:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Selasa, 24 Mac 2009

Kayuh di Thale 19.03.2009

Khamis, 19.3.2009...

Setelah beberapa lama mengidam, akhirnya dapat juga berkayuh di pergunungan Thale. Sepanjang musim sejuk, trail MTB ditutup dan hanya dibuka untuk aktiviti ski dan lain-lain sukan salji, dan kini dah dibuka kembali untuk MTB. Perjalanan kira-kira sejam setengah dengan keretapi dan kami ke sana seramai 5 orang tetapi cuma aku sorang saja yang bawa basikal.. jadi selepas sekejap ronda-ronda dengan yang lain2,.. aku berpecah untuk berkayuh... layan solo la nampaknya...

Trail keseluruhannya adalah offroad. Perjalanan ke atas gunung adalah dengan menaiki kereta kabel. Sampai di puncak,.. aku mula berkayuh di trail XC,.. melalui kawasan balak, hutan, single trail hinggalah sampai ke permulaan downhill. Mulanya aku teragak-agak untuk mencuba DH memandangkan trailnya yang sangat curam dan mencabar (bg aku le..),.. tambahan pulak setting basikal aku tak sesuai untuk DH yang ekstrem mcm ni...

Bila lama2 dok perhati riders yang lain,.. mula rasa ingin cuba... dan kebetulan pulak ada yang bermurah hati bagi pinjam helmet fullface dan "protection pad"-tangan, kaki dsb... dan selepas diorang bagi penerangan serba sedikit pasal kondisi laluan,.. apalagi.. layannnn... lagipun, kebetulan hari ni hari kerja,.. jadi tak ramai sangat riders.. dan laluan pun tak sesak dengan orang yang perhati,.. kalau tidak,.. lg segan le...

Tapi aku hanya mampu buat hingga stage ke-2,.. tak berani nak terus lg... hehehe

Apa2pun memang puas hati dan kalau ada masa akan kayuh lagi di sini,... tapi mungkin hanya layan xc trail saja la kot...

kesimpulannya,.. DH bukan untuk aku!!..

beberapa gambar : trail dan pemandangan sekitar.. masa DH tak sempat bergambar..




kereta kabel




rider naik ke atas dengan basikal disangkut dibelakang




pemandangan dari dalam kereta kabel


stesen kereta kabel di puncak





kawasan balak



pandangan di lereng..


sungai di bawah..


nampak sayup ja resort kat bawah tu..



gaung yang pisahkan dua bukit..





trail XC


trail XC


trail XC


trail XC


trail XC



trail XC



trail XC




bandar Thale




4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perghhhhhh.... best2... tengok pun nampak gayat jugak tuuuuuu.... tapi apa pun tahniah pojie... akhirnya tercapai jugak impian hang nak kayuh kat situ.... esok lusa aku plak pi... HAHAHAHAHAH

Tanpa Nama berkata...

wahhh... best3x!! dh gunung mesti ngeri punye. ao bila nak ride kat thale inform la, aku pun nak ikut. muahahaha!!!

ps: tuan tanah bila nak tulis kayuhan "ala2 thale" kita ahad lepas?

Tanpa Nama berkata...

tungguuuuu!!!!! gambor tengah edit... huhuhuhuhuhu...

ps: minggu depan kita kayuh sana nak ? kalau nak aku nak tempah tiket air asia nih....

pojie berkata...

AO, tukangkebun,...

jom layan sini,.. naik airasia pastu penginapan & makan percuma 6 hari 5 mlm..
kalau x bawak bini,.. ada lg extra xtvt bleh buat hahaha

xdan puas kayuh sgt pon hari tu,.. jalan2.. melepak.. bergambag saja byk.. lebih pd survey trail ja.. kalu ada rezeki nnti bleh pi sekali lg.. hehe...

Related Posts with Thumbnails