:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Rabu, 20 Januari 2010

Maafkan kami.. KAWAT09

Setiap manusia tidak lepas dari membuat kesilapan. Namun keengganan mengaku silap adalah kesilapan yang lebih besar. Syukur alhamdulillah akhirnya penganjur Kayuhan Warisan Taiping 2009 telahpun membuat kenyataan maaf secara terbuka pada 1 Januari 2010 lalu. Tukangkebun baru aje terperasan dari blog yang lain hari ni. Secara peribadi tukangkebun terima permohonan maaf itu. Semoga K-Raitt dapat jadikan kelemahan penganjuran yang lepas sebagai iktibar. Maaf juga dari tukangkebun atas kekasaran posting yang lepas.

Pihak Penganjur KAWAT2009 ingin memohon maaf secara terbuka kepada semua peserta KAWAT 2009 di atas kesalahan dan kekurangan yang berlaku sewaktu penganjuran jambori yang lalu.Penganjur telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakannya walaupun hanya mempunyai tempoh 2 bulan untuk persedian. Pihak penganjur tetap bertungkus lumus untuk menjayakannya walaupun kekurangan penajaan dan ahli urusetia.

Pihak penganjur tidak sama sekali ada niat secara langsung atau tidak langsung untuk mengaut keuntungan di atas penganjuran acara jambori ini. Kenyataan tidak bertanggungjawab yang mendakwa pihak kami gembira dapat "makan duit" peserta adalah bukan dari pihak kami. Mungkin pihak tertentu cuba untuk menangguk di air keruh dengan menimbulkan sentimen kebencian agar komuniti MTB berpecah belah.

Segala tohmahan dan kritikan yang telah dilemparkan kepada pihak penganjur amatlah kami hargai agar kami dapat memperbetulkan kesalahan dan kekurangan kami untuk tahun mendatang.Dan penganjuran seterusnya adalah diharapkan lebih berhati-hati dan lebih bersedia di atas semua aspek penganjuran termasuk keselamatan,route, makanan dan sebagainya. Kami juga memohon maklumbalas membina dari segenap komuniti MTB seluruh Malaysia untuk memberi komen dan maklum balas yang positif agar kami dapat memperbaiki lagi.

Terima kasih turut diucapkan kepada penaja-penaja yang telah sudi memberi sumbangan walaupun kecil. Kami turut menghargai sokongan dan maklumbalas positif dari pihak-pihak kelab MTB/ komuniti MTB serta orang perseorangan yang terus memberikan kami semangat dan galakan. Mereka adalah:

1. FRIM UPM MTB
2. Team Merida
3. Team Soo BEng
4. Team MAS Kargo
5. Team MAS Engineering
6. Team 3K
7. Team UCI
8. Team JPJ Pahang
9. Team Manggis Rider
10.Team Pink Bike
11.Team Pawana Rider
12. Team Dueroda
13. Team GKCC Terengganu
14. ABE Team
15. Team SIT
16. SBXC Bikers Club

DAN peserta perseorangan dan team lain yang terus memberi sokongan dan perangsang yang membina agar pengajur terus maju kehadapan memperbaiki segala kelemahan.
Jutaan Terima Kasih diucapkan.


Pihak pengajur, K-RAITT khususnya memohon ampun dan maaf sekali lagi dan salam tahun baru 2010.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"HATIKU TELAH TERLUKA"
Uhuk uhuk uhuuuu...

tukangkebun berkata...

tanpa nama...

hak sudah tu sudahla.. sabo le yop..

Related Posts with Thumbnails