Rabu, 21 Julai 2010. Pada malam rabu yang lepas, sekumpulan adik-adik remaja yang takde keje telah mencari keje dengan berbasikal secara berpeloton dari Tanjung Malim, Perak menuju Kampung Slim yang juga terletak di Perak. Walaupun rancangan asal hanyalah untuk berkayuh ke Changkat Asa, tetapi disebabkan jiwa remaja yang sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru maka seorang adik yang gemar berkebun telah mencadangkan laluan ini. Maka bersetujulah 8 orang remaja itu dengan diketuai oleh ketua kelab ping-pong SKTM iaitu adik Zaki yang acap kali berkayuh ke Kg Slim dan kadang-kala tersprint hingga ke Slim River.
Perjalanan sejauh 44km pergi dan balik ini begitu lancar dan tiada seorangpun yang berpecah daripada peloton. Tambahan pula jalan ke Kg Slim begitu gelap dan sunyi, mana la adik-adik yang masih bersekolah ni berani nak keluar peloton. 2 orang adik yang agak kuat kerana rajin minum susu dumex iaitu adik Izani Contador dan jugak adik Leong Schleck telah bergilir-gilir menarik adik-adik yang lain. Setibanya di Kg Slim kumpulan pengayuh adik-adik remaja berpeloton ini telah dibelanja dengan air panas oleh adik Leong di sebuah restoran yang agak meriah di situ. Mereka semua selamat kembali ke rumah masing-masing kira-kira jam 12.00am. Perjalanan sehala mengambil masa lebih kurang 1 jam. Kesemua adik-adik remaja ini bergembira dengan kayuhan ini dan berharap ibu bapa mereka akan memberi izin untuk mereka berpeloton lagi. Babai kawan-kawan. Jumpa lagi!

Di awal perjalanan lagi adik-adik ni sudah berpeloton
Adik Qadri, In, Leong, Zaki & Izani ketika menunggu adik Khairul yang ditarik mengkarung kat bawah flyover Proton City.
1 ulasan:
Good post.
Catat Ulasan