:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Khamis, 6 Mei 2010

Kayuhan Terang Malam 2010 (01 Mei 2010)

Sabtu, 01 Mei 2010. Alhamdulillah, Kayuhan Terang Malam 2010 dengan konsep jambori malam telah selamat berlangsung. Walaubagaimanapun kayuhan kali ni agak kurang seri kerana ketiadaan selebriti-selebriti ternama dalam arena menolak basikal bukit Tanjung Malim iaitu Pojie (blah la..!), Bronco, Ujang, Kamal, Saiful dan Fahimi yang terpaksa menarik diri kerana gagal mendapatkan permit kayuh luar kawasan dari Menteri Perumahan. Nasib baik ada pengganti lagi 5 pengayuh simpanan power yang sudi menggantikan mereka yang takut bini tak datang. So total wakil Tanjung Malim Bikers seramai 11 orang. Rombongan pengantin lelaki ke Kulim kali ni telah diketuai oleh Izani (bapak pengantin), Abad (mak pengantin), Zaki (pengantin lelaki) Fisol (mak andam), Dzan (pengapit), Aloy & Syamir (pegang bunga manggar), Rafi (pegang sirih junjung), Tonga (tukang silat), Lan adik Fisol (pelamin) dan tukangkebun (amik gambo).

Keseluruhannya, kedudukan rombongan pengantin ialah: Rafi (17), Syamir (50), Ramdzan (75) dan Abad (76). Manakala yang lain pulak berjaya menamatkan semua checkpoint dengan hensemnya. Berikut merupakan sedikit komen daripada tok imam:


:: YANG BAGUS ::

~ Signage ke tempat pelepasan yang clear dan membantu. Tak sesat punye.. Kawasan berlepas jugak selesa dengan parking yang banyak, bilik air, surau, dan pili bomba basuh beskal!

~ Pendaftaran & pengambilan goodies yang cekap dan cepat. 2 keping cloud 9 dan wisel jugak amat praktikal untuk pengayuh.

~ Acara mula tepat (ke cepat 2 minit?) pada masanya, takde delay2 walaupun ada ucapan VIP.

~ Trail yang mantap dengan kombinasi pelbagai bentuk laluan: tarmac, uphill, downhill, single track, lintas sungai, dll. Hampir mesra pengayuh dan sesuai untuk semua peringkat umur. Keadaan track yang berlumpur dan berselut teruk kat uphill & downhill antara CP2-CP3 pulak bukanlah salah penganjur. Sape pun termasuk Steve Peat tak boleh lawan nature beb. Tapi kalau track tu kering mesti mantap punyer. Tukangkebun paling suka trail dari CP3-CP4, ala2 fast flow gituh!

~ Marshall yang standby dan bagi warning kat tempat-tempat bahaya bagi mengelakkan pengayuh yang leka dengan nikmat dunia terhumban ke lembah kehinaan.

~ Water station dengan air, 100plus, & pisang yang mencukupi. Pisangnya jugak sedap, menyesal amik satu aje. Cuma rasanya untuk tujuan pencegahan & berjaga-jaga lebih baik kalau bagi air botol atau gelas pakai buang daripada kongsi-kongsi cawan kat peserta. Kesian kat kawan-kawan kat belakang tu.. Fisol bukannya rajin gosok gigi!! huhuhu!!!

~ Sambutan yang agak meriah dengan medal di garisan tamat. Rasa macam champion la pulak.. sop.. sop.. terharu.. lihatlah dunia!! Pakcik berjaya!!

~ Aneka makan malam yang best. Roti canai banjir 2 keping dan bubur pulut hitam yang menjadi pilihan tukangkebun benar-benar memenuhi kehendak batin yang bergelora.

~ Cabutan bertuah yang sungguh banyak. Tapi tukangkebun sorang aje dari Tanjung Malim yang berjaya (jangan jeles! jangan jeles!! padan muka!!!). Cuma kalaulah beras berkampit-kampit tu boleh bertukar jadi crank XT ke atau lampu beskal sekalipun mesti lagi best. Ciss!! nombor gua 3rd last before grand prize.. Nyaris2 nak bawak balik Trek!!


:: YANG TERKILAN ::

~ Seorang pengayuh TMBikers iaitu Tonga dikatakan dah mendahului nombor 1. Tapi setibanya sekitar antara CP3 atau CP4 (kalau tak silap) yang ada lintas road sikit sebelum masuk offroad balik beliau dah terlepas simpang masuk offroad pasal takde marshall yang jaga kat situ. Mungkin signage kat simpang tu tak berapa clear. Dekat 10km kawan ni kayuh sebelum patah balik ke pangkal jalan. Terus hilang mood nak kayuh. Walaupun ini bukan perlumbaan tapi kekeliruan macam ni jugak tentulah sangat-sangat dikesali. Apapun tukangkebun harap Tonga jangan patah semangat. Insyaallah lain kali mungkin rezeki kau pulak. Buat penganjur, terima kasih atas respon (Mizi) yang diberi, semoga yang mana kurang dapat diperbaiki di masa depan.


:: PENGHARGAAN ::

~ Buat penganjur KHT Bikerz yang berusaha menjayakan Jambori kali ni. Keseluruhannya adalah baik. Teruskan dengan jambori malam.. memang best.

~ Buat abang Pojie (Abang kandung kepada Pojie) yang sudi menaja penginapan 7 riders di perantauan. Buat Fisol sekeluarga yang menaja makan tengahari yang enak. Buat Pak Itam & Mak Itam's Resort & Spa (adik ipar) yang entah kali keberapa tak jemu2 menaja penginapan tukangkebun & askar2 lengkap dengan pakej mandi-manda kat Sedim & Nasi Ayam Periuk Besar lagi.

~ Buat semua kengkawan mountain bikers yang sudi bertegur-sapa dengan kami: Assakinah (Bro Azmie & Janggut), PujMAC (Assry, Jayen, Shahrin & geng), Red Flag (Lontruth yang berahi, Comelfz, Abg Ai, Jamal, Zalmi), Tandope, Acong dan sesape jugak yang tertinggal namanya.


ps: Jemputlah ye layan gambar-gambar yang diambil dari Tukangkebun's Cap Ayam Photography, Adiharriman, Tandope & Gerek-Kulim:


4.40pm: Kat tempat mengambil goodies

7.05pm: Izani & Rafi (belakang) tengah bersolek (photo by Tandope)

Abad test cik Yati kesayangannya (photo by Tandope)

7.53pm: Fisol & Izani dah ready

Ermmm.. ayunya tukangkebun ni..

Skuad sayur TMBikers. Dari kiri: tukangkebun, Izani & Fisol (photo by Tandope)

Skuad pecut: Dari kiri Tonga, Lan, Syamir, Abad, Zaki & Ramdzan

Gentlemen, start ur engines!!

Gooo!!!! Abad kat depan memecut..
(photo by Adiharriman)

Cuba cari kat mana anggota skuad sayur?
(photo by Adiharriman)

8.54pm: Uphill pertama. "Cepatlah bang, tolak lagi... uhhh...""Tak boleh la.. ketat.. melekat... emmphh..." "Takpee... tolak aje..."

Izani macam biasa dah semua tolak, dia pun tolaakk la jugak! Macam nak terberak menolak kat sini.

9.09pm: Checkpoint 2. Nasib baik tak tinggi bukit ni.

Minum bang, minum...

9.33pm: Orait beratur, lintas jambatan ni..

Jaga jaga! jangan lari!!

9.42pm: Downhill, tapi takleh kayuh, licin & jammed.

Senyum sikit Abg Ai (minum air)

9.56pm: Jammed lagi nak lintas sungai kat CP 3

Ada jugak yang basuh beskal kat sini. Macam la kat depan tu tarmac aje..

CP 3: Siap dapat 100plus lagi.

Lan & Fisol. Pasangan adik-beradik. (photo by Adiharriman)

Jelas terpancar kegembiraan pada 2 orang pengayuh wanita ni bila tau Abangkebun ada menjaga kat belakang. huhu!
(photo by Adiharriman)

"Takpe! takpe! jalan dulu, jangan takut, Abangkebun follow aje"
(photo by Adiharriman)

Oh! ingatkan Abangkebun sorang je, rupanye ramai lagi! (photo by Tandope)

"Tungguu... pakcik Zaki pun nak follow jugak!!"
(photo by Adiharriman)

"Pakcik Izani pun sameee!!!"
(photo by Tandope)

Tonga in action kat mana tak tahu (photo by gerek-kulim)

Sabo tonga, sabo... (photo by gerek-kulim)

10.32pm: CP 4. Pisang bang pisang!

11.05pm: CP 5. Abangkebun.. jangan tinggalkan saya!!!

11.20pm: Tukangkebun dengan Abad (no 76)

Tu dia, Izani sampai jugak.
(photo by Adiharriman)

Beskal kebun. Ermm.. gebu...

Patutla ketat bang.. selut!

Beratur basuh beskal. Boleh tercabut crank dengan water pressure pili bomba.

Ngeh!ngeh! Cabutan bertuah beras putri. Jimat bajet bulan depan.. Dari kiri: Aloy, Syamir, tukangkebun, Fisol, Rafi, Abad, Izani, Zaki, Dzan & Tonga (ada berdiri tapi photographer tak masuk kamera, huhu!!)

Rabu, 5 Mei 2010

Kayuhan Amik Feel Terang Malam (28 April 2010)

Rabu, 28 April 2010. Sebelum berangkat ke Kulim minggu lepas, satu aktiviti kayuhan offroad malam telahpun berjaya dijalankan. Tujuan kayuhan offroad malam ini dibuat adalah untuk menguji tahap keberanian serta kecukupan dan keterangan lampu beskal masing-masing sebelum masuk jambori. Ini adalah kali kedua TMBikers & kengkawan beroffroad malam di Tanjung Malim ni. Kali pertama dulu rasanya dalam bulan dua, tapi berita masih tak keluar sampai sekarang.. huhu!! Bagi memastikan riders tidak kesesatan ke lubang hitam di malam hari, Izani dan tukangkebun sempat meletakkan marking pada petang tersebut kat tempat-tempat yang strategik.

Sambutan untuk offroad kali ni begitu mengghairahkan, lebih 19 riders dengan 37 38 biji telur datang menyahut cabaran. Tak sia-sia pakcik buat marking petang tu, huhu!! Kayuhan bermula dari Tanjung Malim-Ladang getah (berhadapan simpang kiri ke Kota Malim Prima dari Proton City)-Ladang Behrang-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim. Masa marking trail petang tu, tukangkebun ingat macam jauh aje dengan bukit segala bagainya. Rupanya bila kayuh reramai waktu malam pendek ajelah pulak. Maka terpaksalah penganjur memanjangkan trail tersebut. Insyaallah kayuhan offroad malam seterusnya, kita kasi panjang lagi itu trail!

Kayuhan kali ni menyaksikan 2 beskal rosak dan 2 kali pancit. Nasib baik ada mekanik profesional yang berkhidmat. Di akhir kayuhan jugak seorang rider sayur iaitu tukangkebun terpaksa ditowing akibat masalah urat kaki yang ala2 cedera parah mengalahkan jatuh helikopter hingga mendapat MC keesokan harinya gituk. Time kasih buat Abad & Jeff yang membantu. Kayuhan tamat sekitar jam 12 malam dengan jarak lebih kurang 20km. Buat semua riders kita jumpa lagi untuk offroad malam seterusnya... Emmmm... lazat!!

Izani selepas selesai buat marking, Trek belakang tu la yang bakal diratah malam ni!

Boy dah tak sabo nak offroad malam ni

Taklimat keselamatan oleh tukangkebun: "Kalau nampak antu aje terus pecut, jangan toleh belakang tau!"

Apa? hantu??!!!

19 riders yang datang malam tu, hantu pun terperanjat punyala..

Tulunngg! Tulunggg!! Penceroboh! Pak polisi! tuuluunnggg!!

Regroup lepas downhill kebun getah, manyak setap lohh!

Sementara 1 beskal sedang direpair kat bawah, Zaki pun terlonggar jugak FD dia.. Nasib baik ada Tonga

Yang lain pulak tolong tengok, ngehngeh!!

Pancit pertama: tayar Rafi

Amik gambo la dulu sementara tukar tiub tu

Dari kiri: Edy, Zaki, Leong, Boy, tukangkebun, Abad, Jeff & Dzan

Dari kiri: Rafi, lupa nama, Bronco, Izani & Fisol

Uphill kat pemancar tepi highway

Izani: "Asal gambar aku aje mesti tengah tolak!" Untuk makluman semua time dia tolak aje tukangkebun boleh amik gambo, time kayuh tak sempat, laju sangat!!

Leong first time offroad. Bravo! Bravo!

Geng UPSI senyum aje uphill..

Zaki: yang ni memang sentiasa senyum bila nampak kamera...

Angkat ketiak!! Lambang kejayaan menakluki busut tertinggi kat sini!

Downhill pulak!!

Khairul dibontoti rapat oleh Ramdzan

Leong..

Boy..

Jeff... biasa layan motocross aje. 1st time jugak offroad beskal

Pancit kedua: Beskal Rafi lagi, ada kaca lekat kat tayar rasanye..

Peloton belakang yang setia menunggu. Dari kiri: Jeff, Boy, Leong, Bronco.

Macam biasa minum-minum. Kali ni kat dapur Siam.

Geng-geng belia gagah perkasa..

Aiks ni apsal pulak?? Haa.. keesokan harinya kunjungan kami ke R.N. Samy Batu Caves hanya untuk menukar brake pad tukangkebun dikejutkan dengan keputusan drastik Edy yang membeli frame Giant XTC Team. Dari kiri: Edy,
Anak Mega (kat celah frame atas BB), Zaki & Nel.

Yang ni pulak tool tukangkebun. Terpesona dengan rupanye you!

Selasa, 4 Mei 2010

Jambori Terang Malam Kulim : SUCCESS!!


1 Mei 2010....Hari Buroh..

Bertolak dari Tg Malim pada Sabtu pagi, 1 Mei 2010,..
Pengayuh2 dari TgMalim telah bersama2 berkayuh dalam Jambori malam, Kulim... meredah ladang kelapa sawit menggantikan buruh2 indon yang bercuti...

Beberapa pengayuh; Bronco, Ujang, Fahimi, Epol dan Pojie yang telah daftar awal telah terpaksa menarik diri atas sebab2 duniawi yang tak dapat dielakkan... sungguh sedih rasanya.. menitik2 ayag mata atas keyboard nih...huhuhuhu...

Tetapi beberapa superhero telah tampil menjadi bidan terjun... menyelamatkan keadaan.. dan menyelamatkan yuran daftar dari rugi sia2... telah menggantikan jejaka2 hensem yang tidak dapat kayuh... dan dengar ceritanya, "bidan2" ini telah kayuh dengan cemerlang... sehingga terlebih jarak kerana kesesatan... sabo aja laa.. kuikuiui...

Dari sumber2 yang boleh dipercayai,.. kesemua pengayuh Tg Malim telah berjaya menamatkan kayuhan dengan cemerlang menghabiskan semua CP dan membawa balik souvenir berkilo2 donut pada tayar....

menurut salah seorang pengayuh yang diinterview;
Pisol: "kalu tak pasai selut byk... pastu izani plak buat leceyy bagi longgag handle aku,.. no. 1 dalam tgn laa.. lps ni aku pomen sendiri la beskat akuu..."

Setelah selesai acara.. maka bertolaklah pengayuh2 ke penginapan untuk layan angin laut melepaskan penat dan membuta.... ZZZZ... (rugi woo,.. lain kali pi layan lepak Pantai Bersih dulu la oiiiii<----baeekkk punya..) Esoknya (Ahad) sebelum balik,... pengayuh2 singgah rumah Pisol untuk jamuan tghari... legaaa... hehehe Sekian dulu.... laporan tak rasmi bersumberkan gossip2 yg sedang hangat di Tg Malim... kita tunggu laporan rasmi dan lebih detail dari wartawan majalah Pelam iaitu abangkebun... p/s: Oittt!!! no aku ada naik lucky draw dak???..... p/p/s: Gambar2 adalah hasil kerja dan hakmilik asal saudara Adiharriman : untuk koleksi lain, sila klik di sini... jutaan terima kasih diucapkan...


Starting Point: Muka2 riders Tg Malim tak ada... semua malu2 pi dok belakang..


Coach Abad : merangkap sweeper, cover semua rider Tg Malim supaya tak ketinggalan..


Izani : Otai... pressure perut sama dgn tayar - 50psi...


Pisol : "keras tak bleh pakai-(Fork..hehe)"...


Zaki : sedih dan kurang mood psl Rajkumar tak ikut


Haaaaa...ni la dia hero kita.... patotlaa tak penah missed jambori... bleh jd maskot masyarakat penyayang nih... (mata tgk mana tuuu oiiii...)
Yamin : "Jagaaa cik salmah,.. jagaaaaaa... abgboyakebun dok belakangggggg...."
Related Posts with Thumbnails