TANJONG MALIM: Biarpun baru berusia 14 tahun, namun ketangkasan dan aksi hebatnya dalam dunia basikal lasak tempatan nyata memberi impak memberangsangkan. Pemuda kacak yang diberi nama Rajkumar baru-baru ini turut sama menyertai sekumpulan 14 orang pengayuh yang mengelarkan diri mereka TMBikers.
Dalam kayuhan pada Jumaat, 23 April 2010 itu, Rajkumar telah berjaya berkayuh sejauh 32km dari Tanjung Malim melalui Behrang Stesyen, Changkat Asa, dan kembali ke Tanjung Malim tanpa sebarang masalah. Beliau turut sama membuat demo aksi-aksi "freeride" bagi membimbing ahli-ahli TMBikers yang kebanyakannya kurang mahir dengan aksi lasak sebegitu. "Saya lihat ada ahli yang berminat dengan aksi lasak, tetapi mereka perlu banyak berlatih untuk menjadi mahir", ujarnya.
Ditanya mengenai calon yang menjadi pilihannya bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Rajkumar menasihatkan pengundi agar memilih calon yang benar-benar ikhlas bekerja untuk rakyat. Usai kayuhan tersebut, Rajkumar turut sama menyertai kumpulan pengayuh terbabit dalam sesi minum malam di RnR Ulu Bernam. Sebelum beredar, wartawan hiburan Majalah Pelam, tukangkebun turut bertanya desas-desus yang kononnya mengatakan beliau ingin melamar seorang bekas penyampai Radio Sinar yang kini berkhidmat di Suria FM. "Kami hanya sekadar teman tapi mesra. Saya belum terfikir untuk berkahwin, lagipun sayakan masih bersekolah".

Izani (kiri) & Fisol menahan sebak kerana tak dapat berkayuh bersama Rajkumar malam ni
Dari kiri: Zaki, Ramdzan, Leong, Apik, Pojie & Madi sabar menanti kehadiran Rajkumar di traffic light Kg Slim
Cikgu Pian dari Muar begitu teruja hingga tertutup matanya. Beliau sanggup memandu jauh dari Muar hanya semata-mata untuk berkayuh bersama Rajkumar
Tuan2 & puan2 memperkenalkan, RAJKUMAR!! Ramdzan (kiri) hanya pasrah kerana gelaran "Jejaka Maskulin Tanjung Malim" yang dipegangya selama 11 bulan kini bukan miliknya lagi!
Zaki (kanan) tanpa jemu memberikan kata-kata semangat kepada Rajkumar ketika mendaki bukit Changkat Asa. Bagaikan bapa dengan anak.
Walaupun dengan 3 botol air di dalam bakulnya, sedikitpun tidak menghalang Rajkumar daripada mempersembahkan aksi bertenaga!
Bergambar bersama Kamalanathan dari kiri: Zaki, Pojie, Izani, Tukangkebun & Apik. Rajkumar enggan bergambar sama kerana kepenatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan