Sistem pendidikan adalah salah satu faktor pembentukan budaya bangsa. Selain dari penonjolan fizikal, jatidiri dan identiti bangsa adalah melalui bahasanya sepertimana benarnya peribahasa "bahasa menunjukkan bangsa".
Sekarang ini kecoh perihal "PPSMI" (walaupun sebenarnya isu ini timbul sejak dari awal perlaksanaan), tetapi penentangan ini semakin ketara masa kini.. tak perlulah diulaskan perkembangan dan rentetan peristiwa yang terjadi sepanjang perlaksanaan samada yang menyokong atau menentang... ramai yang sudah sedia maklum tentangnya.
Dari pemahaman saya, tujuan utama perlaksanaan ini ialah untuk meningkatkan kebolehan berbahasa Inggeris dikalangan murid-murid dan seterusnya menyediakan mereka apabila meningkat dewasa melanjutkan pengajian dan seterusnya dapat bersaing bila memasuki alam pekerjaan. Seterusnya dikatakan lagi walaupun PPSMI dilaksanakan, Bahasa Melayu (Malaysia) tetap diutama dan diperjuangkan. Juga dikatakan matapelajaran Sains dan Matematik lebih sesuai di ajar dalam bahasa Inggeris kerana banyak bahan rujukan dan istilah adalah dalam bahasa Inggeris.
Saya amat menyokong tanpa berbelah bahagi apabila murid-murid kita diajar dan didedahkan dengan penggunaan bahasa Inggeris di peringkat awal persekolahan. Penguasaan lebih dari satu bahasa (selain dari bahasa ibunda) adalah satu kelebihan. Bukan sahaja b. Inggeris, malah amat menguntungkan bila kita dapat memahami apa-apa bahasa sekalipun- Arab, Perancis, Jerman, Mandarin, Tamil atau Jawa..
Tetapi yang menjadi persoalannya, mengapa digunakan medium Sains dan Matematik? mengapa tidak ditumpukan pembelajaran bahasa dalam subjek bahasa itu sendiri? Saya bukan orang akademik dan saya tidak berminat untuk mengemukakan kajian-kajian atau teori-teori sokongan. Bagi saya, kadang-kadang, sesetengah isu lebih "realistik" untuk diperhati "di jalanan" daripada membuat kajian dengan pelbagai teori tetapi hanya nampak cantik di kertas sahaja tanpa ada praktikalnya...
Ilmu berbahasa perlulah di beri sentuhan bahasa. Di ajar tentang pengenalan huruf, penggunaan ayat, peribahasa, sastera, kata sama erti, kata berlawan atau kata ganti... dan seterusnya di praktiskan melalui pertuturan. Sebab itu lebih mudah untuk menguasai bahasa asing jika berada dalam kelompok orang-orang yang menutur sesuatu bahasa.
Jadi di mana rasionalnya sentuhan Sains dan Matematik (SM) dalam pengajaran bahasa?
Cuba kita lihat contoh kalau belajar bahasa-bahasa lain. Saya tak dapat bayangkan jika seseorang mula nak belajar mengenal karakter dalam tulisan Arab atau Cina, dan pengenalannya di ajar 10x2=20 atau komposisi air adalah H2O (dalam bahasa Arab atau Cina), akhirnya, Sains dan Matematik tak faham.. Bahasa pun entah ke mana...rasanya murid-murid akan hadir satu hari saja ke kelas dan esoknya lari lompat pagar....
Dari pengalaman sendiri, bila mula-mula belajar bahasa Jerman dulu. Tidak boleh nak bayangkan kalau silabus bahasa Jerman itu perlukan saya selesaikan permasalahan matematik ataupun menulis formula-formula molekul sains... rasanya terus "lari malam"...
Sekali lagi, pendekatan terbaik belajar bahasa ialah melalui penggunaan bahasa. Mengatakan perlunya belajar SM keseluruhannya dalam Inggeris kerana banyak istilah SM dalam Inggeris adalah alasan yang terbongok. Cuba berikan contoh istilah SM apa untuk peringkat darjah 1 hingga 6 malah ke peringkat menengah atas yang perlukan Inggeris? yang tak boleh dialihbahasa ke bahasa Melayu? Saya sendiri adalah generasi yang belajar SM dalam bahasa Melayu dan hasilnya masih boleh faham berbahasa Inggeris (tidaklah mahir tetapi setakat ini boleh saja teruskan hidup..) dan ramai rakan-rakan segenerasi yang berjaya dalam kerjaya dan mahir berbahasa Inggeris tanpa belajar SM dalam BI, tentunya mereka mahir hasil dari tumpuan pada pelajaran dan penggunaan terhadap bahasa itu sendiri..
Kata-kata "walaupun kita gunakan SM dalam bahasa Inggeris, kita tidak pinggirkan bahasa Melayu" adalah satu lagi pernyataan terbodoh yang di sumbat ke kepala otak kita.. ianya sama seperti katakan "saya makan nasi beriani lauk kari daging 3 pinggan sebab saya nak diet ".. tak perlu cerita panjang,.. fikirlah sendiri....
Hakikat dan realiti sekarang ini, bahasa Melayu memang dipinggirkan dan lebih teruk lagi apabila para pentadbir eksekutif yang punya kuasa juga "menghalalkan" dan menyokong lagi peminggiran ini, tetapi dengan memutarbelit fakta.
Pelajaran tulisan telah Jawi dihapuskan, 20 tahun dulu apabila seorang Cina Malaysia dan India Malaysia berbicara,.. mereka gunakan bahasa Melayu,.. sekarang?.. Dulu temuduga di sektor Awam hanya dalam bahasa Melayu,.. sekarang?.. dulu hingga sekarang keutamaan sektor swasta dalam b. Inggeris, apa rasionalnya?.. Surat perjanjian sewa-beli, pinjaman bank, beli tanah, rumah-pemaju hinggalah ke resit kedai runcit semuanya Inggeris. Jadi bukankah b Melayu ini telah dipinggirkan sekian lama?
Sepatutnya kita ambil langkah proaktif untuk memperluaskan penggunaan b Melayu, bukannya tambah meminggirkan lagi dan selepas itu kalau bercakap seolah-olah seorang wira bangsa.
Tak perlulah pergi terlalu jauh ke Eropah, Korea atau Jepun. Cukuplah ke negara jiran Indonesia dan Thailand. Belajarlah bagaimana bangsanya disatukan dengan bahasa, dan sangat berbangga dengannya. Tak perlulah war-warkan Malaysia ini unik dengan pelbagai bangsa, kaum dan budaya yang unik dan susah untuk aplikasikan satu bahasa Melayu (Malaysia) untuk keseluruhannya. Lihat sahaja Indonesia, dengan penduduk lebih 200juta org,.. beribu suku kaum dan etnik,.. beribu bahasa dan budaya suku.. tetapi semuanya bangga berbahasa Indonesia.. dan disatukan dengan budaya nasional. Sehinggakan apabila berhijrah keluar masih berbangga dengan bahasanya. Dari peringkat pekerja buruh, pembantu rumah sehinggalah doktor dan jurutera semuanya berbahasa Indonesia.
Sebenarnya pembentukan budaya nasional negara semuanya berpunca dari jatidiri penduduk asal dan majoriti. Contohnya penduduk asal Arab, Jepun, Korea, Thailand, Indonesia, Jerman, Perancis dan lain-lain negara Eropah amat berbangga dengan bahasa ibunda. Jatuh bangun mereka dengan bahasa mereka. Dari zaman gelap Eropah hinggalah pemodenan Jepun selepas perang, walaupun melalui pelbagai peperangan dan penjajahan, mereka masih dengan identiti sendiri. Walaupun sebahagian selatan Eropah pernah ditakluk tentera Islam dan bahagian timurnya pernah dijajah tentera Mongol, bangsa mereka tidak terikut-ikut dengan budaya tinggalan. Sehingga hari ini, walaupun dengan pengaruh globalisasi, mereka tetap pertahankan semangat kebangsaan mereka. Apabila sesiapa yang hendak berhijrah atau menetap ke sana, perlu untuk menguasai bahasa mereka..
Berbeza dengan bangsa yang pegangan jatidiri dan sifat bangganya lemah, selalunya akan terpengaruh dengan budaya luaran malah berbangga untuk mengamalnya dan lebih teruk lagi apabila terus tinggalkan dan menghina budaya sendiri. Contohnya negara Filipina yang berkiblatkan US, sebahagian negara di Afrika yang terpengaruh dengan Perancis dan negara-negara Amerika Latin yang berbudayakan Sepanyol dan Portugis. Dan sebenarnya suka atau tidak, negara kita juga terikut-ikut berkiblatkan Great Britain; dari sistem pemerintahan, perundangan, ekonomi hinggalah sosial gaya hidup. Hakikatnya, negara-negara ini tidaklah sehebat mana....
Berbalik kepada jatidiri kaum majoriti di Malaysia, sememangnya amat rendah sekali rasa bangganya. Amat mudah sekali terikut-ikut dan berbangga dengan budaya luar. Amat sedikit yang benar-benar mahu mempertahankan dan mengamalkan budaya sendiri. Lihat sahaja dari pergaulan seharian, apabila bercakap dengan berlainan bangsa (Cina/India), maka kita yang terikut-ikut dengan telo percakapan mereka ataupun kita lebih selesa berbahasa Inggeris. Malah bila kita berbual dengan "bibik" Indo sekalipun kita akan bersusah payah mengikut lenggok Indonya.. Kalau tengok budak-budak muda pula, dengan Punk, Gothic, Metal, "Clubbing", Shuffle-kalau tanya haram apa tak tau.. "poser" saja lebih..
Itu belum lagi apabila ke luar negara, kalau ke Arab, kita akan lebih "Arab" dari orang Arab sendiri, begitu juga kalau ke Jepun, Korea dan sebagainya. Kalau ke negara Eropah pula, lebih "Mat Saleh" dari penduduk asal.. dengan rambut karatnya,.. pakaian singkat,.. terlebih sosialnya...
Kalau sudah kita sendiri susah untuk berbangga dengan budaya sendiri, tak kan nak harapkan orang lain untuk martabatkan bahasa-budaya kita?. Sekurang-kurangnya belajarlah dari kawan-kawan Cina kita. Walaupun ke mana merantau, tetap dibawa sekali budayanya. Dimana sahaja ceruk dunia pasti ada "Chinatown" dan kedai-kedai yang berpaparan tulisan Cina. Kalau mereka boleh berbangga, apa kurangnya kita?
Di Malaysia ini, sepatutnya janganlah biarkan kebanggaan mereka itu menenggelamkan budaya asal kita. Keputusan di tangan kita, dan kuasa pun sekurang-kurangnya masih pada kita (walaupun tinggal sedikit).. bukan apa,.. kadang-kadang kita perlu bertegas dalam sesuatu perkara perjuangan. Sesekali bayangkan kalau kita yang minoriti ataupun kalau kita pergi ke negara orang-tentulah kita akan hormat pada cara hidup dan budaya majoriti. Selepas 51 tahun kita merdeka, dan dengan penerusan sistem pendidikan pelbagai aliran, sebenarnya lahirkan semakin ramai generasi baru yang tidak tahu dan tidak hormat pada bahasa Melayu dan hakikatnya itulah antara faktor penyebab kesukaran penyatuan satu bangsa Malaysia.
Realitinya, atas sifat "kelembutan" kita dan mentaliti tak kisah,.. kita bukan sahaja telah kelihangan tulisan Jawi, budaya dan bahasa yang semakin terhakis,.. tetapi secara sedar atau tidak,... dalam kita menjalankan sekolah pelbagai aliran, kita telah hilang hak kita iaitu sekolah "aliran Melayu",.. apa yang ada ialah sekolah "Kebangsaan" -bukan sekolah Melayu kerana kebangsaan merujuk kepada Malaysia-semua bangsa. Kita ada sekolah agama : untuk setiap pelajar berugama Islam tanpa kita bangsa, dan kita ada SRJK (C) dan SRJK (T),... jadi di mana "Sekolah Melayu"...??...
Mungkin akan ada yang katakan tidak penting bangsa, utamakan ugama.. tetapi adakah kita nak menidakkan ayat Allah yang mencipta dan mengiktiraf bangsa.. "Allah ciptakan pelbagai bangsa dan puak untuk kita belajar dan bersatu untuk hidup"...
Apa-apapun tindakan kita, janganlah sampai budaya dan identiti kita hanya tinggal tercatit atas kertas perlembagaan dan lama-kelamaan jadi bahan arkib sejarah; "Bahasa Melayu bahasa rasmi dan Islam Ugama rasmi"... tetapi hakikatnya???
Akhirnya,.. belajarlah bahasa apa2pun,.. dan carilah ilmu sebanyak mungkin... memang proses pembelajaran tidak akan selesai sehingga akhir hayat... tetapi ingatlah "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung"....

2 ulasan:
Sudah menjadi lumrah dan amalan tegar di Malaysia... Setiap kali selepas pilihanraya, para pembesar dam menteri2 kabinet akan bertukar portfolio... Menteri dan timbalannya ang mentadbir sesuatu kementerian sedia ada akan bertukar ke kementerian lain... masing2 akan membawa bersama ideologi, pandangan dan perubahan kepada kementerian baru yang bakal ditadbir yang kononnya akan memberikan senario baru kepada kementerian tersebut dan mendukung harapan semoga idea2 baru yang dibawa akan melakar nama mereka sebagai menteri yang membawa pembaharuan kepada kementerian masing2 dan sekaligus meningkatkan "rating" populariti peribadi...
Salah satu kementerian yang tidak ketinggalan dalam senario perubahan dan peralihan portfolio ini adalah Kementerian Pelajaran yang telah dipimpin oleh berpuluh menteri semenjak negara kita merdeka... Hanya kementerian Kerja Raya sahaja yang setakat ini yang memegang rekod "tanpa bertukar portfolio" yang disandang oleh Samy Velu yang akhirnya menyaksikan kecundangan beliau dalam pilihanraya lalu..
Di Kementerian Pelajaran yang sebelumnya dikenali sebagai Kementerian Pendidikan, sesuatu dasar, ideologi, atau perubahan yang hendak dilakukan perlulah mengambil kira jangka masa perolehan yang seharusnya telah dikaji dan dihalusi... Sebarang dasar berhubung isu pndidikan yang diperkenalkan tidak akan dapat memberikan "result" yang sebenar hanya dalam tempoh masa 5 tahun... Ini adalah sesuatu yang amat meresahkan terutamanya di kalangan guru2 dan akhirnya memberikan impak negatif kepada pelajar itu sendiri...
Kita memerlukan ketuntasan dan kesinambungan kepada perlaksanaan dasar pendidikan ini... Bukan semata2 sewenang2nya menukar dasar baru hanya kerana kementerian itu dipimpin oleh menteri baru...
Pemimpin dan orang atasan hanya pandai mengeluarkan "arahan".. Surat "pekelilingan"... Atau dikeluarkan secara "verbal" dalam ucapan2 media dan kempen2... Namun pernahkan mereka terfikir siapa yang bakal melaksanakan semua itu..
Sudah tentu guru2 yang menunggang kapcai ke sekolah... guru yang memakai tali leher beharga RM5.50... Guru2 yang terpaksa menelan pahit perselisihan faham antara pasangan kerana terpaksa mengorbankan hari sabtu untuk ke sekolah, hari2 lain yang sibuk hingga lewat petang kerana urusan panitia itu dan ini... mesyuarat itu dan ini.. mengapa ?
Ini adalah disebabkan dasar2 yang telah dihamburkan oleh para menteri, pengarah2 dan orang2 atasan... Siapa yang menjadi mangsa ? Jawapannya sudah tentu guru.. Guru akan tertekan.. maka tumpuan terhadap P&P mula terjejas akibat lambakan kerja luar bidang yang bartambun2... Natijahnya... pelajar akan terabai.. mangsa kedua yang paling merasai kesan daripada keadaan ini...
Sedikit kepincangan dan kesilapan guru dicanangkan semahunya... surat tunjuk sebab... tindakan disiplin.. dipanggil ke JPN...PPD... Diserang Ibu bapa pelajar... Disoal siasat polis.. itulah senario dan lumrah kehidupan seorang guru "cabok"...
Kesimpulannya... jika amalan seperti ini diteruskan... selama itu jugalah kualiti pendidikan dan kesinambungan dan kecapaian cecemerlangan ilmu tidak dapat dicapai "mengikut acuan" kita... Keutuhan bangsa akan tetap goyah... kesedaran dan kcintaan "bahasa" akan semakin hanyut ditelan arus "taklik buta" yang berkiblatkan monumen tinggalan penjajah... Di mana jatidiri bangsa ? Lu pikirlah sendiri...
Di peringkat sekolah... Hanya fail2 kemas yang berkulit cantik dengan "wrap" yang berbunga2 akan mengiasi rak2 pejabat... Isinya lengkap.. kemas... dan "up to the standard"... Namum apa sebenarnya yang berlaku di sekolah...? apa sebenarnya yang dihadapi oleh guru2 ? apa sebenarnya yang dicapai oleh pelajar ?
Fikir la sendiri...
Wassalam...
ya bro AO,.. masalah utama bila "kepala" kat atas sekali yg buat keputusan dan bagi arahan, bukan orang yang ahli dalam bidangnya...
dan teruknya lagi bila buat polisi dari kerusi empuk dalam bilik ber"air-con".. pandangan dari orang-orang yang terlibat secara lansung tak diambilkira..
Contoh dalam isu PPSMI ni,.. kebanyakan yang menentang adalah orang-orang akademik dan pengamal bahasa yang memang faham sangat dengan kesan dan akibat. Bukan saja diorang ni, tapi Cina MCA, DAP pun dah lama tentang,.. pasal itu SRJK(C) teruskan dalam bahasa ibunda. Mereka tahu apa yang terbaik untuk generasi mereka.
Tetapi malangnya, bila orang-orang kita bersuara, terus dilabel "pembangkang".. dan dikatakan bermotif politik. Ini tak lebih hanyalah satu tindakan "denial" dan cubaan untuk mengalih perhatian dari isu sebenar.....
Ini bukan semata-mata isu politik kepartian,.. tetapi melibatkan survival bangsa... kalau "pemimpin2 atasan" pun tak tahu nak membeza,.. gelap masa depan...
Catat Ulasan