:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Selasa, 17 Jun 2008

The TM Bikers dan ROP's.... Menyusuri Trail Jejak Pak Belang (The Maybank Trail) Tanjong Malim

Setelah sekian lama tidak bersua, akhirnya satu pakatan kecil-kecilan telah dibuat oleh ROP dan The TM Bikers untuk ride bersama-sama buat ke sekian kalinya...

Walaupun pada awalnya pakatan ini hanyalah secara kecil-kecilan tetapi akhirnya mendapat sambutan yang agak memberangsangkan dengan kehadiran para MTB lain yang dipercayai dari area KL, Kelang dan Shah Alam... Secara spesifiknya mereka ini adalah kenalan Man Belon, salah seorang ahli The TM Bikers...

Yang bestnya... Geng2 kayuh ni semua sempoi2... Dengan kata lain bila dah jumpa, walaupun pertemuan yang pertama kali, kemesraan cepat terjalin... Macam dah lama kenal...
Itulah semangat dan jalinan persahabatan tulus yang terjalin bila kita berkongsi hobi dan kecenderungan riadah yang sama... Ride kali ini disertai pelbagai lapisan umur... Dari umur seotai 50-an hinggalah yang termuda iaitu kanak2 berumur 10 tahun...

Pemilihan trail kali ini adalah hasil terokaan penglipurlara The TM Bikers sdr AO dan pengerusi tetapnya Al-Bob... Terokaan pertama telah dilakukan oleh AO, Al-Bob dan Fisol, salah seorang ahli baru The TM Bikers...

Ketika merintis trail ini... AO telah bertemu dengan jejak Pak Belang Rimba yang saiznya lebih kurang sebesar ukur lilit cawan teh yang standard... Bleh tahan besarnya... Bak kata orang Perak...
"Kalau ditampornye... Buleh rabak muke dibuatnya..."
Oleh kerana itulah trail ini telah dinamakan The Maybank Trail... Bukan ape.. Kalau sebut Maybank tu tak le gerun sangat...

Jarak keseluruhan trail ni lebih kurang 15km... Trail yang agak pendek tetapi... Nafas nak kena panjang bai... Sajian2 bukit yang memberi peluang para rider mengasah bakat menolak basikal dengan teknik yang betul banyak sekali disediakan...

Tak kurang juga dengan jemputan-jemputan untuk menguji ketangkasan mengawal basikal dan kualiti brek masing2 ketika menuruni DH yang sungguh mengujakan... Tapi jagaaaa.... Ada yang telah tersungkur... Nasib baik cedera ringan je... Biasa la tu...

Separuh masa pertama sesi kayuhan... Trail ini menyediakan tempat persinggahan yang dimeriahkan lagi dengan sebatang sungai yang sejuk lagi menyegarkan airnya...
Pit stop ni bukan sahaja dikunjungi oleh para pengayuh basikal malahan juga menjadi tempat persinggahan para pemburu yang mencari buruan dalam hutan ni...






Seperti biasa... Bila dah separuh perjalanan... Berenti rehat... Kat sungai plak tu... Maka perut pun mulalah berdendang... Ketika inilah khidmat inang-inang pengasuh amat diperlukan...

Menu istimewa sentiasa ada dalam senarai bekalan yang disediakan oleh Quater Master Bro Enul dari ROP.... Dasat... Trip kali ni.. AO la yang jadi inang... Masak megi... Ada yang tak makan megi... Tapi bila dah dalam utan macam ni... Licin bai...
Semuanya akan jadi sedap bila dok dalam utan ni... Jangan kata megi... Roti gardenia pun boleh abis... Takde kaya.. Takde jem buah... Makan macam tu jer...



Memang sedap dan nikmat bila makan berebut2 ni... Yang tak lapar pun buleh jadi lapar... Dah makan layan mandi sungai pulak... Nak menyegarkan badan dan mengembalikan tenaga untuk sambung berkayuh pada sesi separuh masa kedua nanti...

Cukup masa berehat... Perut pun dah kenyang.. Masa untuk menyambung kayuhan ke garisan penamat... Ingatkan dah takde bukit... Rupenye ada lagiii... Adoi... Perut dah berat...
Masa ni la kita boleh tengok muka kawan2 bertukar menjadi kebiru-biruan... Bercakap pun dan tak banyak... Bukan ape tu... Kontrol....

5km terakhir trail ini menyajikan pula single trail yang agak menarik... Trail canopy yang menyusuri tebing sungai sungguh mengujakan bagi mereka yang pertama kali layan trail ni...
Namun begitu... Kita harus memberikan tumpuan yang baik ketika berkayuh kerana terdapat beberapa spot yang agak berbahaya.... Kalau tersilap... Kecebooorrrrr.... Ke dalam sungai la basikal dengan tuan punya basikal tu sekali...
Terdapat tebing2 curam yang boleh menyebabkan penerjunan tak sengaja ke dalam sungai kalau kita tak berhati2...




Sampai di garisan penamat... Perut buat ragam lagi... Udah lapar balik... Memang patut pun... Dah sampai waktu makan tengahari... Sambil2 berkemas.. Borak2 jap tentang ride yang baru dijalankan... Bermesra dan berkenalan ngan kawan2 baru... Pelawa-mempelawa ride selanjutnya di tempat masing2...

Rasa puas... Kerana bukan saja dapat kayuh... Tapi dapat kawan2 baru... Menambahkan lagi kenalan yang hobinya sealiran... Meriah...

Harap2 kita dapat jumpa lagi dalam siri ride yang akan datang....

Gambar2 adalah dari perspektif lensa DON.. Thanks...

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails