan-kawan. Jumpa lagi!


Di awal perjalanan lagi adik-adik ni sudah berpeloton

Aiks! Dah sampai?! Gembiranya adik-adik kita minum air di Kg Slim

Selepas minum, adik-adik berpatah balik ke Tg Malim

Takde sorangpun adik-adik yang berani pandang belakang

Dari kiri: adik Izani, adik In, adik Qadri & adik Zaki.

Satu barisan aje ketika naik bukit selepas Air Terjun Sungai Bil

Adik-adik mengikut tanda jalan. Tg Malim ke kiri.

Adik Qadri, In, Leong, Zaki & Izani ketika menunggu adik Khairul yang ditarik mengkarung kat bawah flyover Proton City.

Nasib baik adik kebun armstrong takde apa-ape, cuma sengal punggung aje..

Related Posts with Thumbnails