:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Selasa, 9 Februari 2010

Nite Ride.. Batman Returns..



(Click untuk imej yang lebih jelas)


Isnin 08022010,

Kayuhan malam ke dua bagi riders united..

Kayuhan dimulakan kira2 jam 9.30pm dan di tunjukarah oleh Apit... jentera kayuhan bercampur2 dengan ada yang ber"road-bike", touring bike, MTB, tayar sotong, tayar off-road... mcm2 adaaaa... dan trail kayuhan melalui 100% tarmac berjarak hampir 32km...

Permulaan dari tempat parking dihadapan klinik syifa terus ke simpang 4 jalan utama dan menuju ke arah Proton City.. seterusnya terus ke Pekan Behrang Stesyen, melalui flyover ke Kg Masjid, Kg Sekolah, Kg Teluk raja dan diteruskan sehinggalah lintas semula flyover highway ke Tanjong Malim..

Laluan yang dengan dakian panjang di beberapa kawasan seperti di Behrang Ulu, Kampung Telok Raja dan Kg Serigala Ulu agak sedikit mencabar dan cukup menguji ketahanan badan.

Terdapat seorang rider yang pancit tayar dan Abad dan Apit telah berpatah balik untuk membantu tanggung basikal,.. dan seterusnya menampal tayar dihadapan pintu masuk kilang sawit,..

Kayuhan diteruskan dan kali ini disertai oleh Tukangkebun yang bertindak sebagai marshall yang menunjukkan arah ke Restoran Dapor Siam...

Setelah semuanya selesai refill perut, kayuhan diteruskan ke tempat berkumpul awal dan bersurai...

kesimpulannya,.. kayuhan malam kali ini memang enjoy dan meriah... Terima kasih kawan2....

p/s: mcm biasa.. gambar x ada... tunggu nak cilok dari blog Procity... hehehehe

3 ulasan:

ujang berkata...

mantop la update nite ride ni, pojie... siap ade distance & elevation scale lg... aku ade install dlm hp cap ayam aku ni, tapi x penah pakai pulak... free eh...

pojie berkata...

chitt.. kalau hp hang tu chap ayam,.. yg aku punya kira tahap dedak jagung saja laa... hehehe

peta tu boley buat kt http://www.mapmyride.com/ .. kita bleh plot route, mark tempat2,..tgk elevation dll.. pastu bleh save utk buat reference trace record exercise kita...

nk plot trail offroad pon bleh.. tp ada skit rumit lee.. tu yg maleh nk buat tuu.. hehehe

ujang berkata...

ok... nanti aku test hp cap ayam aku nii... tapi kalu offroad takdak line la pulak kan... takpa, nanti kita try...

Related Posts with Thumbnails