Petang 23 Julai 2008... Saya pusing2 kawasan taman perumahan kediaman saya di Bandar Behrang 2020 dengan anak2 menaiki motosikal...
Masuk lorong ni... Keluar lorong sana... Masuk depan... Keluar belakang...
Habis satu taman kami pusing...
Tiba2 mata saya ternampak satu lorong jalan tanah di belakang rumah salah seorang kawan... Memang rumah dia ni blok yang belakang sekali... Lorong tu menghala ke belukar dan terus ke kawasan lagang getah dan sawit yang memang dah lama wujud di situ...
Hati mula berdebar... Nak pegi tengok kemana penghujungnya lorong tu... Tapi anak2 ada kat atas motor...Tak elok plak nak bawak masuk hutan belukar tu... Tambahan pulak hari dan nak senja... Jam menunjukkan sudah pukul 6.15 petang...
Oleh kerana terlalu teruja nak tau jugak ke mana halanya lorong tu... Maka saya ambil keputusan untuk hantar anak2 pulang ke rumah terlebih dahulu... Kemudian nak datang semula... Nak tengok jugak... Nampak macam best jer lorong tu kalau layan ngan basikal...
Sampai kat umah... Ambik kamera... Terus gerak ke tempat kejadian tanpa berlengah...
Sampai je di permulaan lorong tu... Saya pun amek gambor le... Ini le dia lorong yang saya cakap tu...
Saya teruskan lagi walaupun hari dah mula gelap...
Semakin jauh saya menyusuri single trail yang tak putus-putus ini, semakin saya teruja... Namun malangnya hari sudah semakin gelap... Tak sesuai pulak rasanya nak terus masuk ke dalam ladang sawit dan getah ni pada waktu2 begini... Hari pun dah hampir Maghrib...
Saya mengambil keputusan untuk berpatah balik... Bila nak sampai mata saya terpandang drop nih... Ble tahan gak la... Kira boleh la daripada takder langsung... Kihkihkihkihkih...
Amek gambar lepas tu balik umah... Tapi saya akan datang balik untuk recce trail ni... Pasti saya akan datang balik...
Lagipun tempat ni kat belakang umah je...
Yang best lagi tu sebab single trail tu...
Insyaallah... Full loop recce berikutnya akan diuploadkan sebaik sahaja sesi recce dan trail marking dijalankan...
Kepada Geng TM Bikers... Bersedialah untuk layan trail nih....
See ya soon....