Assalammualaikum ibu-ibu, bapak-bapak tolong akuu... ehhh apadah! Lama sungguh tukangkebun bercuti daripada arena penolakan basikal dan penulisan rohani kat blog tercinta ni. Untuk makluman ibu-ibu bapak-bapak sebenarnya alhamdulillah aktiviti kayuhan di Tanjung Malim sekarang ni semakin mendapat sambutan dan agak aktif. Cuma hamba aje yang tak dapat aktif atas keperluan negara.
Sekarang ni setiap minggu geng-geng beskal jajahan Tanjung Malim akan berkayuh road pada setiap malam hari Isnin, Rabu & Jumaat. Destinasi pulak adalah sama iaitu bermula dari Klinik Syifa (hadapan pintu utama UPSI)-Proton City-Behrang Stesyen-Changkat Asa-Klinik Syifa. Jadi kalau tuan-puan ibu-ibu bapak-bapak teringin nak mengayuh maka jemputlah ye. Takde beskal pun takpe, buleh follow naik kereta atau motor. Manalah tau kalau-kalau ada yang tewas bolehlah tukar-tukar. Maklumat kayuhan seperti mana tertera di atas blog.
Disertakan sedikit gambar yang agak blur (malam kan.. kamera hi-end lagi...) hasil kayuhan pada Rabu (07 April 2010). Dalam 13 orang yang turun kayuh malam tu iaitu: Izani, Izani Jr, Pojie, Bronco, Abad, Dzan, Boy, Zaki, Zul, Pak Din, Jeffry, Bro radiator (sori bro lupa nak tanya nama, tapi dia tokey kedai radiator) dan tukangkebun. Kami turut diescort oleh Madi dari Behrang Station. Kayuhan berjalan lancar cuma organ-organ sekitar kelengkang tukangkebun aje yang pedih.. maklumlah.. dekat dua bulan tak berusik you!! Hampir krem gituk nak sampai rumah! huhuhu!!!

Di traffic light simpat empat: senyum bangga Izani (kiri) & Zaki (kanan) ada reporter amik gambo
Izani Jr baru darjah lima dah kayuh macam ni.. Pakcik Pojie masa baya ni dulu masih isap nenen lagi! huhu!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan