Assalammualaikum semua...
Apa?!! Betul ke? Adakah basikal yang harganya lebih dari RM 1000 lebih ringan? Wujud ke spesis basikal seringan kapas ni? Inilah persoalan yang mengganggu tidur dua orang jejaka dari sebuah negeri yang sering bertukar MBnya baru-baru ini. Bagi mencari jawapan, mereka yang kebetulan telah terbeli basikal mahal (jejak seribu kira mahal la) akhirnya membuat keputusan untuk menjalankan ujian MTB-Mari Tolak Beskal (sejenis acara rutin untuk sprinter yang sudahsemput bosan berkayuh).
Sabtu, 16 Mei 2009, 5.15pm, ijoi dan tukangkebun berdua-duan berpegangan handle menuju bukit togel. Dengan semangat setinggi gunung dan kudrat segagah kentang kayuhan dilakukan. Kayuhan bermula lancar sehinggalah mereka berhadapan dengan cerun yang agak hilang akal bagi penggemar MTB. Jelas terpancar kegembiraan kerana peluang untuk menguji tahap keringanan basikal menjelma jua. Pantas mereka berMTB mendaki ke puncak. Keseronokan berMTB semakin bertambah pabila kepala lutut masing-masing hampir menjejak dagu semasa MTB. Jalan berbatu rapuh turut menyerikan laluan ke puncak. Akhirnya, berjaya juga mereka berMTB sehingga ke puncak bukit togel. Pemandangannya memang cantik ditambah dengan hujan renyai dan angin kuat. Dari atas mereka mencuba pula laluan lain untuk turun. Dari jauh laluan turun tampak lazat dengan DH tahap dewa. Namun bagai indah kabar dari rupa, dari dekat laluan turun sebenarnya dipenuhi -batu-batu rapuh. Apa lagi, MTB lagilah mereka turun ke bawah pula.
Apa?!! Betul ke? Adakah basikal yang harganya lebih dari RM 1000 lebih ringan? Wujud ke spesis basikal seringan kapas ni? Inilah persoalan yang mengganggu tidur dua orang jejaka dari sebuah negeri yang sering bertukar MBnya baru-baru ini. Bagi mencari jawapan, mereka yang kebetulan telah terbeli basikal mahal (jejak seribu kira mahal la) akhirnya membuat keputusan untuk menjalankan ujian MTB-Mari Tolak Beskal (sejenis acara rutin untuk sprinter yang sudah
Sabtu, 16 Mei 2009, 5.15pm, ijoi dan tukangkebun berdua-duan berpegangan handle menuju bukit togel. Dengan semangat setinggi gunung dan kudrat segagah kentang kayuhan dilakukan. Kayuhan bermula lancar sehinggalah mereka berhadapan dengan cerun yang agak hilang akal bagi penggemar MTB. Jelas terpancar kegembiraan kerana peluang untuk menguji tahap keringanan basikal menjelma jua. Pantas mereka berMTB mendaki ke puncak. Keseronokan berMTB semakin bertambah pabila kepala lutut masing-masing hampir menjejak dagu semasa MTB. Jalan berbatu rapuh turut menyerikan laluan ke puncak. Akhirnya, berjaya juga mereka berMTB sehingga ke puncak bukit togel. Pemandangannya memang cantik ditambah dengan hujan renyai dan angin kuat. Dari atas mereka mencuba pula laluan lain untuk turun. Dari jauh laluan turun tampak lazat dengan DH tahap dewa. Namun bagai indah kabar dari rupa, dari dekat laluan turun sebenarnya dipenuhi -batu-batu rapuh. Apa lagi, MTB lagilah mereka turun ke bawah pula.
Hasil ujian MTB hari itu jelas menunjukkan bahawa spesis basikal kedua-dua mereka termasuk dalam kategori berat tak hengat. Syukurlah kini persoalan tentang berat basikal mereka terungkai juga. Tidur malam mereka juga lebih lena.
"Apasal rendah sangat bukit ni!", keluh ijoi dalam hatinya."Jadi la... yang penting MTB", kata hati tukangkebun pula.Pose istimewa majalah mangga keluaran mei 2009
Hujan renyai & berangin kat atas ni.Ijoi termenung jauh berhampiran puncak memikirkan masalah politik negerinya.
Kalaula ada 7eleven kat sini...
Kiri: perak, kanan: selangor, tengah: pokok.
Kalaula ada 7eleven kat sini...
Kiri: perak, kanan: selangor, tengah: pokok.
5 ulasan:
perrghhh... Min dgn Ijoi,.. dua riders raja bukit... respek wooo... sekali tgk pon seriyau wooo.. nmpak sayuuuupppppp ja kat bawah tuu... nnti nk kena berguru nih... dia punya pengeras nnti bayag bulan2 .. hehehe
perghhhhhhhhhhhhh.....
korang memang dasat la min... ijoi pun dah semakin mengganas sekarang.... aku jugak yang tak kayuh2 lagi nih... bz skit la semenjak dua menjak ni.... adoiiii.... tension betoi aku... rim basikal pon dan naik sarang labah2 daaa... kuikuikuikui... apa2 pun tahniah untuk korang berdua... hidup sprinter TM Bikers... !
hahaha! bukan raja bukit jie.. raja tolak bukit! dh dia kalau travel 160 aku ingat bolehla kut slow2 turun. kitaorang 'drift' aje..
ao, ijoi memang makin kuat. aku tercangkung-cangkung nak sampai atas, dia selamba aje.. bila hang nak bawak aku masuk maybank ni?
layan tu bro.. apsal tak redah jer DH.. baru keringanan tu terungkai segala persoalan terjawab :D
baru duduk atas beskal pun dah tertonggeng.. belum jalan lagi. muahaha...
Catat Ulasan