:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Khamis, 31 Mac 2011

Malaysian Gold Jambor"air" (27 Mac 2011)

Ahad, 27 Mac 2011. Assalammualaikum & selamat siang bapak2 dan ibuk2 semuanya ya. Rase macam dah lama pulak tukangkebun tak mereport kat blog ni. Kering idea nak memulakan madah-madah gurindam jiwa... huhu!! Alhamdulillah ahad lepas, 15 orang ahli skuad sayur TMBikers telah selamat menjebakkan diri dalam jambori teramai (setakat Mac 2011) kat Malaysia, Malaysian Gold Jamboree 2011, Bukit Merah Laketown Resort. Pergghh!! Penyertaan jambori beskal sekarang dah mampu mengalahkan konsert Maher Zain.. Taip-tiap kali jambori makin banyak pengayuh-pengayuh baru muncul. Jambori pun dah macam cendawan, tiap-tiap bulan ada. Berikut diringkaskan sedikit suasana jambor"air" Bukit Merah yang sungguh kebasahan..:


:: Goodies, Meal & Starting Point ::

  • Goodies kira ok dengan botol air, kupon diskaun Laketown Resort, dan jersi oren yang buleh dikatakan menarik. Sekarang ni ke"macho"an jersi turut sama menjadi daya penarik kepada penyertaan jambori (ahli skuad sayur kalau ajak masuk jambori mesti tanya jersi cantik ke tidak, bukan trek susah ke senang, huhu!).
  • Starting point sebenarnya ok kalau diambil kira keluasan tempat dan kemudahan infrastruktur. Tetapi disebabkan budaya rider kita yang susah nak beratur betul-betul maka jadi takde bezalah siapa datang awal dengan datang lambat. Tukangkebun rasa susah untuk mana-mana penganjur pun mendisiplinkan pengayuh dalam hal ni. Tambahan pulak inipun JAMBORI namanya, bukan race!

:: Trek, Water Point, Signage ::
  • Inilah jambori yang paling landai pernah tukangkebun masuk. Betul-betul rata aje, pendek kata kalau bawak roadbike pun boleh la jugak. Bukit last nak masuk Laketown aje yang mengkremkan kaki. Downhill adalah seto'et kat mana ntah tu.
  • Keadaan trek yang dinaiki air merupakan pengalaman baru buat tukangkebun. Selama ni lintas sungai aje. Tapi kali ni betul-betul merasa kayuh dalam air! Rasanye kalau takde banjir ni lagi tak bererti jambori MTB ni. Inilah jambori paling berair atau jambor"air".. Hhmm... i like!
  • Water point & bekalan air, pisang, suntonic & buah lai pulak lebih pada cukup rasanya. Barisan gadis litar yang menggoda di CP jugak menyebabkan berat kaki nak meninggalkan CP.. Time tengah leka kat CP ni la Anuar Manan potong aku! serius!! huhu!!
  • Signage clear, takde masalah.

:: Lunch, lucky draw, Anuar Manan, etc. ::
  • Alhamdulillah tukangkebun dapat makan walaupun masa datang balik lucky draw dah mula. Biasanya, jangan haraplah. Cuma kalaulah menu tu ditambah & dipelbagaikan lagi kan ke sedap tu dik non.
  • Lucky draw tak berape lucky la.. muahahaha!! apo nak dikato..
  • Paling kesian hari tu bila nengok Anuar Manang kena 'boo' dengan orang ramai. Ntah apa yang tak puas hati sangat awak pun tak tau.. Tak baik sebenornya kita boo kan pelumba yang menaikkan nama negara kita sampai macam tu. Takpe Nuar, lain kali ko follow belakang tukangkebun aje, kompom orang tak komplen punye! huhu!!

:: Eksiden di jalan lurus ::
  • Takziah buat kawan kita Wan Kama (Procity) yang terlibat dengan eksiden di laluan tarmac tepi sawah. Serius jugak la kecederaannya sampai terputus arteri. Alhamdulillah beliau selamat menjalani pembedahan hari tu jugak dan sedang berpantang sekarang ni. Kami doakan beliau cepat sembuh dan membesar bagai johan macam Azizulhasni Awang.

:: Terima kasih daun keladi ::

  • Buat kawan kami dari Penang yang menempahkan bilik penginapan & mengambil goodies untuk TMBikers. Tak sempat pun nak berkenalan.
  • Awin yang menguruskan penginapan & pendaftaran.
  • Procity yang sama-sama berkonvoi & menumpangkan kami.
  • Semua kengkawan MTB yang sudi bertegur-sape, tolong bagi tiub kat Zul, dan yang bagi laluan.. huhu!!
  • Kak Ani yang walaupun tak kayuh, tapi tetap jugak turun menyokong TMBikers.
  • Khairy Jamaludin yang tak banyak cakap waktu flag off. Kahkahkah!! Apasal tak kayuh sekali?

Akhir kata tahniah buat penganjur. Mana-mana kelemahan boleh diperbaiki. Tahun depan ajak KJ buat jambori lagi! huhu!! Jemputlah makan nasik kat bawah ni.. tambah-tambah jangan memalu!


Bronco & Zul Botak kat meja goodies. Isshh ganasnya pakcik-pakcik botak ni!

Aiks belum mula tayor fisol dah bocor? Kita bukan setakat tukor tiub aje tapi tukor tayor sekali.. rim aje maintain..

Skuad sayur bergambor kat parking Laketown Service Apartment. Macam amik gambo kat pelamin aje gayanye..

Ketibaan tukangkebun di starting line melaui celah-celah pokok. (gambo blue oleh Rod Kembara)

Fisol pulak mencelah.. (gambo blue oleh Rod Kembara)

Zul botak hari sabtu masuk Jamboree Syabas (Fraser Hill) dapat TV 32", ari ni kat Bukit Merah pulak.. Kau memang ada bela! (gambo blue oleh Rod Kembara)

Suhaily wakil team German.. huhu!! (gambo blue oleh Rod Kembara)

Ketua geng jahat, Abad. Sekali pandang macam eman mana la.. baru aku perasan!
(gambo blue oleh Rod Kembara)

Ahli remaja TMBikers paling glamer, Bronco. Ni gambo sebelum bogel! (gambo blue oleh Rod Kembara)

Sape nak amik gambo ngan KJ angkat tangan! Perghh ramai peminat KJ rupanye!

Lagi peminat KJ. L-R: Kamal, Zaki, tukangkebun & Saiful "Bianchi"?

Apa ni! bagi la kami amik gambo ngan KJ dulu!

Tengok tuh, satu malaysia datang naik beskal semata-mata nak jumpa KJ aje.. muahaha!!

Ni apasal pulak menyenget ni? Suruh peluk tak nak peluk?!

Ramai.. beribu-ribu lemon...

Kat belakang pun ramai jugak..

Bang ada nampak KJ tak lalu kat sini?

1st Water Point. Tapi saya tak haus lagi, macam mane?

Tak haus pun kene jugak beratur! jangan potong!

Perkhidmatan cuci tayor disediakan

Mana boleh potong bang, sini double line..

CP2. Dapat sticker UMNO lagi! Minta lapan boleh tak dik? Nak tampal kat keta..

Kat sini aje sampai kembung perut tukangkebun minum suntonic..

Jumpe dengan Cupin (tengah) & Haitsan. Time kasih cupin teman aku sampai laketown..

Uuhhhh jamborair.. Kau buatku betul-betul basah!!

Single track nih?!

Ni sebenornya lintas titi, bawah sungai tu..

Kalau tak perasan buleh gedebush ni!

Ramai posing gambo kat sini..

Jammed! Arus deras kat depan.. tak sesuai untuk kenderaan ringan..

Apasal belah kiri aku ni laju pulak? Ni yang nak potong Q ni.

Emmm.. masih macho walaupun kebasahan.. i like!

Kat belah kanan tu yang licin.. kalau pakai tumit tinggi bahaya taw!

Tankmagic HTR (belakang sekali). Apa ke hei ni yop? Nak kayuh beskal ke nak mandi sungai?

Laluan tepi sawah yang romantik. Yang tak kuat iman buleh tertelap lalu kat sini!

Cantik kan?! cantik kan?!!

3rd water point. Ada buah lai tuh!

Lai bang! lai! lai ka tong!!

Buah lai, memang sesuai dimakan time kering macam nih.. i like!

Kasih sayang sesame rider. Ujang sedang mentry beskal carbon 16k sambil menolak beskal Dr Raja yang mengiringi Wan Kama ke hospital. Kat area ni lah Wan Kama eksiden.

Apik dah sampai finishing.. (gambo blue oleh Rod Kembara)

Antara yang dapat medal ari tu.. (gambo blue oleh Rod Kembara)

Suhaily pun dapat medal.. (gambo blue oleh Rod Kembara)

Awww! Fisol pun dapat medal jugak! (gambo blue oleh Rod Kembara)

Ni dia! sexiest uncle of all time! Kalah David Hasselhoff Baywatch!! Yang pompuan jangan tenung lama2, nanti takleh tido! (gambo blue oleh Rod Kembara)

Bronco: Betul aku tak tipu, tadi ada awek amik gambo ngan aku! (gambo blue oleh Rod Kembara)

Tukangkebun, yang paling sayor.. Air vico pun dah abis time nih..

Suhaily tengah jampi no dia.. belawok! belawok! belawok!!

Zul Botak: Kejap je lagi abang balik.. Tengah tunggu frame karbon nih! ape barang hamper2!!

Isnin, 14 Mac 2011

KAYUHAN SANTAI 8PM - 8AM (12 JAM )

Ada Berani....Siapa Berani...Mari Sini....

Kami di TM BIKERS buat pertama kalinya akan melakukan kayuhan santai selama 12 jam...kami berbesar hati menjemput pengayuh - pengayuh MTB/ROAD BIKE menyertai kami sekiranya berminat untuk menghayati kesejukan malam dan menghirup kopi panas ( Warung Mamak ) di sekitar laluan kayuhan.

           Tarikh   : 7 May 2011
           Masa    : 8 pm ( Waktu Tayar Golek dan Sesi Bergambar - Berita Harian - Kosmo - Sinar )
           Tempat : Hadapan Klinik Syifa

Untuk keterangan lanjut..silalah berhubung dengan Penasihat Kelab saudara Izani 0126370885 dan Pengerusi Kelab saudara ABAD 0196679011...

ANDA BAKAL TERUJA DENGAN KAYUHAN INI.....

Rabu, 9 Mac 2011

Kayuhan Malaam... MR. DOG ( Off Road )

Tuan..Tuaaan...Puan..Puaaaan...

Sekali lagi minggu ini kami di TM BIKERS menjemput anda peminat basikal lasak seluruh Malaysia menghayati kayuhan malam di Tg Malim.....

Tarikh    : 11/3/2011 ( Jumaat )
Masa     : 9 pm
Tempat  : Hadapan Klinik Syifa

Berdasarkan tajuk kayuhan seperti diatas...kami di TM BIKERS mengharapkan kayuhan ini tidak akan menghasilkan TRAUMA buat anda...

Selasa, 1 Mac 2011

KAYUHAN HUJUNG MINGGU ( KAYUH,BER KHEMAH,BERKHELAH & CHERITY)

Tuan-Tuan...Puan-Puan...Pengayuh Tegar...

Sekali lagi kami di TM Bikers menjemput anda semua yang berminat menyertai kami dalam aktiviti kayuhan seperti di atas...bagi menguji stamina kayuhan ke Pos Keding ( Perkampungan Orang Asli Ulu Slim) sambil menghayati kehijauan alam...

                                Tarikh       : 5 & 6 Mac 2011
                                Tempat Berkumpul : Hadapan Klinik Syifa
                                Jam  : 8:00am ( 5hb/3/2011)
                                Bayaran : RM 10 ( Untuk keperluan bahan makanan )

Sambil anda bersantai di perkampungan orang asli TM Bikers bermurah hati akan memberikan sumbangan pakaian terpakai kepada penduduk Pos Keding...jadi kepada sesiapa yang mempunyai lebihan pakaian sila kumpulkan dan keterangan lanjut boleh lah berhubung dengan penasihat kelab saudara Izani (0126370885) pengerusi saudara Abad (0196679011).

Isnin, 21 Februari 2011

Cross Banjaran Raub-Ulu Slim (13 Feb 2011)-Set 03

Set 03 & Terakhir-Cross Banjaran Raub~Ulu Slim. Untuk lebih perisa dan tidak anti-climax, sedare-sedari dijemput melihat ceciter Set 01 dan Set 02 dahulu. Emmm... barulah seronot! Kalau tak best, takpelah. Kita bakor aje! bakor aje!!


Pukul 1.18pm. Baru sampai Sungai Sembilan. Separuh pun tak abis lagi.. Bila nak downhill nih?

Lain koje takde, lintaih sungai, lintaih pokok..

Cak!! Terer tak apik selit-selit? Ntah macam mane buleh terkeluor kat sini..

Ishh.. payah nak keluor tu, kepala lepas body pulak sangkut!

Hulala!! Betul-betul series tahap ketumbangan buloh betong ni. Angin kentut pun tak leh nak celah ni..

Terpaksa la kita divert ke laluan anak sungai, tangkap pinggang betul nak angkat beskal berat kat sini..

Antara ropenya muka bumi kat sini. Kalau tau baik bawak beskal lipat aje, bubuh dalam beg!

Walau sesusah mana sekalipun trail cross banjaran, bagi Nazri Ismail (depan) semuanye celah gigi aje.. Pikul la beskal aku sekali woi!

Tak sampai berapa langkah berenti balik.. bila nak sampai? Itulah kelebihan tmbikers, sape lambat kita tunggu. Bior ayam sama ayam, sayor sama sayor... sampai same-same.

Pukul 2.04pm. Dah sampai Paya Bujang Dayat pulak.. huhu!! kelako pulak namanye..

Kesian Nazri Ismail, sedih aje mukanye. Mentang-mentang le tak bujang lagi, rase kecewa je kena pakse amik gambo dengan signboard Paya Bujang Dayat..

Tu dia! Amri sambut beskal kat bawah.. menandakan track pendownhillan dah semakin hampir!! yeeyyy bebey!!

Pati: "Aku bagi 5 minit je lagi, kalau nasik tak masak jugak aku makan ulat gonggok ni idup-idup"

Signboard dan batu sempadan yang menandakan kita kat tengah-tengah banjaran. Kiri Perak, kanan Pahang.. Kalau tak perati betul2 buleh terlepas batu sempadan ni, pasal terselit celah semak & pokok. Satu limpahan air ke Pahang, satu lagi ke Perak..

Pati, Amri & Bronco gumbira mencicahkan kaki kat sempadan Pahang-Perak. Selangkah aje lagi kira dah Cross Banjaran le.. Sepanjang laluan ni becak/ anak sungai kecik. Lupa teman nak menyenap gambo.

Aloy bergambo bersama satu spesis ubi. Kami tak cabut pasal nampak cuma ada sepokok aje kat sini. Kalau nak tau rasa daun dia buleh tanya Pati.. muahaha!!

2.48pm. Sampai kat Batu Gajah..

Izani (kiri) menunjukkan amalan masyarakat orang asli yang meletakkan daun kat celah pokok sebagai tanda menghormati/ beri makan kat 'gajah'. Rasenye mesti bro husin yang letakkan daun kat situ tadi. Manakala tukangkebun berdoa semoga takde gajah yang nak lalu sini ari ni..

Kalau digunakan pandangan nurani, bentuk batu ni seakan-akan gajah, dengan kepala disebelah kiri dan buntutnya disebelah kanan. Tak nampak? Mesti semalam ada tengok omputih bercium kat TV tu..

3.00pm. Akhirnya sampai kat tempat RnR yang rasmi iaitu Guguk Kambing @ Batu Hidang. Kelihatan Nasir menunjukkan teknik kambing jantan mengepam tayor kat sini! huhu!!

Walaupun hampir lunyai, namun tukangkebun masih mampu memberikan pos manja facebook kat sini.. jangan jeles!

Uuuhhhhh!! Manjanya, buleh jadi model sabun susu kambing...

Kat atas batu hidang ni la, segala saki-baki nasi tumang, kaya bronco & sadin menjadi rebutan. Mengikut cerita orang lama kampung Ulu Slim, dulu sape2 je lalu sini pasti ada hidangan kat atas batu (sape sedia jangan tanya le). Tapi semenjak ade mamat yang b#r@k kat pinggannya, maka takdela lagi hidangannya. Tinggal nama aje Batu Hidang. Wallahhualam...

3.30pm. Baru je jalan balik, giliran Abad pulak mempraktikkan hikmat Arapaima Tunggal Menukar Tiub!

Masyaallah.. macam mana nak lalu ni? Abis idea dah nak selit beskal..

Ingatkan belah Perak tak banyak pokok tumbang, rupanye lagi banyak daa...

4.50pm. Sampai pun akhirnya kat sungai terakhir dalam Cross Banjaran sebelum Pos Bersih. Abad, Izani & Apik amik masa 6-7 jam naik motocross pegi balik sini~Pos Bersih.. huhu!!

Aksi Majalah Mangga Apik, Tonga & Izani.

Zul (kiri): "Pergghh... abis botak kepala aku gesel ngan pokok tumbang aje.."

Pokok tumbang paling beso kat sini.. Kalau sensorang kompom tak lepas!!

Nasib baik reramai.. apa yang penting.. kerjasama!!

Ha, jumpa pun signboard Hutan Simpanan Kekal Bukit Slim! Dah dekat le gamoknye!

Sape terer & takde telor buleh layan downhill nih, tapi teramat lah sempitnya, longkang dia ngam-ngam tayo beskal..

Akhirnya sampai jugak kat Pos bersih, tak sempat ngunyah makan la, telan terus aje...

Abad bangga dengan prestasi skuad sayor ari ni..

Izar (kiri) & Sukhri tak dapat duduk bersila pun jadila.. ha tambahlah.. tambah!

Amri (kanan) lagi dasat, mencangkung aje.. haha!!

Ni le ropenya kenduri Kak Limah ari tu...

Antara kuda-kuda yang keletihan, ajak makan nasik pun taknak...

Kuda tonga..

Kalau nak Cross Banjaran dinasihatkan bawak kuda hardtail dan yang spec pegi pasor aje.. bukan ape, kalau penat senang nak buang!

Tak penah kurasa menu yang senalerk ni.. Nasi putih, sambal ikan bilis, ikan pekasam & potai!!

Cepat la bang, nak tambah lagi nih!


Tamat. Terima kasih. Lain kali datang lagi ye.. Kalau 1st time sampai, tengok jugak
Set 01 dan Set 02.

Related Posts with Thumbnails