Aktiviti kayuhan mingguan diteruskan.. seperti biasa, kayuhan disertai TMBikers, Team Procity, Abad n Gang, rider baru iaitu Fahimi dari Bangi dan pelajar2 UPSI termasuk seorang rider wanita iaitu cik In...
Otai TMbikers iaitu Tukangkebun masih tak dapat ikut kali ini kerana meneruskan training "karate Kid" nya.. <--- kali ni ada awek woo.. padan muka hang.. hehehe
Kayuhan terbahagi dua sesi iaitu separuh pertama dakian (tolakan) dan downhill sekeliling bukit barbieland Proton City dan sesi kedua dari Proton City ke laluan Sungai Samak, Simpang 4, Bernam Baru dan kembali ke Proton City...
Pada sesi pertama, mungkin juga akibat keadaan trek yang licin berlumut dan beberapa rider yang pertama kali berkayuh, maka terdapat beberapa aksi stunt serta lompatan dan golekan freeride tak dirancang... sebenarnya bukan sahaja rider baru, rider lama juga ada yang tergolek dog.. sehinggakan ada separuh yang terpaksa berhenti pada separuh sesi pertama sahaja...
Lumrah kejadian manusia,.. apabila rider wanita tergolek, walaupun hanya bercalar sebesar misai kucing, maka berduyun-duyunlah bantuan yang tiba... tetapi apabila ada lelaki macho yang tergolek-luka lutut, tergores berselirat dada... duduklah sorang2 atas batu.. sapa pun x layan... nasib.. nasibbb...
Seterusnya,...
Sambungan sesi kedua berjalan dengan lancar, cuma sekali sahaja terhenti untuk menukar tiub basikal Zaki... akibat masa yang agak suntuk, riders terpaksa "short cut" dipersimpangan tokong Cina dengan tak teruskan ke "Camp site" tetapi hanya menyusuri sungai sehingga ke Taman Bernam Baru dan seterusnya balik ke Proton CT...
Jarak keseluruhan selepas "short cut" kira2 35km dan masa yang diambil lebih kurang 4 jam termasuk hentian kecemasan,.. rehat dan rawat (R&R).. dan minum2...
oleh kerana TMBikers semuanya miskin2 x mampu ada kamera (hanya org kaya tokey Kebun sorang ja yg ada) maka gambar2 hari kejadian terpaksa dicilok dengan x malunya dari blog http://procitymtb.blogspot.com/... terima kasih cikgu Dzan...
Rehat separuh masa.. isi minyak....
Cilok sikit2 cukuplaaa, jadi untuk tengok gambar2 lain sila ke http://procitymtb.blogspot.com/2010/02/kayuhan-pc-ke-diamond-creek-jumpa.html
Cilok sikit2 cukuplaaa, jadi untuk tengok gambar2 lain sila ke http://procitymtb.blogspot.com/2010/02/kayuhan-pc-ke-diamond-creek-jumpa.html
2 ulasan:
pojie, tu la hang... bile aku tanye, hang jwb ok je... last2 hang buat sujud sahwi rupenye... pandai hang, senyap2 je...
bukan apa bro,.. depan awek aritu.. kontrol macho la skit... sakit x habag.. hehehe
Catat Ulasan