:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Isnin, 11 Oktober 2010

Jambori Basikal Lasak UPSI - Makluman Terkini... 11 Oktober 2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera,...

Seperti yang kita sedia maklum,.. penganjuran Jambori Basikal Lasak UPSI 2010 adalah juga bagi meraikan pesta konvokesyen UPSI...

Dengan itu, dijangkakan suasana pada hari Jambori nanti akan meriah dan kemungkinan agak sesak dengan kenderaan ibu-bapa, ahli keluarga serta para pelajar dan secara tidak lansung akan menghadkan ruang parkir kenderaan....

Bagi mengatasi masalah kesesakan dan untuk memastikan keselesaan para peserta Jambori,.. pihak urusetia dengan kerjasama pihak keselamatan UPSI telah menyediakan kawasan khas untuk para peserta berkumpul dan memparkir kenderaan.

Untuk tujuan mengenalpasti kenderaan peserta, pihak urusetia telah menyediakan "pas kenderaan" untuk dicetak dan dipaparkan dicermin hadapan atau "dashboard". Dengan pengenalan ini, akan memudahkan pihak urusetia/keselamatan untuk menunjukkan laluan ke tempat berkumpul/parkir kenderaan peserta...

Sila Klik di sini untuk mencetak atau memuat turun "pas kenderaan"

Disertakan juga kemaskini terkini senarai peserta,.. jika ada persoalan silalah berhubung dengan urusetia Jambori atau boleh juga di taipkan ke shoutbox blog..

Sila klik di sini untuk kemaskini senarai peserta

Terima kasih. Wassalam..

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails