:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Selasa, 10 Mac 2009

Test ride : Basikal baru aku.... Hardtail single speed Klasik!!

Setelah lama bertapa,.. akhirnya aku kembali berkayuh... dengan basikal yang baru keluar dari kedai (basikal lama,.. cuma baru beli ja.)..

Kayuhan percubaan ini hanya dibuat di sekitar bandar,.. bermula dengan menuju ke stesen keretapi, kompleks "City Carre", laluan sepanjang tepi tembok landasan, ke tepi sungai hinggalah akhirnya singgah ke kedai runcit...

Selepas ini aku bercadang untuk laluan yang dipelbagaikan,.. dari tarmac,.. gravel hinggalah trail tanah.. semua akan cuba diredah.. hehehhe

Keseluruhannya, basikal ini sangat selesa untuk dikayuh dan aku amat berpuas hati dengan kawalan yang mudah dan rekabentuk geometrinya sesuai dengan aku. Tambah pula dengan tayar "Slick" dan gear "single speed"... membuatkan kayuhan begitu lancar...

Jarak kayuhan "test ride" ini hanyalah kira-kira 10km (aku agak saja kerana belum lagi dipasang odometer) dan masa yang diambil adalah kira-kira 1 jam.. (lama sebab termasuk masa singgah kedai runcit...)

Apa-apapun,.. aku memang sangat gembira dengan jentera baru ini... bersedialah untuk layan trail behrang, lubuk kawah dan bukit lahanat.. ahahaha...

beberapa gambar sempat dirakam semasa sesi "test ride"...




Stesen keretapi



kompleks City Carre



aku semut merah...



meet uncle Husin







Puppet Theater





"Hasselbachplatz"


inilah dia awek baru aku.. hahaha.. parking depan kedai runcit... untuk keselamatan : letak rantai besar .. mengelakkan dikebas penyamun.. hampeh.. serik dengan pengalaman lepas.. :(

4 ulasan:

AO berkata...

perghhhhhhhh.... vintage tuuu... sempoi beskal tu pojie... hang kena bawak balik M'sia tuuu... Kita layonq depan kedai apek Tg Malim... Salji nampaknya dah takdak no... buleh cargas balik la tuuu... sempoi2...

pojie berkata...

hahaha... nnti tinggai sini jaa... dah tahap tukun daa... saja ja buat ayat nmpak ganeh .. kihkihkih.. tp blehlaa lepas gian nk berkayuh.. jadila...

tukangkebun berkata...

single speed? ni spec downhill ni.. kihkihkih!! kekadang rasa mcm teringin jugak nak bawak beskal mcm ni. saddle ada suspension spring tu. Lampu dia pakai dynamo ke? teringat beskal zaman budak2 dulu. lagi laju kayuh lagi terang lampu.. sempoi bro!

ps: beskal power lagi satu mananya?

pojie berkata...

syok jgk layan kayuh... tp kalau sekali masuk offroad mau bergegar sampai ke tulang kihkihkih...

Related Posts with Thumbnails