:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Rabu, 23 Disember 2009

Kiara Gangbang!! (18 Disember 2009)

Jumaat, 18 Disember 2009. Assalammualaikum & selamat tahun baru 1431H. Takde plan pun sebenornya tukangkebun nak kayuh ke Kiara. Kebetulan hari sabtu (19/12) ingat nak balik kampung. So, kalau balik kampung maknanya tak kayuh la minggu tu, ruginya. Pastu teringat Lontruth & geng2 KL ada nak buat kayuhan besoknya. Last minute call malam tu dan akhirnya terjoin lah jugak dan tergangbang lah sekali dengan diorang.

Sesi kayuhan yang ala2 gangbang ni cukup meriah. Mana taknya banyak geng dan rider solo ada: RedFlag (Lontruth, Comelfz, Blitz, Abg Jem, Zalmi), TRM (ZanKX & Dik Man), Tandope, PujMAC (Chief Assry, Jayen, Achik, Yeti, Nik, Shahrin, dll.), ROP (Haitsan, dll.), Ken, KayuhBeb (Rule, dll.), Mizi KHT, Jo serta ramai lagi yang tukangkebun tak ingat nama. Mintak maaf bebanyak. Rasanya lebih dari 30 orang bergangbang ari tu.

Trek Kiara ni sebenarnya agak SENANG SIKIT... tapi SUSAH BANYAK! huhuhu!! Terpeleot abis rider sayur macam tukangkebun ni nak melayan keteknikalannya. Pusingan pertama adalah melalui: 2K, Triple Terrace dan Apollo (maklumat dicedok daripada Haitsan). Ramai jugak yang tergelincir kat area sini. Maklumlah banyak akar kayu melintang, basah pulak tu. Jalan pun agak sesak dengan trafik terhenti-henti, ramai le katakan. Tukangkebun pun sempat jugak menjatuhkan beskal (saje je tergolek, kang baju bersih apa pulak kata kawan2, huhu!) kat satu switchback sebelum jambatan kayu 2 batang.

Pusingan kedua pulak ialah menuju ke Tokong (ceh! mati2 aku ingatkan tokong besor..) dan Twin Peak. Namanya pun peak, maka kenalah mendaki kat sini. Macam biasa tukangkebun sempat mempraktikkan kaedah menolak yang selamat untuk menuju puncak. Yang paling best kat sini ialah masa turun ada satu drop yang mana semua berkumpul dan mengetest kebolehan mendrop masing2. Tukangkebun yang tak pernah melompat pun cuba lompat lah jugak... Sekali gedebuk la bila drop, nasib baik tanah basah, empuk la sikit landing tu. huhu!! Pusingan ketiga riders terbahagi 2, ada yang terus balik dan ada yang layan Carnival trail pulak. Tukangkebun terus balik, tak larat rasanya nak panjat bukit balik.

Apapun Kiara ni walaupun teknikal tapi memang best. Yang baru nak belajo kayuh beskal macam tukangkebun ni memang patut sangat la buat latihan untuk kasi mantap kawalan beskal.


---Bersambung ke PCP pulak---

Lontruth & geng2 utara

Meriah area KSH TTDI pagi ni

Serius mendengar taklimat

Assry PujMAC: Penganjur yang berdedikasi

Jayen (baju biru) sempat membetulkan seluar agar bacaan doa lancar

Tarmac menuju pondok, kat sini la wan blitz mula pancit pasal tak tahan tengok amoi jogging turun bukit. wan... wan.....

Pondok, tempat berkumpul sebelum masuk 2K

"Kat sini pun dan 'sekali' dah", kata Abg Jem sebaik muncul dari celah pokok tumbang

Berenti dulu regroup balik

Mizi dari KHTBikerz pun ada jugak

Licin & mengiurkan... trek la bukan rider tu

ZanKX mendemokan teknik hilang gayat

Inila jambatan 2 batang

Abis 1 round

Ken dari Beskal.com

Haitsan SPM & bicycle holder

Yang baru 1st time bukan main excited cerita lepas layan 2K..

Triple terrace & Apollo


Comelfz & ZanKX

Eh! Wan blitz pun ada

Tu dia.. tak menang tangan berebut2 nak tolong repair beskal

Gambar kalendar kat pondok sebelum layan twin peak pulak, tukangkebun kiri sekali

Comelfz mendaki sambil yang lain melihat dengan kagum

Berenti kejap menikmati keindahan alam

Berenti kejap rider down kat depan tu, licin

Haitsan dah tak sabo nak turun

Berkumpul di tempat drop

Model kiara: Achik di tempat drop

Habis pun 2nd round



Lunch kat Santai TTDI... burrpp!

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails