:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Jumaat, 13 Februari 2009

Perihal paintball.. markier... gotcha...


Permainan yang agak lama bertapak di Malaysia dan sentiasa berkembang dengan pertambahan kumpulan peminat tersendiri.. TMbikers juga tak mahu lepaskan peluang berkenal2 dengan sukan yang termasuk dalam kategori ekstrem ini...

Menggunakan peralatan khas yang utama seperti senapang atau "marker" dan beberapa peralatan keselamatan tambahan.

Peralatan utama Paintball

Asasnya, permainan ini berkenaan menembak pihak lawan dan elakkan diri dari ditembak... sekali tertembak,.. terkeluarlah kita dari permainan...

Dan peraturan khusus untuk setiap permainan adalah berbeza samada menawan kawasan/bendera musuh, menembak semua musuh atau bertahan tanpa dirembak dalam jangkamasa tertentu... mungkin banyak lagi aturan yang ada mengikut kesukaan pemain ataupun ditentukan penganjur...

Aksi pemain

Permainan ini boleh dimainkan samada di arena buatan Indoor/outdoor ataupun di kawasan semulajadi samada bangunan2 lama atau hutan bagi mendapatkan suasana yang lebih mencabar... rasanya kebanyakan arena yang tersedia di negara kita adalah arena buatan (samada indoor atau outdoor)

Aksi pemain di arena semulajadi/terbuka




Arena/padang buatan (indoor)



Arena/padang buatan

Berbeza dengan arena hutan/ kawasan semulajadi, arena buatan selalunya menggunakan "bunker" folie atau getah sebagai hadangan dan perlindungan dan selalunya setiap pemain boleh menjangka pergerakan pemain lawan berdasarkan susunatur dan kedudukan bunker..
Di kawasan hutan pula tentunya lebih mencabar dengan persekitaran yang lebih terlindung dan pergerakan pemain lawan yang lebih sukar untuk diduga...

Tetapi, apa sekalipun suasananya, bagi seorang "beginner", dapat pegang dan menembak "marker" saja pun sudah menyeronokkan...

Dan tentulah banyak lagi perkara teknikal dan peraturan yang perlu diketahui serta "taktik" dan selok belok permainan dan peralatan yang perlu dipelajari....

Sehingga berjumpa lagi....


****p/s : Azri,.. mungkin lps ni TMBikers kena tambah jadi "TMBikers & Markers" kot .. hehehe

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

centeeekkkk.... pojie... hang balik nanti kita layan paintball pulakkkk.... kuikuikuikuikui...

Related Posts with Thumbnails