:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Selasa, 7 April 2009

Lake View Cycling Session....

Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai para sahabat bloggers sekalian...

Hari minggu baru2 ini, telah berlangsung satu sesi ride yang meriah walaupun hanya disertai oleh 3 orang pengayuh TM Bikers yang hensem2... kuikuikuikuikuikuikui....
Trek kayuhan kali ini adalah trek yang langsung tak pernah dilalui oleh seorang pun pengayuh kecuali aku ketika bergiat aktif dalam arena pancing memancing ikan dulu... Tapi masa tu lalu dengan motor kapcai la....

Setelah sekian lama tidak menjengah kawasan ni maka kali ni kami bertiga nekad untuk menjelajah daerah baru ini....

Kayuhan bermula dari umah aku menuju ke ladang sawit Behrang 2020... kemudian loop keluar ladang memasuki kawasan perkampungan yang diamakan Kampung Kelawar atau juga dikenali sebagai Kampung Dato' Nan Kaya...

Hebat nama kampung nih.... dulu orang panggil kampung "Batman" kihkihkihkhkihkih....
Kalau ada orang kampung Kelawar yang baca thread ni jangan marah yeeeee.... Kome memang hande2....

Dari kampung tersebut kami berkayuh menyusuri laluan berpasir melaui tepian tasik2 bekas lombong yang menjadi tumpuan para nelayan laut cetek kecil-kecilan....

Kemudian bertemu pulak dengan sungai Behrang yang airnya tak berapa jernih akibat aktiviti mengorek pasir untuk dijual oleh para tokey2 kaya....

Lepas tu patah balik dan kayuhan bersurai... Kayuhan taklah teruk mana tapi yang tak tahannya tu... panasnya "mengetit" bak kata orang Perak... Pedih kulit dibuatnya... Sape yang agak berkulit cerah... Boleh jadi "tinted" dibuatnya... hahahahaha...

Berikut adalah serba sedikit gambar2 yang sempat dirakam... Tak banyak pon amek gambor sebab tak tahan panas... maleh nak berenti lama2...














Bila dok dalam hutan ni macam2 lah yang dapat kita lihat... Flora dan fauna yang ada di sekeliling jarang sekali kita hayati... Time rehat melepaskan lelah berkayuh... aku sempat mengabil beberapa gambar yang aku rasa agak menarik untuk dikongsi bersama sambil menginsafi betapa besarnya kuasa Ilahi... Indahnya ciptaanNya yang tak terduga dek akal manusia yang kerdil ini....








Itulah dia sedikit paparan sesi kayuhan kami kali ini.... Apa pun aku nak merakamkan rasa bangga dan tabik kepada Yamin a.k.a Tukangkebun kerana beliau berkayuh dari Tg Malim ke Behrang 2020... Lepas tu kayuh pulak balik ke Tg Malim... Perghh... Dasat lu bro.... Gua memang saspek la kat lu... Memang patutlah beliau digelar "sprinter"
Syabas bro Tukangkebun...

Sekian dulu untuk kali ini...
Keep on riding guys... and as usual... Have a nice day !

3 ulasan:

tukangkebun berkata...

wah lagi sekali tahniah tuan tanah, gambo2 (termasuk model2 majalah mangga) cantik belaka. ride kali ni mmg mencabar betul la. abis kering air dalam badan aku panas tak hengat. tapi hangpa dua org jugak steady kayuh. tuan tanah tak tido malam pun relax aje sampai tepi sungai baru minum. bak kata fisol "ni mcm panas buat bendang aje, ok la ni". perrgghhh, mmg otai! respek aku.

tapi tak sesia kita berenti begambo kat tasik tu. dia punya reflection mmg cun la, nampak pokok ngan awan dalam air. buleh buat outdoor shoot utk pengantin. close-up flora fauna pun dasat, mcm kat belum (walhal aku tak pernah sampai belum pun)! kihkihkih!!!

ps: pagi tu sebelum keluar, puankebun buatkan telur 1/2 masak 2 bijik. tu yg selamba aje kayuh pegi behrang (tapi patah balik menangis, panas!) muahaha!!

pojie berkata...

perrghh... trail baru ka.. cunn... terrer hangpa recce... tmpat lepak "R&R" tepi tasik pon sempoii... buleh berkelah tuu..

p/s: Yamin,..
seblm keluar.. telur 1/2 masak 2 bijik...
masa balik.. bwk "telur mentah" 2 bijik.. tu yg power tuu.. kihkihkih

tukangkebun berkata...

jie, kene panas ari tu jadi 1/2 masak jugak. kihkihkih!!!

Related Posts with Thumbnails