Ahad, 27 Mac 2011. Assalammualaikum & selamat siang bapak2 dan ibuk2 semuanya ya. Rase macam dah lama pulak tukangkebun tak mereport kat blog ni. Kering idea nak memulakan madah-madah gurindam jiwa... huhu!! Alhamdulillah ahad lepas, 15 orang ahli skuad sayur TMBikers telah selamat menjebakkan diri dalam jambori teramai (setakat Mac 2011) kat Malaysia, Malaysian Gold Jamboree 2011, Bukit Merah Laketown Resort. Pergghh!! Penyertaan jambori beskal sekarang dah mampu mengalahkan konsert Maher Zain.. Taip-tiap kali jambori makin banyak pengayuh-pengayuh baru muncul. Jambori pun dah macam cendawan, tiap-tiap bulan ada. Berikut diringkaskan sedikit suasana jambor"air" Bukit Merah yang sungguh kebasahan..:
:: Goodies, Meal & Starting Point ::
:: Goodies, Meal & Starting Point ::
- Goodies kira ok dengan botol air, kupon diskaun Laketown Resort, dan jersi oren yang buleh dikatakan menarik. Sekarang ni ke"macho"an jersi turut sama menjadi daya penarik kepada penyertaan jambori (ahli skuad sayur kalau ajak masuk jambori mesti tanya jersi cantik ke tidak, bukan trek susah ke senang, huhu!).
- Starting point sebenarnya ok kalau diambil kira keluasan tempat dan kemudahan infrastruktur. Tetapi disebabkan budaya rider kita yang susah nak beratur betul-betul maka jadi takde bezalah siapa datang awal dengan datang lambat. Tukangkebun rasa susah untuk mana-mana penganjur pun mendisiplinkan pengayuh dalam hal ni. Tambahan pulak inipun JAMBORI namanya, bukan race!
:: Trek, Water Point, Signage ::
- Inilah jambori yang paling landai pernah tukangkebun masuk. Betul-betul rata aje, pendek kata kalau bawak roadbike pun boleh la jugak. Bukit last nak masuk Laketown aje yang mengkremkan kaki. Downhill adalah seto'et kat mana ntah tu.
- Keadaan trek yang dinaiki air merupakan pengalaman baru buat tukangkebun. Selama ni lintas sungai aje. Tapi kali ni betul-betul merasa kayuh dalam air! Rasanye kalau takde banjir ni lagi tak bererti jambori MTB ni. Inilah jambori paling berair atau jambor"air".. Hhmm... i like!
- Water point & bekalan air, pisang, suntonic & buah lai pulak lebih pada cukup rasanya. Barisan gadis litar yang menggoda di CP jugak menyebabkan berat kaki nak meninggalkan CP.. Time tengah leka kat CP ni la Anuar Manan potong aku! serius!! huhu!!
- Signage clear, takde masalah.
:: Lunch, lucky draw, Anuar Manan, etc. ::
- Alhamdulillah tukangkebun dapat makan walaupun masa datang balik lucky draw dah mula. Biasanya, jangan haraplah. Cuma kalaulah menu tu ditambah & dipelbagaikan lagi kan ke sedap tu dik non.
- Lucky draw tak berape lucky la.. muahahaha!! apo nak dikato..
- Paling kesian hari tu bila nengok Anuar Manang kena 'boo' dengan orang ramai. Ntah apa yang tak puas hati sangat awak pun tak tau.. Tak baik sebenornya kita boo kan pelumba yang menaikkan nama negara kita sampai macam tu. Takpe Nuar, lain kali ko follow belakang tukangkebun aje, kompom orang tak komplen punye! huhu!!
:: Eksiden di jalan lurus ::
- Takziah buat kawan kita Wan Kama (Procity) yang terlibat dengan eksiden di laluan tarmac tepi sawah. Serius jugak la kecederaannya sampai terputus arteri. Alhamdulillah beliau selamat menjalani pembedahan hari tu jugak dan sedang berpantang sekarang ni. Kami doakan beliau cepat sembuh dan membesar bagai johan macam Azizulhasni Awang.
:: Terima kasih daun keladi ::
- Buat kawan kami dari Penang yang menempahkan bilik penginapan & mengambil goodies untuk TMBikers. Tak sempat pun nak berkenalan.
- Awin yang menguruskan penginapan & pendaftaran.
- Procity yang sama-sama berkonvoi & menumpangkan kami.
- Semua kengkawan MTB yang sudi bertegur-sape, tolong bagi tiub kat Zul, dan yang bagi laluan.. huhu!!
- Kak Ani yang walaupun tak kayuh, tapi tetap jugak turun menyokong TMBikers.
- Khairy Jamaludin yang tak banyak cakap waktu flag off. Kahkahkah!! Apasal tak kayuh sekali?
Akhir kata tahniah buat penganjur. Mana-mana kelemahan boleh diperbaiki. Tahun depan ajak KJ buat jambori lagi! huhu!! Jemputlah makan nasik kat bawah ni.. tambah-tambah jangan memalu!
Bronco & Zul Botak kat meja goodies. Isshh ganasnya pakcik-pakcik botak ni!
Aiks belum mula tayor fisol dah bocor? Kita bukan setakat tukor tiub aje tapi tukor tayor sekali.. rim aje maintain..
Skuad sayur bergambor kat parking Laketown Service Apartment. Macam amik gambo kat pelamin aje gayanye..
Zul botak hari sabtu masuk Jamboree Syabas (Fraser Hill) dapat TV 32", ari ni kat Bukit Merah pulak.. Kau memang ada bela! (gambo blue oleh Rod Kembara)
Ketua geng jahat, Abad. Sekali pandang macam eman mana la.. baru aku perasan! (gambo blue oleh Rod Kembara)
Kasih sayang sesame rider. Ujang sedang mentry beskal carbon 16k sambil menolak beskal Dr Raja yang mengiringi Wan Kama ke hospital. Kat area ni lah Wan Kama eksiden.
Ni dia! sexiest uncle of all time! Kalah David Hasselhoff Baywatch!! Yang pompuan jangan tenung lama2, nanti takleh tido! (gambo blue oleh Rod Kembara)
1 ulasan:
Saya telah bookmarked situs ini dan saya akan terus mengunjungi Anda untuk lebih lanjut.
Bremsscheiben fahrrad
Catat Ulasan