:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Selasa, 3 Ogos 2010

Pengayuh malam insaf (30 Julai 2010)

Jumaat, 30 Julai 2010. Assalammualaikum semua. Pada awalnya dirancang untuk kayuhan offroad, tapi terpaksa dibatalkan ekoran hujan lebat pada petang kejadian. Ramai yang risaukan basikal kotor kelicinan yang boleh mengundang ketergolekan. Ditambah pulak dengan luahan tipah pada kayuhan yang lalu, pengayuh-pengayuh malam TMBikers akhirnya insaf. Lebih kurang 9 orang telah mengeroadkan diri dengan penuh berhemah tanpa sebarang tujahan ganas.


Macam biasa kat traffic light simpang 4, kontrol hensem.

Uishhh.. bagusnya diorang malam ni. Sehati sejiwa berpeloton...

Ohh.. patutla! Syakir yang lead rupanya. Series betul muka dia. Takde sape berani potong..

Eddie (L) & Faisal (R) merajuk taknak pandang kamera pasal tak dapat offroad malam ni. Huhuhu!!

Geng jahat tengah rehat..

Sambung kayuh ke Changkat Asa




Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails