:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Isnin, 16 Jun 2008

The TM Bikers Nite Ride @ Proton City

Selain menjelajah ke pelusuk trail offroad yang terdapat di Tg Malim ni.... TM Bikers juga giat menjalankan aktiviti kayuhan di jalan-jalan negeri dan persekutuan... Salah satu trail jalan negeri yang telah diduga ialah trail Proton City yang jarak full loop nya lebih kurang 20km...

Namun kayuhan tidak begitu selamat dijalankan pada waktu siang... Ini adalah disebabkan laluan ini adalah lauan utama keluar masuknya trailer-trailer besar dan panjang yang membawa keluar kereta-kereta proton dari kilangnya...

Keadaan ini akan menjadikan jalan tersebut kurang selamat untuk kapal-kapal kecil...
Oleh yang demikian, kayuhan hanya akan selamat jika dijalankan pada waktu malam... Ketika ini laluan ini akan menjadi begitu selamat dan lengang...

Namun begitu, langkah keselamatan perlu juga dititikberatkan... Menggunakan blinker ketika berkayuh pada waktu malam adalah wajib... Selain itu alatan peperangan yang lain seperti kasut, glove, helmet dan sebagainya sendiri mau ingat la...
Malang tak berbau... yang berbau tu asap lori... Jadi.. Beringat sebelum terkena... Ingatlah orang yang tersayang...

Biasanya... Apabila telah mencapai lebih kurang 8km yang pertama... Semua pengayuh akan berhenti di suatu pit stop yang telah digazedkan sebagai perhentian wajib... Kalau tak berhenti kat ni... Ada la karang yang nak kena tempeleng ngan kawan2...
Muka dah biru je akibat kesemputan...

Setelah penat dihilangkan dan semput diredakan, maka sesi kayuhan bermula semula... Kayuhan separuh masa kedua ni biasanya akan menyaksikan pelbagai aksi individu... Ada yang pecut... Ada yang perlahan... Ada yang berlumba dan tak kurang pula yang menyumpah seranah kerana ditinggalkan kengkawan... Tapi biasanya... Hanya di mulut saja... Di hati tetap murni... Kalau tak diseranah, alamat tinggal sorang2 la kat belakang...

Walaupun kayuhan pada malam hari, namun kepenatannya tetap dirasakan... Cuma yang takdenye ialah panas terik matahari...

Berakhir kayuhan kira-kira 20km mengelilingi Bandar Proton City, masing2 tersenyum puas... Bukan puas sebab berkayuh sangat... Puas sebab jap lagi nak pekena sup ekor kat kedai belakang umah AO tu...

Walau apapun ceritanya... Aktiviti seperti ini adalah sihat dan menyihatkan.. Harapan semoga ramai lagi yang akan menyertai aktiviti sihat seperti ini tak kira walau di manapun anda berada... Beriadah sambil menyihatkan badan... Juga dapat menjimatkan penggunaan petrol yang kini harganya melambung naik...

Anggaplah ini sebagai latihan jika terpaksa menggunakan basikal ke tempat kerja suatu masa nanti... Mana tau harga petrol naik lagi... Kita punya kelebihan sebab dah berlatih berkayuh....

Have a nice day everyone...

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails