:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Khamis, 24 Disember 2009

PCP Gangbang!! (18 Disember 2009)

Jumaat, 18 Disember 2009. Setelah penat tergolek di sebelah paginya dekat kiara, sesi gangbang diteruskan pulak ke PCP di sebelah petang. Perghh.. memang respek abis tukangkebun kat geng2 utara, tidur sejam aje lepas tu terus layan kiara & PCP pulak. Itulah penangan kayuhan kali ni, walaupun penat tapi kerana gangbang tetap jugak kayuh.

Kayuhan petang ni bermula lebih kurang 4.30pm selepas hujan. Trail PCP ni memang layan. Bak kata seorang pengayuh tegar (nama dirahsiakan tapi nick dia "blitz"), "hang kalau dah kayuh kiara, sini kira takda apa-apa la... rolling aja..". Memang betul la, sini trail memang best; laju, kecut telor, tapi selamat. Cuma kalau dah biasa, tukangkebun rasa mesti buleh layan laju lagi. Bak kata sorang lagi pengayuh super tegar (nama jugak dirahsiakan, tapi beskal dia ada tulis "kebenaran" ): "jangan brek! jangan brek!!" sewaktu melihat tukangkebun turun sambil menekan brek lori. Hang takpala, beskal ringan.. beskal aku berat kalau tak tekan brek kelajuan 2 kali ganda dari beskal lain. Huhuhu!! Lebih kurang 6.30pm kayuhan pun ditamatkan dengan sesi basuhan basikal.

::PENGHARGAAN::
  • Rombongan pengantin lelaki dari utara: Lontruth & the gang yang sungguh tegar dan berjiwa kental. Walaupun depa ni kira berpengalaman luas dan berbeskal mahai tapi sikit pun tak sombong.
  • Rombongan pengantin perempuan dari Puncak Jalil: Assry & PujMAC yang bersungguh-sungguh memastikan tukangkebun & cik da selamat sepanjang kayuhan. Respek sungguh dengan koordinasi, walkie-talkie, medic dan mekanik PujMAC. Buleh buat benchmark untuk geng beskal la. Paling tak lupa ialah bekalan 100plus free oleh Yeti, pergghh.. kalah jambori beb.
  • Semua geng2 lain ROP, KayuhBeb, dan ramai lagi yang sanggup "lari dari rumah" semata-mata nak berkayuh bersama-sama. Keramahan dan kesempoian inilah yang membuatkan sukan MTB sangat unik. Walaupun tak pernah jumpa tapi macam dah lama kenal.
  • Terima kasih semua, kalau ada rezeki buleh kayuh lagi. Kalau nak layan trail Tg Malim jangan segan2 hello kat tukangkebun.

Sesi memunggah sambil menunggu cik da geng lain

Amik gambo sebelum bergangbang, lebih dari 30 jugak ada

Fimi ROP dengan selamba melompat ("biasa aku buat sebelah tangan aje", katanya)

Yang lain tengok aje

Bro Jamal (betui ke?) 2 kali turun kat sini

"Pemandu pelancong" merangkap chief PujMAC

Sampai senget2 blitz kayuh nak kejar cik da punya pasal

Angin kat sini best, ala2 romantik gitu..

Inilah pengantin lelakinya.. Comelfz

Ni pulak bapak pengantin lelaki.. Lontruth

Zalmi pun layan jugak

Layan bro..

Lon climb lagi untuk 2nd round pulak

Rabu, 23 Disember 2009

Kiara Gangbang!! (18 Disember 2009)

Jumaat, 18 Disember 2009. Assalammualaikum & selamat tahun baru 1431H. Takde plan pun sebenornya tukangkebun nak kayuh ke Kiara. Kebetulan hari sabtu (19/12) ingat nak balik kampung. So, kalau balik kampung maknanya tak kayuh la minggu tu, ruginya. Pastu teringat Lontruth & geng2 KL ada nak buat kayuhan besoknya. Last minute call malam tu dan akhirnya terjoin lah jugak dan tergangbang lah sekali dengan diorang.

Sesi kayuhan yang ala2 gangbang ni cukup meriah. Mana taknya banyak geng dan rider solo ada: RedFlag (Lontruth, Comelfz, Blitz, Abg Jem, Zalmi), TRM (ZanKX & Dik Man), Tandope, PujMAC (Chief Assry, Jayen, Achik, Yeti, Nik, Shahrin, dll.), ROP (Haitsan, dll.), Ken, KayuhBeb (Rule, dll.), Mizi KHT, Jo serta ramai lagi yang tukangkebun tak ingat nama. Mintak maaf bebanyak. Rasanya lebih dari 30 orang bergangbang ari tu.

Trek Kiara ni sebenarnya agak SENANG SIKIT... tapi SUSAH BANYAK! huhuhu!! Terpeleot abis rider sayur macam tukangkebun ni nak melayan keteknikalannya. Pusingan pertama adalah melalui: 2K, Triple Terrace dan Apollo (maklumat dicedok daripada Haitsan). Ramai jugak yang tergelincir kat area sini. Maklumlah banyak akar kayu melintang, basah pulak tu. Jalan pun agak sesak dengan trafik terhenti-henti, ramai le katakan. Tukangkebun pun sempat jugak menjatuhkan beskal (saje je tergolek, kang baju bersih apa pulak kata kawan2, huhu!) kat satu switchback sebelum jambatan kayu 2 batang.

Pusingan kedua pulak ialah menuju ke Tokong (ceh! mati2 aku ingatkan tokong besor..) dan Twin Peak. Namanya pun peak, maka kenalah mendaki kat sini. Macam biasa tukangkebun sempat mempraktikkan kaedah menolak yang selamat untuk menuju puncak. Yang paling best kat sini ialah masa turun ada satu drop yang mana semua berkumpul dan mengetest kebolehan mendrop masing2. Tukangkebun yang tak pernah melompat pun cuba lompat lah jugak... Sekali gedebuk la bila drop, nasib baik tanah basah, empuk la sikit landing tu. huhu!! Pusingan ketiga riders terbahagi 2, ada yang terus balik dan ada yang layan Carnival trail pulak. Tukangkebun terus balik, tak larat rasanya nak panjat bukit balik.

Apapun Kiara ni walaupun teknikal tapi memang best. Yang baru nak belajo kayuh beskal macam tukangkebun ni memang patut sangat la buat latihan untuk kasi mantap kawalan beskal.


---Bersambung ke PCP pulak---

Lontruth & geng2 utara

Meriah area KSH TTDI pagi ni

Serius mendengar taklimat

Assry PujMAC: Penganjur yang berdedikasi

Jayen (baju biru) sempat membetulkan seluar agar bacaan doa lancar

Tarmac menuju pondok, kat sini la wan blitz mula pancit pasal tak tahan tengok amoi jogging turun bukit. wan... wan.....

Pondok, tempat berkumpul sebelum masuk 2K

"Kat sini pun dan 'sekali' dah", kata Abg Jem sebaik muncul dari celah pokok tumbang

Berenti dulu regroup balik

Mizi dari KHTBikerz pun ada jugak

Licin & mengiurkan... trek la bukan rider tu

ZanKX mendemokan teknik hilang gayat

Inila jambatan 2 batang

Abis 1 round

Ken dari Beskal.com

Haitsan SPM & bicycle holder

Yang baru 1st time bukan main excited cerita lepas layan 2K..

Triple terrace & Apollo


Comelfz & ZanKX

Eh! Wan blitz pun ada

Tu dia.. tak menang tangan berebut2 nak tolong repair beskal

Gambar kalendar kat pondok sebelum layan twin peak pulak, tukangkebun kiri sekali

Comelfz mendaki sambil yang lain melihat dengan kagum

Berenti kejap menikmati keindahan alam

Berenti kejap rider down kat depan tu, licin

Haitsan dah tak sabo nak turun

Berkumpul di tempat drop

Model kiara: Achik di tempat drop

Habis pun 2nd round



Lunch kat Santai TTDI... burrpp!

Kayuh petang trek baru (12 Disember 2009)

Sabtu, 12 Disember 2009. Assalammualaikum semua... hehe! ni citer lama sebenornya, update aje baru.. huhu! Petang sabtu minggu sudah2 sorang pun TMBikers tak free. Akhirnya berkayuhlah tukangkebun sorang2. Mula-mula ingat nak panjat Bukit Togel, tapi memandangkan napas yang pendek maka bertukarlah pulak ke Behrang. Tengah berkayuh tanpa arah tetiba rasa nak masuk kat trek sawit Behrang ni. Ok jugak trek ni, sesuai untuk mereka yang bernapas pendek, hensem dan kesepian tapi mahukan kayuhan offroad. Mula 5.30pm sampai 6.30pm. Trail pendek dalam 11km aje. Layan la ye apa yang ada kat bawah ni.


Posing dulu di samping tukangkebun jrs

Dakian manja yang pertama

Buleh nampak billboard "Resort World 9 km to Tg Malim" dari arah utara highway

Masuk terowong bawah PLUS highway

Tasik kg kelawar nun kat bawah

DH ok la jugak nih

Antara beskal dengan bangunan Behrang Property tu ialah highway

Ni yang tukangkebun suka, tak payah kayuh!

Trail head

Uhh.. syahdunya...

Related Posts with Thumbnails