:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Ahad, 17 Oktober 2010

Jambori Basikal Lasak UPSI 2010- Selesai sudah..... -update tambahan beberapa photo..


Assalamualaikum,.. salam sejahtera...

Alhamdulillah selesai sudah program Jambori Basikal Lasak UPSI 2010 pada hari ini (17 Oktober 2010).

Kami dari TMBikers, Procity dan penganjur utama iaitu Pusat Sukan UPSI ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan pengayuh serta kelab-kelab MTB yang telah menyertai dan menyokong program ini..

Tidak lupa juga penghargaan kepada penaja-penaja yang menyumbangkan hadiah-hadiah cabutan bertuah, pihak keselamatan UPSI, pusat kesihatan UPSI, Jabatan Bomba, Polis dan pelajar yang membantu perjalanan Jambori serta rakan-rakan yang menyumbangkan tenaga dan masa sepanjang persediaan dan perjalanan Jambori...

Di kesempatan ini,.. bagi mewakili pihak penganjur.. saya ingin memohon kemaafan di atas beberapa kepincangan terutamanya yang paling ketara ialah kelewatan waktu permulaan (flag off)...

Kami amat-amat berharap agar rakan-rakan serta ahli-ahli kelab yang menyertai jambori hari ini dapatlah menegur kesilapan, memberi kritikan dan cadangan-cadangan agar dapatlah kami memperbaiki dan mengambil iktibar atas kelemahan-kelemahan yang ada dari penganjuran kali pertama ini...

InsyaAllah dari sumbangan idea dan kritikan-kritikan yang akan diterima ini akan membantu kami dalam perancangan Jambori di tahun-tahun kehadapan... InsyaAllah...

Setiap teguran bolehlah dimajukan ke ruangan komen atau shoutbox...

Sekali lagi sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih dan InsyaAllah berjumpa lagi kita di Tanjong Malim di masa hadapan...

Wassalam..

*UPDATE... beberapa photo Jambori Basikal Lasak UPSI 2010 dari lensa Izani...

















Untuk koleksi penuh foto sila klik di sini...







3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah di atas penganjuran Jamboree yang memang cool!

Bagus lagi jika buat option 2 laluan untuk beginner atau suka-suka...

pojie berkata...

terima kasih...

untuk jambori yang akan datang,.. kami merancang untuk buat laluan penuh standard jambori (40-50km)...

dan InsyaAllah akan dipertimbangkan laluan lain khas untuk beginner dan kayuhan suka2...

Tanpa Nama berkata...

ade chance dapat gps route kat sini ?
orang luar daerah dah ride.
tengkiuk.

Related Posts with Thumbnails