:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Khamis, 6 Januari 2011

Salam Takziah...

Assalamualaikum,.. salam sejahtera..




Salam takziah buat sahabat kita P.M Dr Suhaily dan seluruh ahli keluarga beliau atas pemergian Ayahandanya.

Allahyarham telah sempurna dikebumikan pada petang hari ini (Khamis, 6 Januari 2011) jam 4.30pm.

Semuga Rohnya ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman, InsyaAllah.

Sama-samalah kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada arwah. Al-Fatihah.

Offroad Lepas Pantang Penutup 2010 (31 Disember 2010)

Jumaat, 31 Disember 2010. Assalammualaikum semua kengkawan sekapal. Huhuhu!! Lama sungguh tukangkebun tak mengarut kat blog TMbikers ni. Al-maklumlah, sejak terpatah siku kanan secara macho ketika bertarung menyelamatkan gadis dengan 5 orang gangster (sila abaikan khabar angin dan fitnah berniat jahat sebelum ni) raya ke-3 dulu, nak dekat 3 bulan jugakla tukangkebun telan air liur aje tengok kengkawan semua berkayuh sakan. Nak dekat 3 bulan jugakla tukangkebun dapat cuti sakit yang halal. Kalau boleh kayuh hari-hari time MC ni mau beso peha jadinya betis tukangkebun ni! Tapi alhamdulillah dalam MC 3 bulan ni isteri tukangkebun jugak selamat melahirkan anak ke-4 kami November lepas. Kira dua kali pantanglah sekali harung! Huhuhu!!

Banyak sebenornya aktiviti yang geng jahat TMbikers bersama geng sekongkolan Procity buat dalam masa ni. Cuma laporan aje yang gagal dikeluarkan maklumlah wartawan hiburan dapat MC, chief editor merangkap tukang bancuh kopi iaitu Pojie pun cuti kayuh jugak! Huhuhu!!!

So bebalik kepada citer kayuhan lepas pantang. Takde rancangan pun sebenornya nak kayuh hari jumaat akhir tahun 2010 sebenornya. Malah nak keje sebenornya, berlambak benda nak kene buat. Semuanya berlaku secara tetiba. Tetiba je Malaysia menang AFF. Tetiba je Najib bagi cuti. Tetiba je adik ipar datang umah (boleh teman kakak dia). Tetiba je Ijoi yang tak pernahnye kayuh weekday ajak kayuh. Tetiba je buat-buat hilang sakit tangan. Tetiba aje teroffroad la pulak. Perrgghh!!!

Maka terkayuhlah offroad ari tu.. Speselnya jugak kayuhan ni semuanya melibatkan 4 pengayuh lemah yang dah berbulan dan bertahun tak kayuh iaitu tukangkebun, Bob, Ijoi dan Lan. Helmet dengan glove pun abis bercendawan. Kira spesis hampir pupus la. Bagi menambah kekuatan maka 2 orang pengayuh baru yang tak kurang hensemnya turut dipelawa iaitu Jai (tepuk-tepuk!) dan Azri! Apa! Azri? AO? Biar betul??!! Betul, memang Azri tapi Azri muda la. Bukan AO, AO sekarang ni dah masuk kategori spesis terancam dah.. Huhuhu!!!

Disebabkan kebanyakan pengayuh adalah daripada mereka yang lemah tenaga zahir (tapi hebat batinnya), maka kayuhan jarak dekat (14 km) dengan kelajuan maksima 15km/j dan CP setiap satu kilo menjadi pilihan. Manakala trek Ladang Changkat Asa ataupun 1/4 daripada trek offroad malam biasa menjadi pilihan. Alhamdulillah semuanya selamat pegi dan selamat balik ke pangkuan bini masing-masing. Walaupun sayur tapi takde sapepun yang muntah, krem atau pengsan. Jai yang 1st time offroad jugak berjaya kayuh dengan macho dan cemerlang. Respek-respek. Tukangkebun aje ade rase mual nak pitam, tapi berjaya cover-cover buat macho aje.

Kayuhan pagi tu berakhir lebih kurang pukul 10am kat KP Muhammad. Apapun kami di TMbikers nak ucapkan selamat datang buat Jai dan Azri. Welcome to the club. Layanlah gambo-gambo yang diamik dengan kamera mahal harga 200 kat bawah ni.

p/s: Akan datang laporan Putrajaya Interparks Ride. Tungguuu...


tukangkebun kembali mengkebunkan beskal kebun kat dalam kebun. muahaha!!!

Ijoi raja pecut yang bencikan kelajuan! muahaha!!

Bob, spesis hampir pupus yang kembali membiak! muahaha!!

Ha.. inilah dia rider baru kita.. Jai!! Phewittt!!!!

Lan, presiden terakhir Kelab V-Brake. Beskal dia dah ada disc brake wa cakap lu!! Menangis tokeh v-brake. Kelab v-brake bubar!!!

Tengok Jai punya la sayang kat beskal baru, sanggup tolak dari naik. huhuhu!!

Ha.. ni dia Azri muda. Baru form 4 nih. Bravo!! Pas ni mintak abah belikan beskal macam pakcik Bob.

Tengok tu raja pecut, tak penat langsung pun!

Azri yang masih teruna menuruni downhill pertamanya dengan penuh serius.

Jai yang dah tak teruna pun sama jugak. Syokk wooo...

Apa ni Lan?! Asik brek aje downhill apehal! Tau le ade disc brake sekarang!

Aksi Lan, presiden kelab v-brake terakhir.

Bob dengan beskal meheinya. Tak mau kayuh takut hilang bau kedai.

L-R: Azri, Ijoi, tukangkebun & Jai

Pergghh! gila kacak siot!! buleh buat wallpaper tuhh!!

Jai dengan gaya hero remaja..

Azri yang belum ade awek lagi.. Apa ra! Pakcik Ijoi dulu masa form 4 ada 5 awek tau!

Kat atas jambatan keretapi Kg Lubuk Salak

Ada sape nak beli? Buleh nego.. belas-belas je. Yang belah kiri tau bukan kanan tu.



Khamis, 30 Disember 2010

TAHNIAH HARIMAU MUDA... MALAYSIA JUARA PIALA SUZUKI AFF 2010





Tahniah untuk pemain-pemain muda Malaysia yang menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 walaupun menerima ancaman dan provokasi melampau di Indon...dan terima kasih kerana mengembalikan semangat baru untuk penyokong-penyokong kita....

Tahniah juga kepada penyerang Safee Sali yang muncul penerima anugerah kasut emas dengan 5 jaringan... juga kepada penjaga gol, Khairul Fahmi yang bermain cemerlang (yang lebih layak sebagai MVP).....

dan selamat mencari alasan-alasan baru buat media dan penyokong Indon......

dan lagi....

Jumaat (31. 12. 2010) telah diumumkan sebagai cuti umum sempena kemenangan ini....

Najib Declares Friday A Public Holiday

KUALA LUMPUR, Dec 30 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has declared Friday, Dec 31 as a public holiday to celebrate the success by the Malaysian football squad in winning the 2010 AFF Suzuki Cup, Wednesday night.

Najib also congratulated the Malaysian squad for beating the Indonesian team in the final on a 4-2 aggregate, describing it as "the greatest night in Malaysian football".

"The young team had done us proud and we must build this success to propel Malaysian football to greater heights," he said in a statement to Bernama.

-- BERNAMA

Selasa, 28 Disember 2010

Kayuhan Malam Tahun baru-Putrajaya... Ada Minat???


Kayuhan santai sempena sambutan tahun baru yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya...

Maklumat seperti berikut :

Tarikh: 31.12.2010 (Jumaat)
Masa : 8.00malam (sila rujuk poster untuk tentatif program)
Lokasi : Jambatan Putra, Presint 1
Jarak : 15-20km (Laluan Persisiran Tasik Putrajaya)
Basikal :
Bebas (kesesuaian untuk kayuhan tarmac)
Yuran : RM2.50 (untuk perlindungan insuran)

Jamuan ringan dan cabutan bertuah disediakan.....

Ada yang berminat? boleh mula bincang2kan...


Selasa, 21 Disember 2010

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!!...


Assalamualaikum,... salam sejahtera...

Terlebih dahulu,..

Tahniah kepada pengayuh-pengayuh tegar TMBikers yang telah berjaya menamatkan kayuhan Thompson Trail, Cameron Highland pada 19hb Disember 2010 dengan jayanya walaupun menempuh trail yang mencabar beserta selingan terjunan-terjunan yang tidak disengajakan....

Jutaan terima kasih juga kepada ahli-ahli yang telah menyumbang tenaga dalam persediaan awal; menanda trail, menyediakan pengangkutan, menjaga keselamatan, makanan, minuman dan lain-lain...

Berbalik kita kepada PENGUMUMAN,....

1. Kepada ahli-ahli dan individu yang telah atau ingin menempah baju/jersi TMBikers, sila berikan nama, saiz baju dan bayaran penuh kepada Fisol@Marton pada :
  • Jumaat (24hb 12. 2010), 9.00malam; Klinik Syifa (Sebelum mula rutin kayuhan malam)
  • Jumaat (24hb 12. 2010), 11.00malam; Restoran mamak 24jam (Semasa berkumpul selepas kayuhan)
Tempahan akan dibuat selepas semua bayaran diterima dan akan mengambil masa kira-kira seminggu untuk disiapkan...


2. Kepada ahli-ahli TMBikers (procity pon bleh...hehe) yang berminat untuk menjadi penulis/pengarang untuk blog TMBikers, bolehlah berikan nama dan alamat emel kepada Pojie (fauziemh@yahoo.com) atau boleh juga ditulis pada ruang komen atau "shoutbox" blog..

Ini kerana, pengarang-pengarang blog yang ada tidak dapat membuat kemaskini aktiviti-aktiviti TMBikers kerana ada yang masih dalam tempoh "berpantang" dan ada yang kekurangan sumber (kamera dan masa)...

Dengan adanya tambahan pengarang,.. maka ahli-ahli yang menyertai mana2 jambori dan aktiviti bolehlah terus kemaskini dan "update" blog...

Tambahan info,... kepada yang berminat untuk menjadi pengarang blog,... sumbangan penulisan anda tidak hanya tertakluk kepada aktiviti kayuhan TMBikers sahaja,.. ianya boleh meliputi apa sahaja topik samada perihal aktiviti diri anda sendiri, kisah-kisah humor, berita semasa ataupun mencari jodoh.. selagi tidak melibatkan sensitiviti agama, perkauman atau bahan-bahan lucah (yg tu simpan sendiri,.. jgn tunjuk kt org).....
... kalau malu2 untuk mengarang pun tak apa, cuma memadai dengan uploadkan gambar...

Sekian,... TERIMA KASEYYYYYYYYYYYYY....

Isnin, 13 Disember 2010

T-Shirt/Jersi TMBikers

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

T-Shirt TMBikers yang kita nanti-nantikan sekian lama telah siap di"design" oleh Fisol aka en. Marton...

Kami sedia menerima tempahan dari ahli TMBikers dan rakan-rakan yang berminat (ahli Procity yg SEORANG tuu dan ahli2 TMBikers yang berpaling tadah juga dialu-alukan untuk mengorder hehehe)..

Maklumat yang dapat diberikan buat masa ini adalah:
-T-Shirt/Jersi berlengan panjang dengan logo di depan dan tulisan "tmbikers.blogspot.com" di lengan.
-Kain berkualiti jersi...
-Harga dalam lingkungan kurang dari RM50 (lebih banyak tempahan, harga boleh dirunding lagi)...

Design yang telah siap tidak dapat dipaparkan lg buat masa ini kerana en. Martun kita ada sedikit masalah teknikal untuk menghantarnya ke-emel blog...
tetapi adalah difahamkan design tersebut telah mendapat persetujuan dari en Izani...

Untuk pertanyaan lanjut dan urusan tempahan (berkenaan design, saiz baju dll) bolehlah hubungi :

Fisol@Marton 013 3045457 atau tinggalkan mesej di "shoutbox" atau ruangan komen...

Terima kasih....

Pengayuh Tegar TMBikers - Thompson Trail





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,...

Rakan-rakan,.. adik-kakak,.. pakcik-makcik yang kayuh beskal sekelian,... adalah dimaklumkan, TMBikers beserta kelab sekutu kami akan menganjurkan kayuhan santai menyusuri Thompson Trail, Cameron Highland.

1. Butiran kayuhan :

Tarikh : 19 Disember 2010
Hari : Ahad
Mula Kayuh : 8.00 pagi
Jangkaan Selesai : 4.00 Petang seterusnya bersantai minum teh atas tajaan TMBikers..


2. Butiran sebelum kayuhan :- Bagi pengayuh yang akan bertolak dari Tg Malim...

Tempat kumpul : Klinik Syifa atau rumah Abad (akan ditetapkan kemudian)
Masa kumpul : 12.00 Tgh Malam
Masa Bertolak : 1.00 Pagi

Tujuan program kayuhan adalah untuk merapatkan hubungan sesama rakan pengayuh dan merebut gelaran "Pengayuh Tegar TMBikers"....

Kami juga ingin menjemput rakan-rakan serta para pengayuh yang berminat untuk turut serta berkayuh dan bersantai bersama-sama kami...

Sesiapa yang berminat,.. bolehlah berikan "Nama" dan "No. KP" kepada kami melalui :

1. Abad 019 6679011
2. Izani 012 6370885
3. Ramdzan "Ironman" 019 2345003

atau boleh juga tinggalkan butiran anda di "shoutbox" blog atau ruangan komen...

Terima kasih..

*****UPDATE...
Pengayuh yang menamatkan kayuhan akan menerima pass pengiktirafan "Pengayuh Tegar TMBikers"... contoh spt di bawah...






peta trail



elevation


p/s : imej2 peta trail dan "elevation" adalah hasil kerja adiharriman di http://adiharriman.com/blog/?p=1113 ...terima kasih...
Related Posts with Thumbnails