:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Rabu, 11 Februari 2009

Inspirasi Obama....

**tukar topik skit, sembang serius plak... ok kot noo, Azri? hehehe..


Sempena suasana politik Malaysia yang tiba2 "meriah", sesekali seronok jugak sembang2 bincang politik..

Kayuh tetap kayuh,.. sambil tu cerita2 sekeliling pun kena prihatin jugak...

Tak apalah,.. hal2 politik kita, biarlah org2 politik yang kasik settle.. mmg yg tu kerja depa.. kerja kita untuk nilai sendiri mana baik-buruk.. mana nak sokong atau nak tentang... pilihlah sesiapa yang mana kita berkenan.. pertimbangan kita, pilihan kita, keutamaan kita, kepercayaan kita... dan itulah hak kita...

Soalnya,.. apa kena mengena tajuk dgn politik Malaysia? apa kena mengena Obama dgn kita?

Mungkin agak terlewat untuk bercerita psl kemenangan obama ini,.. mungkin dianggap dah jadi sejarah... tetapi sesungguhnya, perjalanan politik adalah tercorak dari sejarah dan sejarah akan sentiasa berulang-ulang.. dan terpulang pada kita untuk belajar beriktibar atau mengabaikannya...

Obama mmg xda kena-mengena dengan situasi terkini di Perak ataupun Kedah... cuma relatifnya, pemilihan barack sbg Presiden telah jd inspirasi sebagai "warga minoriti" yang duduk di kerusi No.1 di US dan dunia amnya...

Asas perjalanan politik adalah survival bangsa (dan survival pemodal kapitalis secara tersiratnya)... cthnya: US -"American", UK-"British", Indonesia dgn "bangsa Indonesia"nya dan Thailand dgn bangsa "Thai"nya,.. Tetapi berbeza dengan Malaysia di mana "bangsa Malaysia" hanyalah retorik dan yang ada sebenarnya ialah bangsa Melayu, Cina Malaysia, India Malaysia dll...

jadi, sebenarnya di negara seperti Indonesia, Thailand atau US tidak timbul soal "bangsa minoriti" kerana biarpun apa sahaja asal kumpulan etnik mereka, tetap amalkan nilai kebangsaan yang sama. Berbeza di malaysia dimana setiap etnik masih dengan identiti tersendiri dan tiada penyatuan dalam satu nilai kebangsaan.

dan di Malaysia, inspirasi obama ini telah bertukar ke manipulasi keadaan tanpa ambilkira perkara yang realiti...

apakah yang dimanipulasi? dan apakah yang realiti?

Manipulasinya ialah tiba2 muncul suara2 golongan minoriti di Malaysia yang menuntut kesamarataan politik... menuntut jawatan eksekutif politik tertinggi dan mula ada yang mempertikaikan hak2 dan kedudukan golongan majoriti. Semuanya bersandarkan idea kononnya obama sebagai wakil golongan minoriti.

Dan realitinya,.. Idea2 yang katakan situasi kemenangan obama patut diperjuangkan di malaysia ada tidak tepat sebab secara teknikalnya, obama bukanlah "golongan minoriti".. tetapi seorang warga kebangsaan Amerika.. yang amalkan kehidupan dengan nilai2 Amerika (American way of life)..

Obama berdarah campuran Caucasian dan Kenya, Afrika (bapa)... TETAPI;

-berpendidikan aliran kebangsaan Amerika ..; dan tidak sekali2 memperjuangkan untuk wujudkan sekolah aliran Kenya atau Afrika di Amerika.
-membaca suratkhabar dan menonton rancangan TV dan wayang gambar Amerika..; dan tidak tergila2 untuk mencari akhbar bahasa Kenya atau menonton TV atau wayang dari Kenya..
-Makan makanan sepertimana rakyat Amerika lainnya makan..; tidak makan menu makanan Kenya..
-Berbahasa menulis dan bercakap seharian dalam bahasa Inggeris Amerika..; tidak dalam bahasa Kenya..
-Menukar anutan ke ugama Kristian..; sepertimana ugama majoriti penduduk Amerika..
-Mewakili parti Demokrat-berkempen dengan tema "Change" (perubahan) untuk Amerika dan rakyatnya..; dan bukannya memperjuangkan ideologi perkauman "bangsa Kenya" atau "bangsa Afrika"...

Ini adalah beberapa perkara realiti tentang obama yang kononnya seorang inspirasi "wakil minoriti",.. dan soalnya di Malaysia,.. bolehkan ditonjolkan mana2 wakil dari golongan minoriti yang punyai satu persamaan atau perjuangan dengan golongan majoriti ataupun punyai semangat kebangsaan Malaysia tanpa dipengaruhi oleh kepentingan etnik?.. sebagaimana sepatutnya ada dalam pembinan bangsa Malaysia..

Apabila setiap rakyat malaysia bersedia untuk hidup dalam satu nilai kebangsaan, atau sekurang2nya sealiran dengan penduduk majoriti dengan seikhlasnya, maka sesiapapun akan diterima untuk apa2 jawatan dan kepentingan.. tak perlu beretorik atau memanipulasi perkembangan politik luar... tetapi bilakah masa itu akan tiba? tepuk dada tanya selera...

Golongan majoriti Malaysia adalah golongan bertoleransi tinggi,.. lihat sahaja dikampung2 atau kawasan2 perumahan,.. sesiapapun boleh tinggal dengan aman tanpa gangguan asalkan menghormati semangat setiakawan dan kejiranan yang sepatutnya..


Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails