:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Selasa, 19 Mei 2009

MTB: Basikal ringan macam kapas?

Assalammualaikum semua...

Apa?!! Betul ke? Adakah basikal yang harganya lebih dari RM 1000 lebih ringan? Wujud ke spesis basikal seringan kapas ni? Inilah persoalan yang mengganggu tidur dua orang jejaka dari sebuah negeri yang sering bertukar MBnya baru-baru ini. Bagi mencari jawapan, mereka yang kebetulan telah terbeli basikal mahal (jejak seribu kira mahal la) akhirnya membuat keputusan untuk menjalankan ujian MTB-Mari Tolak Beskal (sejenis acara rutin untuk sprinter yang sudah semput bosan berkayuh).

Sabtu, 16 Mei 2009, 5.15pm, ijoi dan tukangkebun berdua-duan berpegangan handle menuju bukit togel. Dengan semangat setinggi gunung dan kudrat segagah kentang kayuhan dilakukan. Kayuhan bermula lancar sehinggalah mereka berhadapan dengan cerun yang agak hilang akal bagi penggemar MTB. Jelas terpancar kegembiraan kerana peluang untuk menguji tahap keringanan basikal menjelma jua. Pantas mereka berMTB mendaki ke puncak. Keseronokan berMTB semakin bertambah pabila kepala lutut masing-masing hampir menjejak dagu semasa MTB. Jalan berbatu rapuh turut menyerikan laluan ke puncak. Akhirnya, berjaya juga mereka berMTB sehingga ke puncak bukit togel. Pemandangannya memang cantik ditambah dengan hujan renyai dan angin kuat. Dari atas mereka mencuba pula laluan lain untuk turun. Dari jauh laluan turun tampak lazat dengan DH tahap dewa. Namun bagai indah kabar dari rupa, dari dekat laluan turun sebenarnya dipenuhi -batu-batu rapuh. Apa lagi, MTB lagilah mereka turun ke bawah pula.

Hasil ujian MTB hari itu jelas menunjukkan bahawa spesis basikal kedua-dua mereka termasuk dalam kategori berat tak hengat. Syukurlah kini persoalan tentang berat basikal mereka terungkai juga. Tidur malam mereka juga lebih lena.


"Apasal rendah sangat bukit ni!", keluh ijoi dalam hatinya."Jadi la... yang penting MTB", kata hati tukangkebun pula.Pose istimewa majalah mangga keluaran mei 2009

Pemandangan lebuhraya PLUS

Hujan renyai & berangin kat atas ni.Ijoi termenung jauh berhampiran puncak memikirkan masalah politik negerinya.
Kalaula ada 7eleven kat sini...
Kiri: perak, kanan: selangor, tengah: pokok.
Tanjong malim, perak.Hulu bernam, selangor.
Seronoknya MTB bukit togel...
Tolak beskal ye bang? turunpun tolak...

5 ulasan:

pojie tm berkata...

perrghhh... Min dgn Ijoi,.. dua riders raja bukit... respek wooo... sekali tgk pon seriyau wooo.. nmpak sayuuuupppppp ja kat bawah tuu... nnti nk kena berguru nih... dia punya pengeras nnti bayag bulan2 .. hehehe

AO berkata...

perghhhhhhhhhhhhh.....
korang memang dasat la min... ijoi pun dah semakin mengganas sekarang.... aku jugak yang tak kayuh2 lagi nih... bz skit la semenjak dua menjak ni.... adoiiii.... tension betoi aku... rim basikal pon dan naik sarang labah2 daaa... kuikuikuikui... apa2 pun tahniah untuk korang berdua... hidup sprinter TM Bikers... !

tukangkebun berkata...

hahaha! bukan raja bukit jie.. raja tolak bukit! dh dia kalau travel 160 aku ingat bolehla kut slow2 turun. kitaorang 'drift' aje..

ao, ijoi memang makin kuat. aku tercangkung-cangkung nak sampai atas, dia selamba aje.. bila hang nak bawak aku masuk maybank ni?

Afrezal Karim berkata...

layan tu bro.. apsal tak redah jer DH.. baru keringanan tu terungkai segala persoalan terjawab :D

tukangkebun berkata...

baru duduk atas beskal pun dah tertonggeng.. belum jalan lagi. muahaha...

Related Posts with Thumbnails