Khamis, 21 Januari 2010. Walaupun petang tu hujan turun dengan lebat di sekitar Tanjong Malim, namun malamnya tetap hangat dan kebasahan ketiak bagi pojie dan tukangkebun yang sama-sama berkayuh ke Proton City. Rancangan berkayuh pun hanya dibuat last minute. Bermula jam 9.00 malam, kami bergerak melalui Ketoyong~Taman Bernam~Kilang Proton~Proton City~Billion~Ketoyong.
Kayuhan mula bertukar panas ketika melewati Taman Bernam apabila seorang anak muda India dengan lajunya memotong kami dengan beskal cap asam boinya. Pojie dengan pantas menukar gear rendah untuk memecut dan menebus kembali maruah TMbikers. Cubaan itu bagaimanapun gagal kerana anak muda itu lebih pantas membelok ke Taman Bernam. Pelawaan kami untuk berkayuh sama-sama ke Proton City turut ditolak. Mungkin dia takut kot tengok muka bengang pojie.. huhu!!
Kami seterusnya berhenti kejap untuk minum dan bertenang di sebuah restoran di Proton City. Tengah lepak tetiba datang pulak kenalan baru kami iaitu Dzan dari Procity MTB. Kemudian datang lagi sorang geng Procity iaitu Ujang dan orang lama TMbikers, Bakri. Daripada rehat sekejap apalagi, jadi sesi jejak kasih la gamaknya. Pun gitu kami cukup seronok pasal dapat jugak berkenal2 dengan geng Procity. Bagus diorang, langsung tak sombong, Ujang siap belanja minum lagi! Hampir pukul 11.00pm barulah kami bertolak balik ke Ketoyong. Perjalanan balik nyata lebih laju, maklumlah gelap tuh! huhu!! Jarak kayuhan sekitar 21km.

Dari kiri: Pojie, Ujang, Bakri dan Dzan
Kanan sekali tukangkebun.. hehe...
1 ulasan:
huihh.. sunggoh efisyen.. cepat sunggoh update hehehe...
tu laa.. mlm jumaat org kayoh hat lain ,.. kita kayoh kot lain... tu yg rasa x tenang saja tuuuu.. heheh
Catat Ulasan