Ahad, 24 Januari 2010. Assalammualaikum semua. Bertemu lagi kita dalam siri cerita kayuhan ghairah TMbikers, huhu!! Ahad lepas kami berpeluang ride ke
Barbieland bersama2 dengan geng
Procity. Kayuhan ni adalah kayuhan sulung meraikan geng baru yang duduk di Proton City. Seramai 10 orang yang telah terkayuh iaitu;
TMbikers: tukangkebun, Ijoi, Izani & Fisol;
Procity: Dzan, Ujang, Md Noor & Syakir;
UPSI: Shukri@Tongga & Rafi. Kayuhan bermula sekitar 8.00am dan tamat 10.30am. Jarak pulak dalam 9 km sahaja.
Permulaan dakian trek agak mencabar, kerana bumi Barbieland yang dah lama tak digolek lori sawit mahupun 4WD telah diliputi semak samun yang agak ngeri untuk diredahi jika berkayuh berdua-duan. Habis tercalar kegebuan lengan dan betis tukangkebun yang tidak ditutup seutas benang. Hujan malam sebelumnya turut membuatkan kayuhan kali ni lebih becak dengan beskal menjadi comot-secomotnya. Kayuhan ini jugak agak bersejarah buat kami kerana 4 rider telah terbocor tayarnya. Ada yang sebab tayar, ada sebab batu, ada sebab dah sampai masa dan ada juga yang terhiris duri sawit. Rantai Ujang pun putus jugak di minit2 terakhir DH. Boleh kata setiap kali berenti ada aje pomen yang bekerja.
Apapun kami di TMbikers nak ucapkan terima kasih buat semua kawan2 yang sudi berkayuh dengan kami. Jangan menyesal ye. Lain kali kita kayuh lagi. Kayuhan pagi tu diakhiri dengan sesi minum beradap di Restoran Mamak Proton City. Bagaimanapun Izani, Fisol, Tongga & Rafi pulak sambung balik kayuh ke Bernam Heritage Resort. Yang lain terpaksa balik awal sebab ada urusan seri paduka baginda.
Group photo untuk tatapan sedara mara di kampung

1st blow: Kesian Cikgu Md Noor dah tukar tiub pun takleh jugak.. takpe cikgu lain kali buleh repeat balik Barbieland

Dakian tarmac sebelum sampai trail head

Keadaan tanah yang tidak kondusif menyebabkan fisol segan untuk berkayuh

Beskal Izani hari ni disponsor oleh Pojiedale Inc.

Laju sangat agaknya Dzan sampai blur gambonya..huhu!!

"Hang jalan dulu 1 tiang, kang aku kejor", kata Ijoi kat Rafi

Regroup dulu, periksa kot2 ada yang tertinggal..

Regroup lagi, Dzan mengira berapa yang dah sampai

Macam ni la baru best.. comottt!!

Nak selamat amik lajak... ikut tengah...

Tengah Tongga! bukan kiri!

Fisol menswitchbackkan diri

Tongga.. 2 kali putus rantai pun abis no lapan kat KAWAT09, pergh!

Junior Cikgu Md Noor, Syakir: 13 tahun. 1st time masuk offroad.. boleh tahan!

Sukenya ijoi dapat DH!

Ujang pun teruja dengan DH barbielad

Fisol dengan fork baru yang lama.. huhu!!

Izani, towkey offroad...

Ni pun best jugak DH..

Batu-batu berterabur..

Pergghhh!!! mesti bangga la kalu bini hang tengok hang DH joi!

Ujang in action..

2nd blow: Tayar Dzan pulak.. haha!!

2 orang student UPSI yang power Rafi(L) & Tongga(R) bersama pakar tolak bukit.. tukangkebun

Awat fisol sorang aje yang sampai.. lain mana?

3rd blow: Tayar Syakir pulak yang pancit rupanya...

Baik punya DH alih-alih putus pulak rantai Ujang...

4th blow: Fisol turut mengambil kesempatan memblow tayarnya time tengah repair rantai Ujang

Kalau Tongga pun tolak...

Yang lain apatah lagi.. huhu!!!

Time balik.. best aje tanah rata...

Minum beradap di Proton City

Perghh!! 2 ekor kuda sedang disnow wash
