:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Jumaat, 18 Jun 2010

Hujan pun kayuh? (11 Jun 2010)

Jumaat, 11 Jun 2010. Ish! ish! issshhh....!!! Bak kata orang tetua, kalau tengah syok bercinta tu, kentut pun wangi! "Takpe-takpe.. you kentutlah, I tak lari..." huhu!! Kalau 'bunga' jalan tersepak batu.. batu tu yang kene marah! kahkahkah! Macam tu la yang terjadi kat sekumpulan pencinta basikal kat sini. Walaupun dah memang kompom ujan dari rumah lagi (bukan tengah kayuh) tapi tetap jugak berkayuh dengan gumbira menuju port. Siap bila kawan telefon tanya ujan ke tak, bole jawab "kat sini rintik aje...". Walhal tengah lebat tu! Waduhh.. waduhh.. Memang kalau tak kena dia punya "taik beskal" tak boleh nak paham punye la! Macam takde siang, malam-malam tengah hujan pun nak kayuh jugak...

Malam tu seramai 11 orang iaitu Abad, Leong, Eddie, Gem, Nel, Jeff, Jeff jr, Mirza, Boy, Firdaus dan tukangkebun telah dengan rela hati berkayuh dalam ujan sambil sesekali tertelan air yang terpercik dari tayar kawan kat depan. Walaupun Jumaat sepatutnya hari offroad, tapi disebabkan cuaca, kudrat dan 2 riders yang takde helmet (wajib ni bang!) maka kami memilih untuk kayuh road aje. Sejuk tu bila kena angin!


Dari kiri: Abad, Jeff jr, & Jeff.

Leong, kuyup abis.

Dari kiri: Gem, Nel & Eddie.

Dari kiri: Mirza, Boy & Firdaus anak Aloy (darjah 6 baru)

Last sekali, tukangkebun...

1 ulasan:

Han berkata...

This looks like good Fun!

Related Posts with Thumbnails