:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Khamis, 29 Januari 2009

MTBike... Full Suspension (FS) ATAU Hardtail (HT) ... yang mana satu pilihan kalbu..

-artikel dari blog lama-



FULL SUSPENSION


VS


HARD TAIL


Assalamualaikum.. salam ceria.. berjumpa kita sekali lagi...

Seperti dijanjikan kali ni kita sembang2 berkenaan pilihan samada Full Suspension "FS" (kerangka bersuspensi belakang) atau MTB HardTail "HT" (kerangka solid-tanpa sistem suspensi belakang)...

Perbahasan dan sembang2 mengenai pilihan FS ataupun HT telah lama bermula sejak dari awal kemunculan MTB dengan suspensi penuh... dan ianya sentiasa menjadi isu dan topik perbualan pada setiap masa... tanpa mengira samada "org lama" atau yang baru nak berjinak-jinak dengan MTB...

Dan bagi saya yang baru nak mengenal MTB ini, amatlah mengharapkan tambahan dan perkongsian info serta pembetulan fakta dari rakan2 yang tentunya banyak pengalaman...

Bagi kita2 yang baru berkira2 untuk memiliki MTB, -salah satunya, tentu fikirkan pilihan antara FS atau HT,.. dan pastinya antara persoalan yang bermain dikepala ialah mana satu yang paling efisien,.. sesuai, ...selesa, dan kawalan yang baik?..

Artikel ini bertujuan membincangkan pro dan kontra FS/HT dan kesesuaiannya dengan trail kayuhan kita (bagaimana kita nk gunakan basikal itu) dan seterusnya, terpulanglah kepada kita.. tepok dada, tanya selera... dan jugak poket... hehehe

Perbandingan lebih rasional sekiranya dibuat antara FS (hanya dalam kelas XC dan all Mountain-tidak termasuk freeride dan DH) dan HT kerana kondisi kegunaannya yang agak sama walaupun biasa terdapat pelumba2 yang menggunakan HT untuk kayuhan freride dan DH. Seeloknya kita berbincang dalam skop pengayuh amatur seperti kita ini.. :)

Selalunya kita akan membaca dan mengambilkira pandangan pelumba2 profesional dan berpengalaman dalam menggunakan MTB... tapi harus diingat,.. jangan letakkan kepercayaan kita 100%.. kerana pelumba2 profesional dan berpengalaman ini selalunya juga adalah "agen pemasaran" bagi penaja2 mereka... jadi tentunya "review" yang diberi sentiasa positif ataupun "bias".... (biasala... cari makan bang...)... Pastikan juga kita membaca "review" dan pandangan dari orang2 yang "self sponsored" yang telah gunakan pelbagai jenis jenama dan tidak terikat dengan mana2 penaja...

Maksud saya,.. pelumba yang ditaja shimano.. akan katakan xtr lebih baik,.. dan yang ditaja SRAM.. akan katakan X.O lebih baik... last2 kita jugak yg pening... jd. mudahnya.. bandingkan sendiri secara teknikal. baca review dari pengguna "independent" dan cari kawan2 yang dah guna dan beli dengan duit poket sendiri dan tanya depa.. mana yg lg ok...

Kita juga perlu ambilkira fakta bahawa setiap jenis kerangka yang dikeluarkan adalah direkabentuk dan dibina oleh jurutera bertauliah serta pelumba profesional dan telah melalui pelbagai proses ujian makmal dan trek sebelum dipaten dan dipasarkan,... jadi tentunya mereka telah ambikira semua faktor yang kadang2 tidak terfikir (dan sesetengah itu, tak perlu difikirkan) oleh kita... jadi tentunya sedikit tidak adil untuk kita membuat andaian2 sendiri atau mendapatkan maklumat dari org2 yg kurang boleh dipercayai...

Sepertimana bila ada sesiapa yang katakan,..

"rear arm ni nmpak kecik laa,.. senang patah kalau buat drop..."

sedangkan dia x penah pon pakai frame itu... dan x pernah pun buat lompatan.... tentunya pandangan2 sebegini hanya lebih pd menyemakkan kepala sahaja...hehehe

Seterusnya, jom kita sembang2 bab Fungsi dan Kegunaan...

Full Suspension lebih sesuai jika....
  • Kita berkayuh Downhill atau freeride...
  • Kita selalu melalui trail yang berbonggol dan membuat lompatan...
  • Kita ada masalah sakit pinggul (x serasi dengan saddle)... dan mahukan lebih keselesaan
  • Kita berkayuh pada trail yang "kasar"
  • Kita mahukan basikal yang sesuai untuk banyak keadaan dan rupabentuk trail serta kekangan yang sedikit...
  • Kita mahukan kayuhan yang lancar (kurang gegaran/hentakan)..
  • Kita mahukan kawalan yang baik di trail "berhalangan" (berbatu, lubang, cerun...)

HardTail lebih sesuai jika....
  • Kita berkayuh pada trail yang "lancar" (halangan yg minima) dan mahukan respon yang tepat.
  • Kita perlukan kepantasan mendaki.
  • Kita perlukan basikal yang lebih ringan.
  • Kita perlukan kayuhan yang efisien (dan menjimatkan tenaga)
  • Kita lebih tumpukan pada kayuhan rentasan desa (XC) yang mana elok untuk dapatkan basikal yang seringan mungkin...
  • Kita perlukan basikal yang lebih mudah untuk diselenggara agar sentiasa dalam keadaan yang elok.
  • Kita tidak buat lompatan yang ekstrim (cuma kadang2 saja.. lompatan malu2 menyeberang longkang)...

.... apa yg perlu difikirkan lagi?

FS dan HT direka untuk fungsi yang berbeza jadi dapatkanlah yang sesuai dengan trail, cara kegunaan serta kecenderungan kayuhan kita.

Dan faktor lain yang perlu fikirkan juga ialah tentang kos. FS selalunya lebih mahal dari HT, jadi.. jika kita kekurangan bajet untuk dapatkan FS yang "selesa dikayuh", lebih baik tumpukan pada HT dimana dengan bajet yang sama kita dapat lakukan tambahbaikan (upgrade) dengan komponen2 yang lebih baik dan tambahkan reliabiliti berkayuh..

Tambahan pula, realitinya...bagi kebanyakan kita pengayuh2 amatur ini, jarang2 yang fikirkan tentang perlunya mengejar masa (kelajuan), persaingan atau gaya kayuhan. Cuma bab "kehenseman" basikal yg selalunya diutamakan... jd rasanya, faktor2 lain itu tidaklah memainkan peranan yg besar sebagaimana faktor kewangan dalam menentukan kita membuat pilihan samada membeli FS atau HT.....

kesimpulannya, semuanya terletak atas kehendak dan kemampuan kita,.... segala bahan bacaan, review, video, pendapat kwn2 cuma jadikan sebagai "guideline" bukannya "rule" yg perlu sentiasa dipatuhi.... sekali lg.. tepuk poket, tanya bajet....

Sekian dulu untuk kali ni,.. sekali lagi diharapkan kalau ada tambahan info atau pembetulan ... sama2lah kita berkongsi di sini...

selamat hari kebangsaan... selamat berpuasa...

selamat berkayuh (berkayuh dengan selamat)... InsyaAllah berjumpa lagi...

wassalam... auf wiedersehen...

-RIDE ON-

MTBike..... yang mana satu jd pilihan....

-artikel dari blog lama-


Assalamualaikum... Salam ceria... kawan2 tmbikers dan pembaca2 blog...
tentu rakan2 kayuhan semua sedia maklum berkenaan jentera kayuhan dan pilihan yg dibuat... dan telah dapatkan basikal yang sesuai...

Tetapi, bg rakan2 yg baru berminat untuk berMTB... dan baru hendak mencuba seperti saya ni,.. tentu akan tertanya2 apakah jenis basikal dan kesesuaiannya dgn kita.. selain kita menitik beratkan bajet (samada harga basikal setara dgn harga bil talipon atau sama dgn belanja menikah satu lg.... hehehe)... dan saiz basikal yg sesuai dengan badan,.. kita tentunya akan menimbangkan fungsi dan kesesuaian kegunaan setiap satu basikal itu.

Ianya juga banyak bergantung kepada cara kayuhan dan kesesuian trail yang kita lalui, samada landai, mendaki, berbukit, menuruni bukit, berbatu, tanggung atas bahu, berkayuh atau menolak atau kita sebenarnya beli basikal untuk diletak dalam frame sambil membelek-belek sebelum tidur...

Secara peribadi, pd pendapat saya, seeloknya janganlah sekali2 membuat pertimbangan berdasarkan "kosmetik" dan MINAT kita semata2 tetapi lebih kepada realiti bentuk trail kayuhan dan kesesuaian kita. Maksudnya, apa2 yang cantik pd pandangan itu tak semestinya memenuhi fungsi dan keperluan dan seterusnya, jika kita minat "DownHill" dan dapatkan basikal dengan travel 200mm dengan berat 16kg yg nampak "ganas"... tetapi trail yang selalu dapat kita lalui lebih kepada mendaki dan perlukan kayuhan panjang... alamat "kena getah" laa jawabnya.. "tumpo le yeop"...hehhe
-perlu diingat.. selalunya, apa yang kita minat tak semestinya apa yang kita dapat buat..hehehe-

seterusnya,.. saya ingin berkongsi beberapa perihal umum jenis2 basikal mtb dan kesesuaiannya... untuk info kita bersama...


JENIS-JENIS MTB


1. Merentas Desa.. Cross Country.. XC



Direka ringan, efisien dan sesuai untuk kayuhan jarak jauh. Boleh digunakan untuk pendakian tetapi kurang sesuai untuk trail yang terlalu "kasar" dan "lompatan/terjunan" yang ekstrem...


2. DownHill.. DH


Direka khusus untuk menuruni bukit (dengan laluan berhalangan... batu, kayu, pokok, cenuram dsb) sepantas mungkin. Tidak sesuai sama sekali untuk kayuhan yg mendaki ke puncak bukit kerana akhirnya ia hanya akan menghasilkan kata2 makian sahaja... hehehe. Basikal jenis ini boleh "menangani" trail yang ekstrem (dan tentunya perlu disertakan sekali dengan penunggang yang berskil) dan "travel" atau daya "serapan" fork dan suspensi belakang juga direka tinggi/besar untuk kawalan yang selesa dan selamat. Selain dari basikal, penunggang juga perlu bersedia dengan kelengkapan keselamatan tambahan.


3. Freeride.... FR


Basikal sebegini sesuai untuk penunggang ekstrem dengan trail yang penuh dengan lompatan mahupun terjunan (drops) dan sesuai untuk melakukan aksi "stunt". Walaupun basikal ini dikira kurang sesuai untuk pendakian, tetapi ia masih boleh digunakan untuk membawa anda ke puncak (tidak seperti basikal khusus DH) dan ia memang tahan untuk dihempas2 dan dilayan dengan kasar.. selalunya penunggang akan merekabentuk sendiri bentuk trek (laluan lompatan dan halangan2) untuk ditunggangi bersama basikal ini...


4. TrailBike... All Mountain


Basikal ini direka dengan tujuan untuk menghadapi semua kemungkinan situasi dan rupabentuk trail kayuhan dan dikatakan pilihan yang baik bagi kebanyakan penunggang yang tidak menunggang hanya pada satu-satu kondisi trail (yang tidak tertumpu hanya pada DH, freeride sahaja)- ia sesuai untuk dikayuh ke hampir kesemua bentuk trail dan tidaklah terlalu memeritkan untuk kayuhan pendakian.. (tentunya dengan tambahan fungsi "lock-out" pd suspensi depan/belakang akan lebih membantu).


5. Trials



Jangan tersilap erti sebagai trail.. ianya T-R-I-A-Ls

tidak sesuai untuk XC, freeride, DH, kekedai beli kicap, atau anak2 kesekolah...
Basikal yang direka ringan dengan tumpuan pada brek yang bagus dan sistem gear yang rendah. Ia biasanya ditunggang secara membuat lompatan keatas objek-objek halangan yang disusun atau yang tersedia di taman-taman (seperti kotak, tong sampah, tembok, rail tangga, pondok telefon atau apa sahaja) . Sesuai untuk orang2 yg suka mencari perhatian di tempat awam dan tentunya basikal ini bukan sesuai untuk semua orang tetapi cuma mereka yang punyai skill mengimbang badan dan kawalan yang tinggi sahaja...


Sekian dahulu untuk kali ini... kalau kawan2 ada info tambahan atau pembetulan, sama2lah kita berkongsi di sini...

insyaAllah, nanti kita sambung bincang2 dengan pilihan samada Hardtail (HT) atau Full suspension pulak... persoalan tentang keselesaan, kesesuaian, efisien dan keselamatan...

selamat berkayuh (berkayuh dgn selamat)..
selamat menyambut Ramadan.. selamat hari kebangsaan...

Wassalam.. auf wiedersehen...
-RIDE ON-



Kayuhan Suka2 Hati 20-08-08 Bingkisan Dari Magdeburg German

-Artikel dari blog lama-


Assalamualaikum.. salam sejahtera... Berjumpa kita sekali lg.. Kwn2 tmbikers dan pengunjung2 blog ini.... Atas menumpang keseronokan Tg Malim Week-end Funride... Ingin jg berkongsi cerita kayuhan saya...

Kayuhan kali ini, menjejak trail baru (baru bg saya.... tp org lain dah lama dok lenjan... hehe).. Setelah dapatkan info dan peta melalui internet... Kayuhan pon dimulakan... Mcm biasa..Dgn bertemankan lagu2 P.Ramlee... dan sebotol air teh O limau... kayuhan dimulakan lebih kurang jam 4 ptg... Cuaca cerah tetapi berangin yg agak kuat.. Mujurlah kebanyakan trail melalui kawasan hutan yg terlindung.. Taklah menyemputkan dada sgt ... hehehe

Trail ini agak menarik dr yg biasa dilalui... Dgn jejak yg agak bervariasi... Bermula dr laluan tepian sungai.. Laluan ladang ragut... Tasik.. Hutan simpan.. Single trail hutan kecil berbukit dan batas ladang...

Laluan ini juga bercampur2 antara tarmac dan ”dirt”,.. Tetapi mujurlah jarak jejak tarmac hanya dekat shj. Banyak juga kawasan pendakian dgn slop yg panjang ttp tidak ada laluan DH yg mencabar, sekadar menurun bukit biasa2 shj.. Tp oklaa... Buat memuaskan hati... Bak kata saudara Azri
"Jadiilaaa yopp!.. kalo udoh gitu ghopenye.. ase ade...idoklee nanti tekelohom ajema’in jadinyeee"(utk translation.. sila rujuk saudara azri... kuikuikui)

Dari keseluruhan jarak kayuhan yg hampir2 30km,... Peringkat yg agak "memeritkan" ialah laluan lapang padang ragut kerana terpaksa membuat kayuhan "lawan angin" yg agak kuat... tp nasib baik jglah sbb jaraknya x berapa jauh... Dan bermulanya kayuhan yg menyeronokkan bila merentasi hutan simpan dan bukit... Tetapi apa2pon sudah tentu x dpt tanding keseronokan terjunam dlm lumpur dan merandok sungai di Tanjong Malim... hehehe
Disini.. Saya ingin berkongsi bbrapa gambar trail dan pemandangan sepanjang kayuhan....











Kawasan padang ragut yang menghamparkan permaidani hijau memang saujana mata memandang... Namun berkayuh di sini agak mendatangkan semput jugak kerana tiupan angin musim luruh yang hampir tiba sekarang.... Namun bila melihatkan hamparan bumi yang lapang menghijau.... Teringat pulak suasana di kampung halaman sendiri.... Sawah padi menghampar di dada bumi.... Saujana mata memandang....









Apabila memasuki kawasan single trail... Kepenatan berkayuh mengharung angin tadi agak lega sedikit.... Trail yang berkanopi dan dipagari oleh belukar memberikan rintangan kepada angin untuk bertiup kencang.... Jadi ride di kawasan ni agak selesa dan boleh la layan....








Sekian dulu utk kali ni... Hanya bingkisan ini sahaja yang dapat saya kongsikan bersama rakan2 di Malaysia.... Kayuhan kali ni pon sorang2 je... Solo ride... Tak lama lagi dah nak puasa... Geng di Tg Malim nak gantung basikal ke sebulan ni ? Atau ada projek untuk nite ride pulak ?

Apa2 pon saya ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke 51 dan Selamat Berpuasa kepada semu rakan2 di Malaysia terutama kepada geng TM Bikers dan Rakan2 Sekutunya juga kepada semua pembaca blog ini....

Selamat berkayuh (dan berkayuh dgn selamat)..
Sampai jumpa lg... wassalam.. auf wiedersehen...
Have fun...

-RIDE ON-

Kayuhan Riang Ria Bersama Geng Bersekutu 170808

-Artikel dari blog lama-


Seperti yang telah dihebahkan ke seluruh pelusuk bumi.... Maka pada 17 Ogos 2008 yang lalu terjadilah satu peristiwa yang sekali lagi menggegarkan tanah Tg Malim dengan kehadiran Geng ROP dan Sahabat2 seperkayuhan yang baru pertama kali bertandang ke Tg Malim ini yang difahamkan didatangkan khas dari Ampang oleh Hait-San...

Terlebih dahulu, jutaan terima kasih diucapkan kepada para sahabat yang datang dari luar Tg Malim yang sudi berkayuh bersama2 kami di sini.... Besar rasa hati kami menerima kehadiran saudara saudari semua.... Harapan kami agar saudara berpuas hati dengan layanan seadanya yang kami berikan dan jangan serik untuk datang lagi....

Keduanya ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Cik Mat dari geng TM Bikers kerana sudi datang dan membantu membawa bekalan ke camp site... Walaupun beliau ada urusan peribadi pada hari tersebut... Akan tetapi semangat setia kawan dan semangat meraikan tetamu yang membara membuatkan beliau sanggup membantu sedaya upaya untuk bersama walau untuk seketika....

Terima kasih juga kepada sdr Faizal 4X4 yang berusaha hingga ke saat akhir untuk membantu namun tak dapat bersama kerana urusan tugas....

Berikut adalah serba sedikit rakaman peristiwa pada hari kejadian tersebut....

Kelihatan dibawah ini adalah acara membasahkan kasut.... Menyeberang sungai dah menjadi acara wajib kat trail Tg Malim nih... Kalau dalam siri ride yang lalu kasut Bro Bakrie yang tercabut tapaknya... Kali ni giliran Mie Haro la pulak... Terpaksalah ikat dengan tali kasut... Tapi gambornya tak sempat dirakamkan... Jangan serik Mie... Lepas ni beli kasut baru....

Seperti yang dirancangkan... Acara masak-memasak telah berjalan dengan lancar...
Menu memang dasat bai... Nasik ada... Ikan talapia bakar ada... Kerang rebus ngan air asam ada... Sardin cili api ada... Ikan kembung masak asam pedas ada... Roti, biskut dan macam2 lagi ada.... Pendek kata macam makan kat restoran Benasir la....

Oleh kerana terlalu sibuk dengan urusan masak-memasak.... Maka AO hanya sempat merakam makanan dan lauk pauk yang dan selesai dibelasah oleh para riders.... Perghhh.... Hingga menjilat mess tin....

Bila dah abis makan... Bermulalah pulak acara mandi manda... Kelihatan Fimi termenug sejenak... Mungkin memikirkan lompatan yang telah dilakukan di satu spot small jumping bump sebelum menyeberangi sungai kedua.... Ramai yang telah melakukan jump.... Rami juga yang telah tersungkur rebah... Mungkin kerana landing ground agak licin kerana hujan pada malam sebelum sesi ride ini dijalankan... Namun tiada yang luka parah... Setakat calar2 biasa saja... Tapi tabik la sebab derang ni berani...

Sesi kayuhan tamat di Bernam Heritage Resort lebih kurang jam 2.30 tgh... Sambil2 lepak bersembang untuk melepaskan penat... Tetiba ada satu mamat yang bawak 4X4 Frontier yang kalut tak tentu pasal melanggar beg galas AO... Abis la... Cermin mata patah riuk... Beg koyak... Dapur kemik... Periuk kemik... Aduhhhh... Sakitnya hati... Yang lebih menambah sakit hati tu... Mamat ni terus belah je... "Sori ye.." Tu je yang dia cakap... Macam @$#%&@!^%#^@#$&@&@*& ! korang translate la sendiri... Takder adab langsung...

Apa2 pun ride kali ini amat bermakna kepada kami geng TM Bikers kerana penyertaan kawan2 dari luar Tg Malim yang memberangsangkan... Terima kasih sekali lagi kerana sudi bertandang ke Tg Malim... Insyaallah kalau ada rezeki... Kita berjumpa lagi...

Kepada kawan2 lain yang telah bersetuju untuk turut sama namun di saat akhir tak dapat join akibat urusan2 yang lebih penting... Jangan risau... Nanti kita bikin lagi...

Keep on riding guys and have a nice day !

-ARTIKEL ASAL HASIL NUKILAN SAUDARA A.O-
Related Posts with Thumbnails