Saudara Wan,
Saya cuba untuk menulis setakat pengetahuan saya,.. maaf kalau ada mana2 pernyataan yang tersilap,.. saya masih baru dan masih banyak perlu belajar,.. sama2 kita berkongsi...
Kalau ditanya brand apa yang bagus, saya pon x tahu...hehehe. Biasanya mana2 brand pun yang dalam kategori kegunaan dan harga yang sama, mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.. Begitu juga dengan accesories dan komponen2. Jadi bagi kita yang beginner ini, seeloknya ambilkira kegunaan, fungsi, keselesaan dan kesesuaian untuk diri dan bajet kita. Seterusnya kita ambilkira bagaimana nak buat setting yang sesuai untuk kayuhan XC.
Selalunya pilihan untuk XC ialah frame Hard Tail (HT) ataupun Full Suspension (FS) dgn travel yang relatifnya sedikit/pendek. Biasanya travel bg fork untuk XC : 80-100mm dengan sistem tekanan angin dan untuk suspensi belakang travel antara 30-50mm. Sistem suspensi angin lebih sesuai berbanding hidraulik atau spring(pada suspensi belakang) kerana jadikan basikal lebih ringan. Begitu juga material untuk komponen2 lain dari frame hinggalah groupset- penggunaan alloy hinggalah karbon yang menentukan berat basikal;.. lebih ringan lebih baik..
Untuk XC, berat basikal antara faktor yg diutamakan. Dan untuk kita, bajet dan poket menjadi penentunya...
Setting basikal untuk kayuhan XC:
-Set tinggi saddle dengan mengukur jarak dari tumit hingga punggung.-dengan cara duduk atas seat dan luruskan kaki dan pijak pedal dengan tumit, jadi bila waktu kayuhan nanti (sentuhan pd bhg depan tapak, bukan tumit), lutut kita akan sedikit bengkok dan dapatkan kayuhan dan momentum dari kaki yang optimum.Saya cuba untuk menulis setakat pengetahuan saya,.. maaf kalau ada mana2 pernyataan yang tersilap,.. saya masih baru dan masih banyak perlu belajar,.. sama2 kita berkongsi...
Kalau ditanya brand apa yang bagus, saya pon x tahu...hehehe. Biasanya mana2 brand pun yang dalam kategori kegunaan dan harga yang sama, mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.. Begitu juga dengan accesories dan komponen2. Jadi bagi kita yang beginner ini, seeloknya ambilkira kegunaan, fungsi, keselesaan dan kesesuaian untuk diri dan bajet kita. Seterusnya kita ambilkira bagaimana nak buat setting yang sesuai untuk kayuhan XC.
Selalunya pilihan untuk XC ialah frame Hard Tail (HT) ataupun Full Suspension (FS) dgn travel yang relatifnya sedikit/pendek. Biasanya travel bg fork untuk XC : 80-100mm dengan sistem tekanan angin dan untuk suspensi belakang travel antara 30-50mm. Sistem suspensi angin lebih sesuai berbanding hidraulik atau spring(pada suspensi belakang) kerana jadikan basikal lebih ringan. Begitu juga material untuk komponen2 lain dari frame hinggalah groupset- penggunaan alloy hinggalah karbon yang menentukan berat basikal;.. lebih ringan lebih baik..
Untuk XC, berat basikal antara faktor yg diutamakan. Dan untuk kita, bajet dan poket menjadi penentunya...
Setting basikal untuk kayuhan XC:
-Set kedudukan saddle, samada menunduk atau mendongak. Ini lebih kepada keselesaan kita. Jika terasa beban pada tangan semasa mengayuh, mungkin saddle terlalu menunduk,.. jadi kita perlu dongakkan sedikit. Jika saddle terlalu mendongak pula mungkin akan sakit pada pinggang dan punggung.. apa2pun bergantung pada keselesaan...
-Tinggi handlebar : untuk XC, kedudukan/tinggi handlebar diukur dengan aras ketinggian saddle. Selalunya antara 1 hingga 2 1/2 inci lebih bawah dari saddle.. Kedudukan handlebar yang rendah membantu semasa mendaki dan kedudukan handlebar tinggi memberi imbangan semasa turun bukit. Jadi pilih satu kedudukan/ketinggian yang seimbangkan antara tinggi-rendahnya. Kita boleh tentukan kedudukan tinggi-rendah handlebar menggunakan jenis handle samada flat atau risebar dan juga kedudukan stem-dengan tambah atau kurangkan guna "spacer" atau ring pada bawah stem.
-Penggunaan tayar, pilih tayar yang sesuai untuk kegunaan XC, tidak terlalu besar atau dengan bunga yang tebal. Seeloknya ketahui seba sedikit berkenaan kondisi trail yang kita gunakan untuk dapatkan tayar yang sesuai (dari segi saiz, corak bunga dan kekenyalan).. Tayar besar dengan bunga tebal lebih mencengkam dan stabil untuk turun bukit tetapi memeritkan untuk kayuhan jauh-landai dan mendaki... tambah2 bila diatas tarmac, berdengung macam tebuan..
Itulah serba sedikit,.. sekali lg minta maaf dan harapkan pembetulan atas kesilapan dan sangat2 dialu2kan kalau ada tambahan info.... sama2lah kita berkongsi...
***p/s: kalau nk mencari basikal terpakai (atau kadang2 ada juga baru).. cuba layari http://bicyclebuysell.com/ .. boleh deal direct dengan penjual dan berunding harga... cuma perlu sedikit berhati2 dengan transaksi di internet.. seeloknya buat temujanji dan bersemuka...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan