Ahad 13 Februari 2011. Assalammualaikum semua kengkawan yang suka naik mountain bike ataupun roadbike. Ngeh!ngeh!ngeh! Minggu lepas beberapa ahli TMBikers yang 'hilang skru' telah mencari pasal dengan pergi berkayuh merentas Banjaran Titiwangsa. Kenapa hilang skru? Huhu!! Sebab trek yang kami lalu tu memanglah amat tipis peluangnya untuk kayuh, manakan tidak trek ni sebenornya adalah jungle trekking yang menghubungkan Lata Lembik di Raub, Pahang dan Pos Bersih, Ulu Slim, Slim River, Perak. Mengikut sejarahnya, laluan ni pernah digunakan oleh Pahlawan Mat Kilau untuk berjalan dari Perak ke Pahang. Betul ke tidak kene la tanya Mat Kilau sendiri ye.. huhuhu!!
Sebenornya kami bukanlah yang pertama bawak beskal lalu kat sini. Sekitar Ogos 2006 dulu otai-otai TMBikers macam Izani, AO & King bersama lebih 50 yang lain telahpun mencari nahas terlebih dahulu dalam Kayuhan Merdeka Jejak Mat Kilau. Malah Izani yang jugak antara perintis awal laluan ni sendiri pernah mencatat nama dalam Malaysian Book Of Records dengan berkayuh secara solo melalui laluan Mat Kilau ni. Memang sewel betul la lanun sorang ni! Setelah hampir 5 tahun, maka tiba-tiba je tergerak balik hati lanun nak lalu kat sini. Maka dengan kesedaran yang waras dan tahu seksa yang bakal menanti terjoin jugaklah pengayuh & penolak beskal hilang skru yang lain dalam kayuhan edisi kali ni.
Kayuhan kali ni disertai seramai 14 penolak beskal profesional. Mereka ialah Izani, Abad, Apik, Bronco, Aloy, Tonga, Amri, Nasir, Pati, Shukri, Izar, Kak Ani, Zul Botak dan tentunya penolak paling sayur tukangkebun. Kami bertolak dari Tanjung Malim lebih kurang pukul 5.00pm, 12 Februari 2011 dengan 5 buah kenderaan. Turut menghantar kami dalam rombongan Cik Kiah ni ialah Zamri, Ironman Procity, Pojie, Midi & drebar Kak Ani. Kami sampai kat Lata Lembik, Raub dalam jam 10.00pm. Kesemua drebar terus balik ke Tanjung Malim malam tu jugak kecuali Midi.
Kayuhan sebenar bermula esoknya iaitu Ahad 13 Februari 2011 jam 8.30am dan tamat sekitar 6.00pm. Perghhh!! Dekat 10 jam tu! Secara keseluruhannya jarak dari Lata Lembik, Raub ke Pos Bersih, Slim River hanyalah dalam 20km aje. Kalau dalam bahasa berlagaknya kira celah gigi ajela kalau kayuh offroad biase. Ketiak pun baru suam-suam kuku aje. Huhuhu!! Tapi dia punya 20km tu sangatlah tak normalnya untuk pengayuh MTB. Semenjak mula berkayuh ni, tukangkebun rasa inilah kayuhan beskal yang paling tak masuk akal pernah tukangkebun buat. Sekitar 7-8km pertama masih lagi boleh kayuh atau sebenornya tolak sambil buat-buat tak penat bila nampak kamera. Tapi lepas tu trail sentiasa selang-seli dengan pokok tumbang. Macam-macam gaya 18sx yang dapat disaksikan kali ni. Kejap-kejap kayuh, banyak-banyak tolak, banyak-banyak tunduk, banyak-banyak pikul, banyak-banyak merangkak, banyak-banyak pulak sampai blur macam mana nak lalu kat pokok tumbang! Daripada lebih kurang 10 jam kat sini, rasanya hanya 20-30% aje yang boleh kayuh. Laluan ni yang pacaknya tersangat lah buleh tahan (banjaran tu bai..) amat-amat mencabor mental dan telor! Huhuhu!!
Namun, berpegang kepada moto "Kayuh, Gelak, Tolak" dan semangat kerjasama dan mengutuk yang kuat, maka kesemua 14 penolak telah berjaya membuktikan bahawa kamilah penolak beskal paling tak senonoh kat Tanjung Malim. Muahaha!! Semuanya selamat balik walaupun berdarah-darah dan parah digigit pacat. Ini memang merupakan pengalaman sekali seumur hidup buat rider sayur macam tukangkebun. Apapun sebenornya kayuhan kali ni lebih banyak main dengan mental berbanding fizikal. Fizikal kuat pun tapi kalau emosi tak stabil mesti abis la punye. Alhamdulillah takde sapepun yang kene sampuk atau meracau tak tentu arah. Tapi gelak manjang aje la kali ni.
Insyaallah satu lagi kayuhan serupa yang lebih ekstrem sedang dirancang melibatkan kayuhan road Tanjung Malim~Fraser Hill~Raub dan offroad Lata Lembik~Pos Bersih dalam masa 2 hari. Kayuhan dijangka sekitar September 2011. Dengor kabornya macam nak masuk dalam Malaysia Book Of Records sempena 54 tahun merdeka. Bagi pengayuh & penolak beskal hilang skru yang berhajat atau bakal join, maka semoga selamat hendaknya didoakan.
Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua kengkawan yang terlibat membantu 14 pengayuh kali ni iaitu Midi, Zamri, dan abang toke petronas yang menunggu kami di Pos Bersih dengan hidangan makanan dan minuman ala 5 star yang sungguh enak. Jugak tak lupa buat Ironman & Pojie yang bersusah-payah drive sensorang sambil tak henti-henti baca ayat qursy waktu on the way balik lepas hantar kami ikut Fraser Hill tetengah malam.. Huhuhu!! Kepada semua yang join time kasih daun keladi, lain masa kita carik pasal lagi.. Kayuh! Gelak! Tolak!
Ps: Layan dulu set 01 gambo-gambo blue yang tukangkebun sediakan ni. Gambo-gambo lain akan menyusul kemudian dalam Set 02 dan Set 03. Tunngguuu!!!

Bangga betul budak kampung Tanjung Malim ni dapat melepas kat Tandas Awam Raub..
Glamer tu depan jamban... Ramai awek lalu nak pegi pasar malam..
Kami amik dua suite 5 star kat sini. Midi & Apik antara pasangan yang paling awal beradu kat sini.. perrgghhh!!
Ini la dipanggil nasi tumang. Benda ni katanya direbus dalam buluh.. Cicah dengan sardin.. pedas giler..
Bersambung ke Set 02 pulak.. huhuhu!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan