:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Rabu, 4 Mei 2011

KAYUHAN SANTAI 8PM - 8AM (12 JAM )

Ada Berani....Siapa Berani...Mari Sini....

Kami di TM BIKERS buat pertama kalinya akan melakukan kayuhan santai selama 12 jam...kami berbesar hati menjemput pengayuh - pengayuh MTB/ROAD BIKE menyertai kami sekiranya berminat untuk menghayati kesejukan malam dan menghirup kopi panas ( Warung Mamak ) di sekitar laluan kayuhan.

           Tarikh   : 7 May 2011
           Masa    : 8 pm ( Waktu Tayar Golek dan Sesi Bergambar - Berita Harian - Kosmo - Sinar )
           Tempat : Hadapan Klinik Syifa

Untuk keterangan lanjut..silalah berhubung dengan Penasihat Kelab saudara Izani 0126370885 dan Pengerusi Kelab saudara ABAD 0196679011...

ANDA BAKAL TERUJA DENGAN KAYUHAN INI.....

Isnin, 18 April 2011

Pengayuh buaya di Sungai Buaya (17 April 2011)

Ahad, 17 April 2011. Saspen! saspen!! saSPENDER...!! Ikuti travelog kisah benar sekumpulan pemburu buaya dari Tanjung Malim yang terjadi semalam. Kalau lemah semangat tekan [Alt] [F4] kat keyboard sekaranggg!!!

~12.00am~
Kebanyakan pemburu (kecuali yang hensem, muahaha!) masih lagi bermesyuarat di RnR Ulu Bernam untuk membincangkan strategi pembuayaan pagi nanti. Udin@Tomyam dah siap pakai jersi sekali.. huhu!! Jumlah kepala dikira untuk memastikan muat diisi dalam sampan.

~2.00am~
Masih ada yang baru nak tido. Ada jugak pemburu macam Suhaily yang sempat berangan untuk membuat tali pinggang baru dari kulit buaya yang bakal ditangkap nanti.

~4.00am~
Kebanyakan tapi bukan semua pemburu, dah mula bangun dari tido. Ada yang gosok gigi.. ada yang lipat kain dan macam-macam lagi. Bronco pulak dah separuh jalan nak pegi motong.. Tak perasan ada berburu pagi ni.. huhu!!

~5.00am~
"Ane roti tampal telur kasi lembek satu!", "kopi O kaw satu!"... Meriah restoran Mamak 24 jam Tanjung Malim pagi ni. Tak berenti-renti skuad buaya order.. Perut perlu dipastikan penuh agar cukup tenaga nak menangkap buaya karang.

~5.40am~
Keta terakhir jenis angsa milik Apik sampai dan semua pemburu telah mula mengerem-ngerem keta masing-masing untuk bertolak. Ada jugak pemburu macam Fathi (bukan nama sebenar) yang masih lena diulit buaya kat umah.. $#@#@!!

~5.45am~
Rombongan Kak Limah yang terdiri daripada skuad sayur TMBikers & Procity sama-sama ke Sungai Buaya melalui hiway PLUS. Macam-macam senapang disangkut kat atas keta ada, kat belakang ada, kat bonet ada, kat sit belakang pun ada...

~6.20am~
Berkumpul kat Tol Bukit Beruntung untuk solat, ngompol, berry, makeup dan membakar kemenyan seberang.

~7.00am~
Sampai kat Sungai Buaya. Dengan pantas semua sampan dan senapang diturunkan. Semua pemburu melakukan aktiviti pemunggahan dengan senyap agar tidak mengejutkan buaya yang ada.

~7.20am~
Skuad sayur bergerak ke dataran Sungai Buaya. Hampir seribu pemburu buaya yang lain turut sama bersedia sebelum aktiviti pemburuan dilepaskan.

~7.50am~
Semua peserta dilepaskan. Bukan main laju lagi masing-masing menyampan sambil mata melilau melihat kelibat buaya di sepanjang laluan.

~8.15am~
Tukangkebun bersama-sama ahli rombongan Kak Limah yang lain macam Ujang, Khairul, Dr Raja, Kamal, Bronco dll dah sampai kat atas bukit yang paling tinggi selepas lama menyampan.. Tetiba je pemburu lain bertempiaran patah balik dari arah bertentangan.. Kenapa? kenapa?!! Kene kejo buaya ke??!! Tak.. tak... salah jalan! Kat sini takde buaya, ayam hutan ada la! Tak semena-mena juga muncul brader marshall motocross suruh patah balik.

~8.17am~
Dengan hati yang tak berapa nak stim, berduyun-duyun lah pemburu buaya mendownhillkan diri setelah tiba ke kemuncakkannya. Macam nak menitik air ketiak kesedihan melihatkan tingginya bukit yang dah dikayuh tapi terpaksa turun balik.. Huwaa!!!

~8.40am~
Tamat. Sampai balik kat garisan mula.. Huwaaa!! Mana buayanya!! huwaaaa!!!! Dah janji ngan bini kalau dapat tangkap nak masak sup ekor buaya malam ni!! Huwaaa!!!


Imam muda Zul Botak (depan & botak) sedang memeriksa kelengkapan skuad buaya dari Tanjung Malim... "Lampu picit?" "Ada!", "Pistol?!" "Tu lagi la adaa.."

Ok bagus semua dah sedia.. baru la aku boleh cangkung sekarang..

Ha kau ni apasal pulak Sukhri? Kenapa tak cangkung lagi? Tak bole la, seluor aku melekat kat seat!

Macam betul aje diorang ni nak cari buaya kat sini.. Ada ke?

Moh kite ke ke starting point.. Untung-untung bole duduk depan!

Biar saya teropong dulu betul ke ade buaya kat sini...

Wah besor tu pintu gerbang giant.. bule buat pelampung ni..

Jangan gerak! Apasal yang belah kiri ni makin ke depan aje?

Taklimat keselematan terakhir: "Minta tuan-tuan kalau tertangkap buaya betina tolong lepaskan ye.. kita nak buat ternak.."

"Halo? Kau ada nampak Anuar Manan tak? Takde? Kompom la dia kat belakang tu.. pasal aku kat depan no 1 sekarang ni..."


Opocot mak kau!! Terperanjat jang eh!! Apo kobondo gorak-gorak tu? buayo ko?!!

La.. orang rupanye! ingat buaya tadi.. Tapi si Khairul (kanan) sekali pandang memang macam buaya la...

Aiks? teruna budiman macam tukangkebun pun kena karen jugak?

Mencari jalan pulang.. Ha macam mana ni? ayam ikut kiri, buaya ikut kanan.. betul la sebelah situ kitaorang pegi tadi... takkan nak ikut laluan ayam kot.. kat pasor pun bole beli..

Abg Din SCT (kiri): "Kalau aku dapat buaya tu memang aku cubit puting dia.." Bronco (helmet merah): "Yang kau tengok puting aku ni kenapa pulak?"

Ketibaan Bronco yang separuh bogel dan berceloreng ala-ala dicakar buaya disambut meriah pemburu buaya yang lain.

Pemburu-pemburu buaya yang kepanasan sempat dihiburkan dengan lagu dangdut oleh Abad: "Walaupun Madonna cantikkh... marilyn monroe jugaaa catikkhh.... tetapi ba-gi ku lebihh... cantikh nyaieee!!...."

Ok yang baru sampai sana tu jangan malu-malu.. yukk.. kita joget sama-sama yukk!! dag! dig! dut!!...

Brader baju hijau (kanan): "best! best! pergghh!! ini la konsert paling best pernah aku pegi.. lagi syok dari justin biebers!"

Walaupun hangat tapi udah namanye skuad sayur.. lucky draw awak tetap nunggu yop!!

Mat procity: "kau tengok tu! kau tengok tu! nyaris nak kene tu!!"

Dari kiri: Izani, Fathi, Ghani & tukangkebun.

Dari kiri: Md Nor Jr, Cikgu Md Nor & Bronco.

Ha dah sampai macam patung dah ni.. naik la nombor aku.. tak dapat buaya betul, dapat sandal crocs tiruan kaler pink pun jadi la...

~Kesimpulan~

-Goodies-OK
-Minum-OK
-Makan-OK
-Lucky draw-OK
-Medal-OK
-Track-OK (boleh repeat)

Cuma kesilapan teknikal aje yang menyebabkan acara ni gagal. Namun kegentleman penganjur untuk bertanggungjawab sepenuhnya & memulangkan wang pendaftaran amatlah dikagumi. Penganjur bersemuka meminta maaf dan mencari penyelesaian tanpa lari daripada riders. Pernah terjadi dulu penganjur lain & committeenya tutup pintu duduk dalam bilik mesyuarat taknak berhadapan dengan riders.

Walaupun ramai yang kecewa, tapi ramai jugak yang bergembira dapat bertemu rakan-rakan rider yang lain. Walaupun marah, tapi rata-rata pengayuh sejati yang sekadar ingin berjambori dapat mengawal emosi dan masih menghayati detik yang jarang-jarang terjadi ni. Setiap yang terjadi ada hikmahnya.

Semoga penganjur dapat belajar daripada kesilapan. Buat penganjur lain di masa akan datang, tentunya ini menjadi pengajaran yang paling berharga. Apapun kami di TMBikers tetap enjoy!!


Buaya pun kayuh basikal? (15 April 2011)

Jumaat, 15 April 2011. Assalammualaikum semua.. ngehngehngeh!! Sebelum berkunjung ke Sungai Buaya semalam (17/04), satu sesi kayuhan malam 'ala buaya darat' telah selamat berjalan. Sebenonya kalau tak ke Sungai Buaya pun sesi kayuhan malam 3 kali seminggu TMBikers tetap berjalan seperti biasa kalau cukup jemaah & cuaca elok. Cuma yang speselnya malam tu kami telah diperturunkan dengan teknik-teknik pembuayaan yang betul-betul buaya oleh beberapa orang "buaya otai" TMBikers (nama terpaksa disorokkan untuk keselamatan di rumah). Kayuhan berjalan lancar dan beberapa jurus seperti "melibas tayo rider awek ala2 tak sengaja" telah berjaya di kuasai dengan cepat walaupun tanpa praktis! Insyaallah semoga ketemu lagi kita dalam kayuhan buaya akan datang.

ps: Laporan Jamboree Btg Kali akan menyusul..


Antara 15 peserta yang mengikuti kursus kayuh macam buaya termasuk marshall.

Satu-satunya peserta yang tak buaya duduk kat depan (2 dari kiri). Betul you alz!!

Peserta tekun & tawaduk mendengar ceramah profesional: "Kalau dia ngelak ke kiri, kamu libas ikut kanan pulak tau.. ingat paling kurang mesti amik nombor tepon!"

Para peserta bersemangat dan tak sabo-sabo nak membuayakan diri Ahad ni..


Jumaat, 15 April 2011

Rombongan skuad sayur ke Sungai Buaya

Selamat berkayuh kepada ahli skuad sayur yang bakal sederap dan seirama di Karnival MTB 1 Batang Kali pada 17 April 2011. Selamat berkayuh jugak pada semua 996 kengkawan pengayuh berdaftar yang lain. Kayuh selow-selow tau!


"Emmm.. skuad sayor... my feveret!!"


NO NAME GENDER TSHIRT CATEGORY TAG NO
1 NAZRI ISMAIL MALE XL VETERAN MAN V-0529
2 CHIN YAN THIAM MALE L VETERAN MAN V-0530
3 CHIN TONG SENG sr MALE L VETERAN MAN V-0531
4 WAN SANG LEONG MALE L VETERAN MAN V-0532
5 MOHD ZAKI IBRAHIM MALE XL VETERAN MAN V-0533
6 IZANI MAT IL MALE L VETERAN MAN V-0534
7 BADRUL HISHAM HUSSAIN MALE M VETERAN MAN V-0535
8 CHONG SOO LAN FEMALE M OPEN WOMEN W-0536
9 CHIN TONG SENG jr MALE L OPEN M-0537
10 FISOL AHMAD MALE XL OPEN M-0538
11 MOHAMAD SUHAILY YUSRI CHE NGAH MALE L OPEN M-0539
12 SHAHRUL AHMAD AWANG ISMAIL MALE M OPEN M-0540
13 FAUZIE FISAL MALE L OPEN M-0541
14 ABD GHANI MANSOR MALE XL OPEN M-0542
15 YAMIN KAMIS MALE L OPEN M-0543
16 MOHD ZAMIR MOHD HUZAINI MALE XL OPEN M-0544
17 MOHD EFFENDI MAHMUD MALE XL OPEN M-0545
18 MOHD AZUWAN MAT ZULKIPLI MALE L OPEN M-0546
19 SHARIZAL SHAMSUDIN MALE XXXL OPEN M-0547
20 BADRUL HISHAM BUYONG MALE L OPEN M-0548
21 ZULKEPLI SAAD MALE L OPEN M-0549
22 FATHI KAMIL BADARUDIN MALE L OPEN M-0550
23 SAIFUL ZAHDI SHAMSUDIN MALE XL OPEN M-0551
24 MOHD RAFISAL NAEM ABDUL LATIF MALE L OPEN M-0552
25 MOHD SUKHRI HADAFI MOHAMMAD HANIF MALE L OPEN M-0553
26 MOHAMMAD NASIR BIN SUDIN MALE M OPEN M-0554
27 MOHD SYAFIQ IKHWAN ISMAIL MALE L OPEN M-0555
28 CHIN WENG FOO MALE L OPEN M-0556
29 MUHAMMAD FAIZAHAR BADRUL HISHAM MALE M JUNIOR BOY M-0557

Rabu, 6 April 2011

KAYUHAN MENGEMASKINI LALUAN HASHH ULU BERNAM

KEPADA YANG BERMINAT....

Wahai saudara, saudari dan sesiapa yang berminat...apabila terbitnya fajar dan sesudah solat subuh...bersedialah tuan-tuan dan puan-puan untuk menguji stamina bagi menghadapi  JAMBOREE BATANG KALI..Maka silalah hadir pada :

Tarikh       : 10 April 2011( AHAD )
Masa        :  8Am ( Tayar Golek )
Tempat     :  Hadapan Klinik Syifa..

Laluan ini di jangka sejauh 30km tetapi tuan-tuan akan di hidangkan dengan cabaran yang menguji kekuatan mental dan fizikal... bakal membuatkan diri anda merasa tidak kekok bagi menghabiskan laluan Jamboree Batang Kali nanti...
Perhatian : Kami di TM Bikers mengharapkan sedikit ehsan daripada anda untuk memberikan  sumbangan kepada saudara TONGGA( Pengayuh Tegar TM Bikers) bagi meringankan beban beliau dimana isteri beliau telah mengalami kemalangan dalam perjalanan ke tempat bertugas.... Sama -samalah kita membantu beliau yang kini terpaksa berulang alik ke Terengganu.

Khamis, 31 Mac 2011

Malaysian Gold Jambor"air" (27 Mac 2011)

Ahad, 27 Mac 2011. Assalammualaikum & selamat siang bapak2 dan ibuk2 semuanya ya. Rase macam dah lama pulak tukangkebun tak mereport kat blog ni. Kering idea nak memulakan madah-madah gurindam jiwa... huhu!! Alhamdulillah ahad lepas, 15 orang ahli skuad sayur TMBikers telah selamat menjebakkan diri dalam jambori teramai (setakat Mac 2011) kat Malaysia, Malaysian Gold Jamboree 2011, Bukit Merah Laketown Resort. Pergghh!! Penyertaan jambori beskal sekarang dah mampu mengalahkan konsert Maher Zain.. Taip-tiap kali jambori makin banyak pengayuh-pengayuh baru muncul. Jambori pun dah macam cendawan, tiap-tiap bulan ada. Berikut diringkaskan sedikit suasana jambor"air" Bukit Merah yang sungguh kebasahan..:


:: Goodies, Meal & Starting Point ::

  • Goodies kira ok dengan botol air, kupon diskaun Laketown Resort, dan jersi oren yang buleh dikatakan menarik. Sekarang ni ke"macho"an jersi turut sama menjadi daya penarik kepada penyertaan jambori (ahli skuad sayur kalau ajak masuk jambori mesti tanya jersi cantik ke tidak, bukan trek susah ke senang, huhu!).
  • Starting point sebenarnya ok kalau diambil kira keluasan tempat dan kemudahan infrastruktur. Tetapi disebabkan budaya rider kita yang susah nak beratur betul-betul maka jadi takde bezalah siapa datang awal dengan datang lambat. Tukangkebun rasa susah untuk mana-mana penganjur pun mendisiplinkan pengayuh dalam hal ni. Tambahan pulak inipun JAMBORI namanya, bukan race!

:: Trek, Water Point, Signage ::
  • Inilah jambori yang paling landai pernah tukangkebun masuk. Betul-betul rata aje, pendek kata kalau bawak roadbike pun boleh la jugak. Bukit last nak masuk Laketown aje yang mengkremkan kaki. Downhill adalah seto'et kat mana ntah tu.
  • Keadaan trek yang dinaiki air merupakan pengalaman baru buat tukangkebun. Selama ni lintas sungai aje. Tapi kali ni betul-betul merasa kayuh dalam air! Rasanye kalau takde banjir ni lagi tak bererti jambori MTB ni. Inilah jambori paling berair atau jambor"air".. Hhmm... i like!
  • Water point & bekalan air, pisang, suntonic & buah lai pulak lebih pada cukup rasanya. Barisan gadis litar yang menggoda di CP jugak menyebabkan berat kaki nak meninggalkan CP.. Time tengah leka kat CP ni la Anuar Manan potong aku! serius!! huhu!!
  • Signage clear, takde masalah.

:: Lunch, lucky draw, Anuar Manan, etc. ::
  • Alhamdulillah tukangkebun dapat makan walaupun masa datang balik lucky draw dah mula. Biasanya, jangan haraplah. Cuma kalaulah menu tu ditambah & dipelbagaikan lagi kan ke sedap tu dik non.
  • Lucky draw tak berape lucky la.. muahahaha!! apo nak dikato..
  • Paling kesian hari tu bila nengok Anuar Manang kena 'boo' dengan orang ramai. Ntah apa yang tak puas hati sangat awak pun tak tau.. Tak baik sebenornya kita boo kan pelumba yang menaikkan nama negara kita sampai macam tu. Takpe Nuar, lain kali ko follow belakang tukangkebun aje, kompom orang tak komplen punye! huhu!!

:: Eksiden di jalan lurus ::
  • Takziah buat kawan kita Wan Kama (Procity) yang terlibat dengan eksiden di laluan tarmac tepi sawah. Serius jugak la kecederaannya sampai terputus arteri. Alhamdulillah beliau selamat menjalani pembedahan hari tu jugak dan sedang berpantang sekarang ni. Kami doakan beliau cepat sembuh dan membesar bagai johan macam Azizulhasni Awang.

:: Terima kasih daun keladi ::

  • Buat kawan kami dari Penang yang menempahkan bilik penginapan & mengambil goodies untuk TMBikers. Tak sempat pun nak berkenalan.
  • Awin yang menguruskan penginapan & pendaftaran.
  • Procity yang sama-sama berkonvoi & menumpangkan kami.
  • Semua kengkawan MTB yang sudi bertegur-sape, tolong bagi tiub kat Zul, dan yang bagi laluan.. huhu!!
  • Kak Ani yang walaupun tak kayuh, tapi tetap jugak turun menyokong TMBikers.
  • Khairy Jamaludin yang tak banyak cakap waktu flag off. Kahkahkah!! Apasal tak kayuh sekali?

Akhir kata tahniah buat penganjur. Mana-mana kelemahan boleh diperbaiki. Tahun depan ajak KJ buat jambori lagi! huhu!! Jemputlah makan nasik kat bawah ni.. tambah-tambah jangan memalu!


Bronco & Zul Botak kat meja goodies. Isshh ganasnya pakcik-pakcik botak ni!

Aiks belum mula tayor fisol dah bocor? Kita bukan setakat tukor tiub aje tapi tukor tayor sekali.. rim aje maintain..

Skuad sayur bergambor kat parking Laketown Service Apartment. Macam amik gambo kat pelamin aje gayanye..

Ketibaan tukangkebun di starting line melaui celah-celah pokok. (gambo blue oleh Rod Kembara)

Fisol pulak mencelah.. (gambo blue oleh Rod Kembara)

Zul botak hari sabtu masuk Jamboree Syabas (Fraser Hill) dapat TV 32", ari ni kat Bukit Merah pulak.. Kau memang ada bela! (gambo blue oleh Rod Kembara)

Suhaily wakil team German.. huhu!! (gambo blue oleh Rod Kembara)

Ketua geng jahat, Abad. Sekali pandang macam eman mana la.. baru aku perasan!
(gambo blue oleh Rod Kembara)

Ahli remaja TMBikers paling glamer, Bronco. Ni gambo sebelum bogel! (gambo blue oleh Rod Kembara)

Sape nak amik gambo ngan KJ angkat tangan! Perghh ramai peminat KJ rupanye!

Lagi peminat KJ. L-R: Kamal, Zaki, tukangkebun & Saiful "Bianchi"?

Apa ni! bagi la kami amik gambo ngan KJ dulu!

Tengok tuh, satu malaysia datang naik beskal semata-mata nak jumpa KJ aje.. muahaha!!

Ni apasal pulak menyenget ni? Suruh peluk tak nak peluk?!

Ramai.. beribu-ribu lemon...

Kat belakang pun ramai jugak..

Bang ada nampak KJ tak lalu kat sini?

1st Water Point. Tapi saya tak haus lagi, macam mane?

Tak haus pun kene jugak beratur! jangan potong!

Perkhidmatan cuci tayor disediakan

Mana boleh potong bang, sini double line..

CP2. Dapat sticker UMNO lagi! Minta lapan boleh tak dik? Nak tampal kat keta..

Kat sini aje sampai kembung perut tukangkebun minum suntonic..

Jumpe dengan Cupin (tengah) & Haitsan. Time kasih cupin teman aku sampai laketown..

Uuhhhh jamborair.. Kau buatku betul-betul basah!!

Single track nih?!

Ni sebenornya lintas titi, bawah sungai tu..

Kalau tak perasan buleh gedebush ni!

Ramai posing gambo kat sini..

Jammed! Arus deras kat depan.. tak sesuai untuk kenderaan ringan..

Apasal belah kiri aku ni laju pulak? Ni yang nak potong Q ni.

Emmm.. masih macho walaupun kebasahan.. i like!

Kat belah kanan tu yang licin.. kalau pakai tumit tinggi bahaya taw!

Tankmagic HTR (belakang sekali). Apa ke hei ni yop? Nak kayuh beskal ke nak mandi sungai?

Laluan tepi sawah yang romantik. Yang tak kuat iman buleh tertelap lalu kat sini!

Cantik kan?! cantik kan?!!

3rd water point. Ada buah lai tuh!

Lai bang! lai! lai ka tong!!

Buah lai, memang sesuai dimakan time kering macam nih.. i like!

Kasih sayang sesame rider. Ujang sedang mentry beskal carbon 16k sambil menolak beskal Dr Raja yang mengiringi Wan Kama ke hospital. Kat area ni lah Wan Kama eksiden.

Apik dah sampai finishing.. (gambo blue oleh Rod Kembara)

Antara yang dapat medal ari tu.. (gambo blue oleh Rod Kembara)

Suhaily pun dapat medal.. (gambo blue oleh Rod Kembara)

Awww! Fisol pun dapat medal jugak! (gambo blue oleh Rod Kembara)

Ni dia! sexiest uncle of all time! Kalah David Hasselhoff Baywatch!! Yang pompuan jangan tenung lama2, nanti takleh tido! (gambo blue oleh Rod Kembara)

Bronco: Betul aku tak tipu, tadi ada awek amik gambo ngan aku! (gambo blue oleh Rod Kembara)

Tukangkebun, yang paling sayor.. Air vico pun dah abis time nih..

Suhaily tengah jampi no dia.. belawok! belawok! belawok!!

Zul Botak: Kejap je lagi abang balik.. Tengah tunggu frame karbon nih! ape barang hamper2!!

Related Posts with Thumbnails