:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Jumaat, 6 Ogos 2010

Takziah Abang Eynold & ROP

Assalammualaikum. Tukangkebun baru dimaklumkan sebentar tadi oleh AO melalui KayMalik ROP iaitu saudara kita Aznul Alias aka Eynold aka Blucold316 daripada Republic Of Puchong (ROP) telahpun kembali ke rahmatullah hari ini. Walaubagaimanapun kami tiada butiran terperinci mengenainya.

Bagi pihak TMBikers kami ingin menyampaikan ucapan takziah khusus buat keluarga allahyarham dan rakan-rakan ROP. Abang Eynold pernah beberapa kali berkayuh di Tanjung Malim bersama ROP dan agak rapat dengan TMBikers. Ini merupakan kehilangan yang besar buat komuniti kita. Semoga roh allahyarham ditempatkan bersama kekasihNya, insyaallah. Al-fatihah.


2 ulasan:

ckuku berkata...

Takziah buat kuarga allahyarham (ckuku)

pojie berkata...

salam takziah utk keluarga arwah.. bersabar menempuh dugaan.. semoga rohnya ditempatkan bersama2 golongan beriman... A-Fatihah...

Related Posts with Thumbnails