Pejabat Urusan TMBikers,
No 29, Jalan Wawasan Dagangan 4,
Bandar Behrang 2020,
35900 Tg Malim,
Perak Darul Ridzuan.
Kepada
Semua ahli TMBikers berpangkat
Dato'/OTAI/Pioneer/Kuli/Orang2 Kuat/Orang2 Hebat dan mereka yang merasakan TMBikers ni masih relevan dengan aktiviti kayuhan hujung minggu di Tg Malim.JEMPUTAN KE ACARA KAYUHAN HUJUNG MINGGU 25 OKTOBER 2009 (AHAD)Dengan segala hormat dan rendah dirinya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu kehadiran pihak tuan amat dialu-alukan untuk memeriahkan lagi acara Kayuhan Hujung Minggu pada kali ini.
3. Walaupun trek kayuhan ini bukanlah di atas tanah hakmilik BAPAK sesiapa antara ahli kita, juga tidak mendatangkan keuntungan wang malahan mendatangkan kerugian kepada individu-individu yang tertentu, marilah kita sama-sama memeriahkannya atas nama persahabatan yang telah sekian lama terjalin.
4. Janganlan hendaknya antara kita ada dalang penghasut yang mahu memecah belahkan persaudaraan yang sekian lama terjalin. Berfikir dan bertindaklah seperti orang dewasa dan BERPELAJARAN. Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan orang-orang yang merasakan dirinya hebat tetapi hakikatnya berakal pendek.
5. Akhir kata, harapan saya semoga kita dapat berkayuh dengan hati yang girang pada hujung minggu ini dan minggu-minggu seterusnya. Tidak lupa juga, kepada sesiapa yang TIDAK PUAS HATI kepada Pengerusi TMBikers (AO) sila hubungi beliau secara terus. Jangan ada yang main cakap belakang.
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.
AO
Pengerusi
TMBikers Tanjong Malim
4 ulasan:
oiitt chipp,.. aku mmg x puas ati,.. psl aku x merasa lg kerang bakag + ayag asyemm hang...
lg 1 x puas ati,.. bila hang nk ejes2 marka muzik sorang-2 bawak kayoh sekali...
yang benar
chip khadammm
Jawapan kepada TAK PUAS HATI 1 :
Hat menu utama kita tu hang jangan risau... kita belasah ujung minggu nih...
Jawapan kepada TAK PUAS HATI 2 :
Yang ni ada payah skit... hat setakat yang aku dok kenai marka ni... depa tak kayuh dalam utan... depa kayuh kat Shopping Mall... Giant, Jusco, Parkson.... bla bla bla... hahahahahaha...
ampunkan patik memanda panglima. sayang sekali patik tidak dapat memerah kuda untuk bersama dalam acara berburu bersama memanda panglima kali ini.
patik, tukangkebun yang hina terpaksa membawa panji Darul TMBikers ke Melaka bagi berkuda malam hatta sekurang2 nya 1CP pun jadilah kiranya.
harapnya memanda panglima sudilah apa kiranya menyimpan sedikit hasil buruan untuk dijamah hamba dalam acara berburu minggu lainnya.
Wahai memanda betara... Adapun berita megenai rombongan memanda ke Melaka talahpun hamba ketahui dari lasamana Pojie...
Sekalian hamba rakyat mengucapkan selamat berjuang dan membawa pulang kejayaan yang boleh dibanggakan... Tentang hasil buruan itu janganlah memanda gusarkan... Akan hamba simpan sebahagiannya untuk santapan memanda bila tiba di TMBikers nanti...
Akhir kata selamat berjuang... semoga berjaya hendaknya jua...
Catat Ulasan