Jumaat, 20 Ogos 2010/ 10 Ramadhan 1431H. Assalammualaikum semua. Apa khabar? Setelah hampir 2 minggu tak berkayuh (tukangkebun aje..) akhirnya perasaan rindu dan kegelian kepala lutut mula melanda. Maka dengan penuh semangat pada 13 Ogos (3 hari pose) lepas mesej pun dihantar kepada semua ahli skuad sayur untuk berkayuh. "Tapi sayaaanngggg... kehadiran kekasih lama mu... datang kembali.." Opps! apehal pulak keluor lagu Salem Trilogi Cinta pulak nih! Tapi sayang, jumaat malam tu hujan melanda tak berenti-renti. Tersenyum para isteri.. huhu!! Tapi ada pulak sorang pengayuh tegar iaitu Pojie yang muncul! kahkahkah!! Kesian dia dah la henpon cap ayam dia rosak, tak dapat mesej kayuhan kensel, semangat!! kahkahkah!! Aduuhh.. sakit perut aku!
Justeru bagi mengubati kegagalan kayuhan lepas maka terjadilah kayuhan malam sebenar dalam bulan posa ni jumaat lepas. Sebaik sahaja selesai mengimamkan solat terawih, kebanyakan ahli TMBikers yang juga merupakan calon-calon simpanan imam muda Tanjung Malim dengan pantas berkumpul jam 10.30pm. Alhamdulillah seramai 18 orang pengayuh memunculkan diri malam tu, termasuklah beberapa orang pengayuh baru yang power. Selamat datang ke TMBikers tuan-tuan!! Seorang imam muda iaitu Ujang yang tak kayuh kerana membuat kuih sanggup berkejar dari Proton City untuk menyampaikan tazkirah sebelum kayuhan bermula.
Lebih kurang 10.50pm kayuhan pun bermula diiringi 2 orang marshall yang dedikasi iaitu Pojie & Qadri. Pojie yang masih trauma dengan kejadian minggu lepas tak berani membawa beskal kerana bimbang dikecewakan lagi.. huhu! Manakala Qadri pulak yang beria-ia ajak orang kayuh rupanya bagai bertaut di tepi kiambang! Sendiri tak kayuh! Citt! Disebabkan penat berpuasa dan berbuka dengan hanya 3 biji kurma (kihkihkih), maka kayuhan road dipilih. Laluan biasa iaitu Tg Malim~Behrang Stesyen~Changkat Asa~Tg Malim. Kayuhan tamat sekitar 1.00am. Tiada kecederaan maupun gastrik dilaporkan. Kesemua pengayuh juga dipercayai berpuasa seperti biasa keesokannya kecuali sorang iaitu Leong.. huhu! Marshall pose ke tak tukangkebun tak tau.. muahaha!!

Ni dia baju putih & merah ahli baru TMBikers.. Baju biru tu imam muda Tongga..
Buat makcik-makcik kat luar sana pilihlah mana-mana yang suka buat menantu. Semuanya bujang, imam muda & kuat berkayuh!
Suhaili.. ahli baru yang terjebak. Beskal xtc team baru tu.. mehei tu.. (ikut Abad punya pasal kihkih!!)