:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Selasa, 9 Februari 2010

Nite Ride.. Batman Returns..



(Click untuk imej yang lebih jelas)


Isnin 08022010,

Kayuhan malam ke dua bagi riders united..

Kayuhan dimulakan kira2 jam 9.30pm dan di tunjukarah oleh Apit... jentera kayuhan bercampur2 dengan ada yang ber"road-bike", touring bike, MTB, tayar sotong, tayar off-road... mcm2 adaaaa... dan trail kayuhan melalui 100% tarmac berjarak hampir 32km...

Permulaan dari tempat parking dihadapan klinik syifa terus ke simpang 4 jalan utama dan menuju ke arah Proton City.. seterusnya terus ke Pekan Behrang Stesyen, melalui flyover ke Kg Masjid, Kg Sekolah, Kg Teluk raja dan diteruskan sehinggalah lintas semula flyover highway ke Tanjong Malim..

Laluan yang dengan dakian panjang di beberapa kawasan seperti di Behrang Ulu, Kampung Telok Raja dan Kg Serigala Ulu agak sedikit mencabar dan cukup menguji ketahanan badan.

Terdapat seorang rider yang pancit tayar dan Abad dan Apit telah berpatah balik untuk membantu tanggung basikal,.. dan seterusnya menampal tayar dihadapan pintu masuk kilang sawit,..

Kayuhan diteruskan dan kali ini disertai oleh Tukangkebun yang bertindak sebagai marshall yang menunjukkan arah ke Restoran Dapor Siam...

Setelah semuanya selesai refill perut, kayuhan diteruskan ke tempat berkumpul awal dan bersurai...

kesimpulannya,.. kayuhan malam kali ini memang enjoy dan meriah... Terima kasih kawan2....

p/s: mcm biasa.. gambar x ada... tunggu nak cilok dari blog Procity... hehehehe

Kayuhan pagi Ahad

Ahad 070210,
Aktiviti kayuhan mingguan diteruskan.. seperti biasa, kayuhan disertai TMBikers, Team Procity, Abad n Gang, rider baru iaitu Fahimi dari Bangi dan pelajar2 UPSI termasuk seorang rider wanita iaitu cik In...

Otai TMbikers iaitu Tukangkebun masih tak dapat ikut kali ini kerana meneruskan training "karate Kid" nya.. <--- kali ni ada awek woo.. padan muka hang.. hehehe

Kayuhan terbahagi dua sesi iaitu separuh pertama dakian (tolakan) dan downhill sekeliling bukit barbieland Proton City dan sesi kedua dari Proton City ke laluan Sungai Samak, Simpang 4, Bernam Baru dan kembali ke Proton City...

Pada sesi pertama, mungkin juga akibat keadaan trek yang licin berlumut dan beberapa rider yang pertama kali berkayuh, maka terdapat beberapa aksi stunt serta lompatan dan golekan freeride tak dirancang... sebenarnya bukan sahaja rider baru, rider lama juga ada yang tergolek dog.. sehinggakan ada separuh yang terpaksa berhenti pada separuh sesi pertama sahaja...

Lumrah kejadian manusia,.. apabila rider wanita tergolek, walaupun hanya bercalar sebesar misai kucing, maka berduyun-duyunlah bantuan yang tiba... tetapi apabila ada lelaki macho yang tergolek-luka lutut, tergores berselirat dada... duduklah sorang2 atas batu.. sapa pun x layan... nasib.. nasibbb...

Seterusnya,...
Sambungan sesi kedua berjalan dengan lancar, cuma sekali sahaja terhenti untuk menukar tiub basikal Zaki... akibat masa yang agak suntuk, riders terpaksa "short cut" dipersimpangan tokong Cina dengan tak teruskan ke "Camp site" tetapi hanya menyusuri sungai sehingga ke Taman Bernam Baru dan seterusnya balik ke Proton CT...

Jarak keseluruhan selepas "short cut" kira2 35km dan masa yang diambil lebih kurang 4 jam termasuk hentian kecemasan,.. rehat dan rawat (R&R).. dan minum2...

oleh kerana TMBikers semuanya miskin2 x mampu ada kamera (hanya org kaya tokey Kebun sorang ja yg ada) maka gambar2 hari kejadian terpaksa dicilok dengan x malunya dari blog http://procitymtb.blogspot.com/... terima kasih cikgu Dzan...


Group Photo sebelum kayuh



Rehat separuh masa.. isi minyak....


Cilok sikit2 cukuplaaa, jadi untuk tengok gambar2 lain sila ke http://procitymtb.blogspot.com/2010/02/kayuhan-pc-ke-diamond-creek-jumpa.html

Isnin, 1 Februari 2010

Kayuhan Proton CT-Sg Samak-Proton CT (300110)

Sabtu, 300110... Gabungan kayuhan bersama2 TMBikers, Procity, As-Sakinah CC, pelajar2 UPSI bersama2 cikgu Mat Nor Slim River-Shakir dan pada minit2 terakhir disertai oleh Coach Abad dan Zaki... semuanya ada 20 riders...

Agak malang bg TMBikers kerana chief Ketoyong Damai iaitu Yamin@Tukangkebun tak dapat turut serta kerana urusan Seri Paduka Baginda yang tak dapat dielakkan.. sampai ari ni dia masih sedih menitik2 air mata... tetapi kesedihannya sedikit terubat bila diberitahu yg tiada seorang pun awek yang ikut berkayuh hari tu..... :P

Kayuhan bermula kira2 jam 9.. setelah selesai sesi check beskal, berposing2 jd model bergambar & perabih nasik lemak...

Mula dari Tasik Proton,.. ikut laluan tarmac hingga trail head off road... melalui kebun getah dan nursery... sblm sampai saja bukit pertama,.. kes pertama tayar bocor... slps sentuhan beberapa org mekanik dan "tukang tulong tengok", kayuhan diteruskan dengan pendakian yang pertama... tetapi agak malang pulak, kali ini RD plak tersangkut dan bengkok... nasib baiklaa ramai pomen & McGyver... settle .. tp kurang la skit kepuasan kayuh kerana gear yang x dapat ditukar2...

Perjalanan diteruskan lg dengan beberapa siri tolak..tolak..berenti...tolak..berenti.. dan kayuh sikit2... sehingga sampai ke "Camp-site".. dari camp-site, riders terpaksa berpecah kerana ada yang nak terus recce trail ke "Taman Bahtera" dan ada yang terpaksa balik kerana hari yang sudah agak lewat dan ada urusan2 lain di sebelah petang...

Bagi riders yang "short-cut" kerana terpaksa balik awal,... selepas lintas sungai,.. melalui kayuhan "single trail",.. seterusnya tarmac.. sehinggalah "short cut" melalui Taman Bernam Baru.. dan singgah di rumah Abad untuk mencuci beskal.. hehehe .. TQ bbnyk braderr... dan selepas itu singgah lagi minum di restoren sambil menunggu riders As-Sakinah patah balik dari Proton CT...

Selepas bersurai dari Restoran Tmn Bernam Baru,.. kami teruskan perjalanan melalui tarmac ke tasik Proton... dengan matahari terpacak atas kepala... perrrgh... mendidih otak woo....

Dan khabarnya,.. riders yang teruskan perjalanan ke Tmn Bahtera jg tak kurang kisahnya.. dengan RD yang patah... kaki kejang dsb.. tp apa2pun itu semua yang membuatkan kayuhan lebih menarik... ataupun sekurang2nya menjadi bahan untuk bercerita bila berkumpul..hehe

Sebenarnya.. banyak lg kisah2 menarik dalam kayuhan kali ini... dari masalah2 teknikal.. hinggalah riders yang kekejangan,.. tergolek dsb... tetapi terpaksa minta maaf tak dapat ditulis semuanya kerana penulis yang kurengg skil mengarang dan ingatan yang tak berapa bagus kerana banyak makan semut agaknya...

Apa2pun,.. kesimpulannya.. kayuhan kali ini mmg menyeronokkan.. tambahan pula dengan berkumpulnya ramai riders... dgn kesempatan ini,.. saya bg pihak TMbikers mengucapkan berbanyak terima kasih kepada team procity: cikgu Dzan, Ujang dan cikgu Mat Nor dll,... team As-Sakinah: Man K dan semuanya... Coach Abad, Zaki,.. wakil student UPSI : Tongga,.. Rafi Dll... semoga kita dapat selalu berkayuh sama2 & memeriahkan sukan MTB.. terutamanya disekitar kawasan kita....

Seterusnya, jom kita layan beberapa gambar yang sempat dicilok dari Facebook izani... dan sedang tunggu team Procity dan As-Sakinah untuk update blog,.. jadi boleh cilok lg gambar2 dari diorang hehehe....


Group Student Upsi.. dengan aksi makan nasik lemak.. kuat sunggoh budak2 ni..



Group dewasa... terpaksa cover perut... tapi masih segan2 dgn Fisol yg champion



belek beskal ye banggggg!!!



Ujang: apsal beskal ni bersih sgt.. mesti tuan dia simpan bwh selimut ka apa kaa



dok bincang nak lalu trail mana...



beskal2 bergelimpangan.. sama mcm tuan yg baru bangun tidur...



cikgu Dzan menerangkan cara2 mencari kutu kat tayar...



Group Photo.. bahan bukti untuk isteri2...



tayar pancit pertama... sambil yang lain tolong tengok dan gelak beramai2.. chitt...



persimpangan sebelum naik bukit ke Camp Site..
kalau rajin,.. bwk limau & ayam panggang kat belakang tuu;.. minggu depan apa nombot atak naik loo..
kihkihkih



Cabaran & dugaan: tayar pancit,... RD bengkok... terus jadi single speed casette... tapi kayuh tetap diteruskan.. RESPECT!!!



Coach Abad sedang ajar cara2 nk senaman angkat tangan...



Selepas lepak2 Camp-Site,.. group yang nak "short-cut" gerak dulu...



Tinggal laa group riders yang nak teruskan recce trail ke Taman Bahtera...



Jalan dulu braderr... nnti jumpak lg...

Kayuhan KP Mohamed (31 Januari 2010)

Ahad, 31 Januari 2010. Pilu rasanya tak dapat berkayuh bersama2 ke Sg Samak semalam (sabtu). Tunggu aje berita dari kengkawan yang lain nanti. Apakan daya, urusan seri paduka baginda perlu diutamakan. Maka sebagai ganti, pagi ni tukangkebun telah pergi bersarapan di KP Mohamed sambil berkayuh bersama-sama Ijoi dan Albob. Destinasi kami ialah Behrang lagi, hehe!! Mula dari Ketoyong Damai~Tarmac Kg Kelawar~Ladang Behrang~Tarmac Kg Kelawar~Taman Wangsa~KP Mohamed~Ketoyong Damai. Jarak dalam 13.5km aje. Sangat sesuai sebagai persiapan sarapan..


Atas jambatan keretapi Kg Lubuk Salak/ Taman Wangsa

Fly over Kg Kelawar

Baru masuk trail

Albob & Ijoi

Lepak tepi highway

Pancit pulak tayar bob...

Perghh!!! sape ni? giler macho!!

Turun sikit...

Sebelah tangan aje DH walaupun kelajuan mencicah "50km/j".. huhu!!

Ishh pakcik ni.. asik gambo dia aje...
Related Posts with Thumbnails