:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Ahad, 9 November 2008

Lubuk Kawah MTB Trip

Assalamualaikum...

Adalah dengan sukacita di war2 kan kepada seluruh kumuniti MTB yang membaca blog ini atau blog ROP atau yang sewaktu dengannya....
Maka satu trip kayuhan riang ria akan diadakan di Tanah Jajahan Tanjong Malim demi menyahut cabaran Lubuk Kawah yang termasyhur di Tanah Jajahan Tanjong Malim ini....

Butirannya adalah seperti berikut :

Tarikh : 22 & 23 November 2008 (Sabtu dan Ahad)
Host : ROP dan TM Bikers
Program :

SABTU 22 NOVEMBER 2008
8.00am - 10.00am - Para peserta tiba di perkarangan UPSI Tanjong Malim
10.30am - Kayuhan bermula menuju ke Camp Site.
2.00pm - Dijangka tiba di Camp Site
2.15pm - 4.00pm - Makan tengahari, mandi manda, persediaan khemah, rehat...
4.15pm - 6.15pm - Sesi kayuhan ringan2 trail sekitar camp site (untuk sesiapa yang nak kayuh le...)
6.15pm - 7.45pm - Persediaan makan malam
8.00pm - Makan malam , rehat
10.00pm - Supper (additional)
11.00pm - Sesi tido beramai2 (kalau boleh tido le...kihkihkihkih)


AHAD 23 NOVEMBER 2008
7.00am - 8.00am - Sarapan dan persediaan untuk berkayuh ke Lubuk Kawah
8.15am - Kayuhan ke Lubuk Kawah bermula
11.00am - Dijangka sampai di Lubuk Kawah
11.00am - 12.00pm - Fereshment ringan, mandi manda, rehat di Lubuk Kawah
12.00pm - Bergerak turun ke Camp Site
2.00pm - Dijangka sampai di Camp Site
2.00pm - 3.00pm - Makan tengahari, rehat
3.15pm - Bersiap untuk pulang
4.45pm - Dijangka sampai semula ke perkarangan UPSI
5.00pm - Ekspedisi Tamat (Semua balik le...)


Adalah dimaklumkan bahawa semua aturcara program yang dinyatakan di atas adalah tertakluk kepada pindaan2 yang mungkin berlaku dari masa ke semasa.... Namun sebarang perubahan akan dinyatakan di dalam blog ini atau
http://republicofpuchong.blogspot.com/ atau
http://www.jomkayuh.com/

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut tentang program ini bolehlah menghubungi

1. Sdr Aznul Alias (Blucold)- 0126662031
2. Kay (Kaymalik)- woitie@yahoo.com
3. AO (Anakotromen) - 017-6972329

Sekian dimaklumkan...

3 ulasan:

Alimuddin Shahid berkata...

Bro "Ultra"... ahad tu kasi up sikit la start kayuh ke lubuk kawah. Plannya wa dtg pagi ahad tu akan kayuh dari warisan ke camp site... paling awal dlm 9.15 sampai camp (lepas subuh tolak ke TM)... dari situ join le kayuh ke lubuk kawah terus (epic ride la ni). boleh la tuan AO, tuan AO kan hensem orgnya.. hehehe

AO berkata...

Ok Don...hehehehee... Akan kutunggu tibamu dulu... jangan risau la bro... gua akan pastikan lu sampai dulu baru rombongan Che' Kiah gerak ke Lubuk Kawah....

Alimuddin Shahid berkata...

Pasal ko kata OK, maka aku kata kau bukan saja hensem, bahkan kacak!

Related Posts with Thumbnails