Jumaat, 18 Disember 2009. Setelah penat tergolek di sebelah paginya dekat kiara, sesi gangbang diteruskan pulak ke PCP di sebelah petang. Perghh.. memang respek abis tukangkebun kat geng2 utara, tidur sejam aje lepas tu terus layan kiara & PCP pulak. Itulah penangan kayuhan kali ni, walaupun penat tapi kerana gangbang tetap jugak kayuh.
Kayuhan petang ni bermula lebih kurang 4.30pm selepas hujan. Trail PCP ni memang layan. Bak kata seorang pengayuh tegar (nama dirahsiakan tapi nick dia "blitz"), "hang kalau dah kayuh kiara, sini kira takda apa-apa la... rolling aja..". Memang betul la, sini trail memang best; laju, kecut telor, tapi selamat. Cuma kalau dah biasa, tukangkebun rasa mesti buleh layan laju lagi. Bak kata sorang lagi pengayuh super tegar (nama jugak dirahsiakan, tapi beskal dia ada tulis "kebenaran" ): "jangan brek! jangan brek!!" sewaktu melihat tukangkebun turun sambil menekan brek lori. Hang takpala, beskal ringan.. beskal aku berat kalau tak tekan brek kelajuan 2 kali ganda dari beskal lain. Huhuhu!! Lebih kurang 6.30pm kayuhan pun ditamatkan dengan sesi basuhan basikal.
::PENGHARGAAN::

- Rombongan pengantin lelaki dari utara: Lontruth & the gang yang sungguh tegar dan berjiwa kental. Walaupun depa ni kira berpengalaman luas dan berbeskal mahai tapi sikit pun tak sombong.
- Rombongan pengantin perempuan dari Puncak Jalil: Assry & PujMAC yang bersungguh-sungguh memastikan tukangkebun & cik da selamat sepanjang kayuhan. Respek sungguh dengan koordinasi, walkie-talkie, medic dan mekanik PujMAC. Buleh buat benchmark untuk geng beskal la. Paling tak lupa ialah bekalan 100plus free oleh Yeti, pergghh.. kalah jambori beb.
- Semua geng2 lain ROP, KayuhBeb, dan ramai lagi yang sanggup "lari dari rumah" semata-mata nak berkayuh bersama-sama. Keramahan dan kesempoian inilah yang membuatkan sukan MTB sangat unik. Walaupun tak pernah jumpa tapi macam dah lama kenal.
- Terima kasih semua, kalau ada rezeki buleh kayuh lagi. Kalau nak layan trail Tg Malim jangan segan2 hello kat tukangkebun.
Sesi memunggah sambil menunggu cik da geng lain
Amik gambo sebelum bergangbang, lebih dari 30 jugak ada
Bro Jamal (betui ke?) 2 kali turun kat sini
"Pemandu pelancong" merangkap chief PujMAC
Layan bro..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan