Ahad, 24 Januari 2010. Assalammualaikum semua. Bertemu lagi kita dalam siri cerita kayuhan ghairah TMbikers, huhu!! Ahad lepas kami berpeluang ride ke Barbieland bersama2 dengan geng Procity. Kayuhan ni adalah kayuhan sulung meraikan geng baru yang duduk di Proton City. Seramai 10 orang yang telah terkayuh iaitu; TMbikers: tukangkebun, Ijoi, Izani & Fisol; Procity: Dzan, Ujang, Md Noor & Syakir; UPSI: Shukri@Tongga & Rafi. Kayuhan bermula sekitar 8.00am dan tamat 10.30am. Jarak pulak dalam 9 km sahaja.
Permulaan dakian trek agak mencabar, kerana bumi Barbieland yang dah lama tak digolek lori sawit mahupun 4WD telah diliputi semak samun yang agak ngeri untuk diredahi jika berkayuh berdua-duan. Habis tercalar kegebuan lengan dan betis tukangkebun yang tidak ditutup seutas benang. Hujan malam sebelumnya turut membuatkan kayuhan kali ni lebih becak dengan beskal menjadi comot-secomotnya. Kayuhan ini jugak agak bersejarah buat kami kerana 4 rider telah terbocor tayarnya. Ada yang sebab tayar, ada sebab batu, ada sebab dah sampai masa dan ada juga yang terhiris duri sawit. Rantai Ujang pun putus jugak di minit2 terakhir DH. Boleh kata setiap kali berenti ada aje pomen yang bekerja.
Apapun kami di TMbikers nak ucapkan terima kasih buat semua kawan2 yang sudi berkayuh dengan kami. Jangan menyesal ye. Lain kali kita kayuh lagi. Kayuhan pagi tu diakhiri dengan sesi minum beradap di Restoran Mamak Proton City. Bagaimanapun Izani, Fisol, Tongga & Rafi pulak sambung balik kayuh ke Bernam Heritage Resort. Yang lain terpaksa balik awal sebab ada urusan seri paduka baginda.

Group photo untuk tatapan sedara mara di kampung
1st blow: Kesian Cikgu Md Noor dah tukar tiub pun takleh jugak.. takpe cikgu lain kali buleh repeat balik Barbieland