:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Khamis, 29 Januari 2009

Kayuhan Jati Diri Kuala Kangsar 28-29 Jun 08 (UPDATED WITH MORE VIDEO CLIPS)

-Artikel dari blog lama-


Seperti yang dijanjikan, berikut di coretkan rentetan peristiwa sepanjang MTB Jamboree (Kayuhan Jati Diri) Kuala Kangsar 2008 yang berlangsung pada 28-29 Jun 2008...

Tm Bikers yang diwakili oleh AO telah membuat satu pakatan dengan ROP untuk sama berjuang dalam Jamboree kali ini...

Sekalung tahniah kepada sekretariat Kayuhan Jati Diri Kuala Kangsar kerana telah berjaya menganjurkan Jamboree kali ini...

Tak lupa juga, Ucapan terima kasih kepada rakan2 di Ipoh, En GABAN (Pemandu Pelancong) Abang Mae Giantkuning dan Sham Kute (sweeper) Ju9(thanks for the cap bro)Gee Gerabak, Man Pisang dan lain2 yang tak dapat disebutkan namanya di sini...

Juga sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ROP geng yang telah menerima sdr AO menyekutukan diri bersama team mereka... Jasa baik dan layanan baik Geng ROP tidak akan dapat dilupakan... Cuma sabor je la bagi sesaper yang tak dapat tidor malam tu kalau si AO tu buat hal... Biasa la dia tu... Bukan buleh dok diam2...

Berikut adalah serba sedikit rakaman peristiwa sepanjang program Kayuhan Jatidiri ini....

Baru sampai... Nak pekena dulu... Lapar la pulak... Tiba di tempat penginapan yang telah dijanjikan oleh abang Mae Giantkuning... Haaa... Si AO dah mula plak daaahhhh..... Apa lagi citer dia tuu... Adoiii...



Operasi mengisi bladder dengan air jampi penambah kekuatan... hehehehe....
Sesi makan beradap... Abis makan... Balik ke rumah rehat... Tapi tak rehat gak... Kena setting besikal plak...




AO dengan Giant chromenya... Inilah dia jentera AO... Nombor pendaftaran 380... Di garisan permulaan sebelum flag down.... 0700 pagi bai...

Maka bermulalah kayuhan dan siri2 tolakan....



Sampai Stage 3... Brek basikal Bro Enul buat hal... Tapi dengan semangat juang yang tak patah... Kayuhan diteruskan juga... Pakai brek belakang jer... Respect you bro..





Dengan semangat yang kental yang tak pernah padam... Akhirnya AO dan geng bersekutu ROP berjaya menghabiskan kayuhan sejauh 45km... Keempat2 stage telah dapat ditawan... Buktinya tu dia kat atas... Gambo no plate dengan 4 sticker mewakili 4 stage... No 380 tu AO le punye... Yang lelain tu... ROP geng.... Tahniah kepada semua...

Jarak Keseluruhan Kayuhan - 45km
Yang bestnya trail ni - Downhill ada umph...,single trail menarik, Bukit pun sempoi..., penanda arah... excellent...
Yang tak bestnya trail ni - tarmac ride panjang sangat... Kesimpulan keseluruhan - Awesome ride guys... awesome ride...!

VIDEO CLIP SEKITAR KAYUHAN JATI DIRI KUALA KANGSAR...

Layan DH....
video

Layan single trek....
video

AO Jumpa brader pakai helmet sama macam dia daaaa.....
video

Ladang sawit... Ladang getah... Perghh.... Layaannnn...
video

Single trek lagiii.... Ladang buah naga la pulak....
video

-ARTIKEL ASAL DARI NUKILAN SAUDARA A.O-

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails