:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Khamis, 4 Mac 2010

Kayuhan Ayam di Sri Iskandar..

21 Feb 2010- Sri Iskandar MTB Exploration

20Feb 2010
Tg Malim-Sri Iskandar
Wakil Tg Malim dan KKB iaitu TMBikers, Procity dan As-Sakinah telah bertolak pada hari Sabtu untuk ke Sri Iskandar. TMBikers seramai 3 orang membawa 2 kereta di mana Izani telah bertolak lebih awal untuk mengambil kunci tempat penginapan dan diikuti oleh Pojie dan Fahimi pada sebelah petang...

Semasa sedang bersiap2 di Tg malim,.. kami terima panggilan dari Ujang mengatakan dia dengan Dzan terpaksa ber"pit-stop" di Gopeng kerana kereta Dzan "mogok lapar"...

Sampainya kami di Gopeng, mekanik dah mula buat kerja.. sehinggalah tengah malam,.. -semasa kerja2 baiki, ada juga "bantuan" tiba.. dengan macam2 teori yg keluar,.. tetapi nasib baik dia cepat beredar.. untuk mengelakkan telinga hilang... hehehehe...

Setelah lewat malam,.. kereta "bikin" masih tak abih merajuk,.. jadi kami mengambil keputusan untuk tinggalkan di parking plaza PLUS untuk berembun semalaman.. dan mekanik akan sambung semuala esoknya.. manakala kami teruskan perjalanan ke Sri Iskandar....

Setelah "breakfast" dan hantar Ujang dan Dzan ke penginapan bersama As-Sakinah di Homestay berdekatan,.. kami teruskan ke tempat tidur kami di Papan... perrghh,.. rumah antik -sekali tgk mcm filem Embun daa... kira2 4.30a.m baru lelap.. masa ni dok pikir nak kayoh pun 50-50 jaa.. hehehe

21Feb2010
6.50a.m....
dengan kalutnya kami br nk tersedar terjaga.. gosok gigi koboi.. mandi koboi.. berak koboi.. tp solat Subuh maintain tenang....
terus memecut ke SI dengan perjalanan kira2 30min,.. kami sampai jaa.. orang lain dah berlepas... masa ni nk kayuh pun dah 30-70 dah...
selepas selesai set basikal,.. kami ke tempat permulaan dan berjumpa Ujang dan Dzan yang masih menunggu... selesai tampai label CP1,.. kami pun cargass kayuh....

permulaan kayuh, melalui laluan tarmac kira2 7km (agak2 aku le..) dan selepas itu mula jammed untuk masuk ke trail offroad.. -baguih jgk jammed ni x la kami kena tinggai jauh hehehe...

permulaan offroad agak santai dengan laluan ladang beserta kanopi (pagi2 buta x lalu ikut kanopi pon xpa..hehehe).. sehinggalah jammed sekali lagi untuk laluan single trail dan light D-Hill...

Sepanjang perjalan kami sentiasa praktikkan segala ilmu yang dipelajari sepanjang latihan sblm ni,.. iaitu tolak beskal.. lepak2.. sembang2 dan tangkap gambar.. -x sia2 sunggoh...

Selepas tolakan yang panjang,.. kami sampai ke CP02 (tima kasih penganjur n urusetia yang efisien),... selepas refill H2O.. D-Hill plak dah.. pastu climbing semula.. pastu D-Hill lagi... sampailaa jumpa tarmac berjarak kira2 500meter kot (agak2 aku leee)..perrghh..

Perjalanan diteruskan ke CP03,.. semangat kami mula membara bila ada sorang mamat tu kata CP tu dekatttt jaa.. panjat siiikiiiiiiit je sampailaaaa.. -Pala Hotak Hang laa!!!.. tp apa pun kami sampai jugak ke CP03 tu setelah beberapa kali "mintak nyawa"...

huihh.. kat CP03 ni lg best.. depa bagi 100plus, mineral water + epal.. apalagi.. kami pun buat mcm rumah sendiri laa... pulun sakan.. epal pon dah sodap rasa mcm briyani gam dahhh... setelah berapa lama berenti melantak, sembang2, ambik gambar dan tapau air n buah, kami teruskan perjalanan.. masa ni dah dekat2 tghari, baekk punya matahari landing atas kepala..

CP03 ke CP04.. bukit lagi.. tolak lagi.. tengah tolak bleh nampak sayuuuppp riders didepan pon menolak.. tuudiaaaa punya jauh lg daaa.... tp tulaa.. namapun jamboree.. leisure ride,.. jadi kami pun beraksi dengan leisurenya... asal jumpa tempat teduh ja berenti.. dan hikmahnya bila bnyk berenti ni,.. maka jumpalah ramai kawan2 baru, sambil berjamboree sambil bersilaturrahim..... sempoiii hehe...

Dekat2 nak sampai CP04, ada plak sedikit kekonpiusan.. marshall pon x bleh nk kompom samada CP04 tu dah tutup atau tak.. maklumla dah lewat tengah ari.. ntah2 semua dah balik, ingat urusetia x reti lapar nasik ka.. maka kami satu group ayam ni mengambil keputusan untuk memaksa mamat marshall tu pi check ke CP04.. selepas beberapa ketika, marshall patah balik membawa label CP sahaja.. dan dapatlah pada beberapa riders untuk dibuat souvenir...

Kat sini juga,.. group ayam ini telah berpecah,... ada yang sambung juga perjalanan ke CP04 n CP05 (mungkin bersemangat bila terbayang lambaian awek2 UTP di CP05 ),... ada yang "ayam" +-7km ikut tarmac.. dan paling ayam daging sekali ialah group balik tumpang trak polis... hahaha

Kami bertiga termasuk dalam kategori "ayam tarmac"... bersama kira2 12 orang riders lain,.. sepanjang perjalanan tu,.. sempat aku berbual2 dengan Haizan @ Haitsan ROP... baru laa nak jumpa "in person".. sblm ni kenal kat FB dengan blog jaa.. -Nnti bulan 4 kita jumpa lagi, InsyaAllah...

Perjalanan diteruskan sehinggalah ke tempat permulaan/tamat dan dengan muka kontrol hensem (tanpa rasa bersalah x abih trail),.. kami terus menerima medal.. hahaha.. dan selepas tu,.. terus ke tempat makan sambil dijamu kari AYAM.. hahaha sungguh ironi sekali...
dan cabutan bertuah pun hanya bertuah kat orang lain (kayuh pun x abih ada ati nk cabutan bertuah hehe).. walaupun aku sangat2 berharap untuk bawak balik kambing gurun tuu...

Keseluruhannya,.. kami berjaya berkayuh (& tolak).. sejauh kira2 40km ++...

Untuk meringkaskan cerita... kami bertiga (pojie, Imi dan Ujang) sungguh sehati sejiwa berdansa sepanjang trail.. sama2 tolak.. sama2 lepak... sama2 menyumpah... (tima kasih Ujang psl teman kami,.. aku tau hang bleh cargass lg tuu...)

Bertolak balik kira2 jam 3pm dan sempat singgah pekena mee rebus Ramli di Ipoh.. hehe.. jumpa lagi di Jamboree Terang Bulan, KHT Kulim,.. InsyaAllah..

p/s: Terima kasih kepada penganjur dan urusetia yang efisien dan profesional..

p/p/s: sebenarnya bukan x larat kayuh,.. tp masa mula2 tu ada mamat mana ntah kata sapa lambat dapat hadiah lot banglo... kalau x,.. top 10 dlm tangan laa... HAHAHA.. ALASAN!!!!


jom layan gambar.....


Sabtu 20022010: kereta "bikin" sedang mogok..





CP01-CP02: suasana awal pagi yang nyaman dilindungi daun2 kelapa sawit





Permulaaan dakian ke CP02


ini le kerojenye.. lepas tolak beskal, berenti, bergambo ajee.. tp beskal aku "cacat",.. ada excuse laa selalu berenti pon..










"Refill" @ CP02


Ujang: tak single tp available lg 3..


dok sengih2 apanya.. nuu sayup nk turun belakang tuu.. pastu jenuh bukit nak rabat lagi..



buat2 senyum,.. tp letih x habag..


Ujang n Fahimi



saja upload gambag ni.. sapa2 nk cari model iklan ayag,.. bleh contact anytime.. harga bleh runding... HAHAHAHAHA

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails