:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Isnin, 26 April 2010

RAJKUMAR : Terhangat di Tanjung Malim!! (23 April 2010)

TANJONG MALIM: Biarpun baru berusia 14 tahun, namun ketangkasan dan aksi hebatnya dalam dunia basikal lasak tempatan nyata memberi impak memberangsangkan. Pemuda kacak yang diberi nama Rajkumar baru-baru ini turut sama menyertai sekumpulan 14 orang pengayuh yang mengelarkan diri mereka TMBikers.

Dalam kayuhan pada Jumaat, 23 April 2010 itu, Rajkumar telah berjaya berkayuh sejauh 32km dari Tanjung Malim melalui Behrang Stesyen, Changkat Asa, dan kembali ke Tanjung Malim tanpa sebarang masalah. Beliau turut sama membuat demo aksi-aksi "freeride" bagi membimbing ahli-ahli TMBikers yang kebanyakannya kurang mahir dengan aksi lasak sebegitu. "Saya lihat ada ahli yang berminat dengan aksi lasak, tetapi mereka perlu banyak berlatih untuk menjadi mahir", ujarnya.

Ditanya mengenai calon yang menjadi pilihannya bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Rajkumar menasihatkan pengundi agar memilih calon yang benar-benar ikhlas bekerja untuk rakyat. Usai kayuhan tersebut, Rajkumar turut sama menyertai kumpulan pengayuh terbabit dalam sesi minum malam di RnR Ulu Bernam. Sebelum beredar, wartawan hiburan Majalah Pelam, tukangkebun turut bertanya desas-desus yang kononnya mengatakan beliau ingin melamar seorang bekas penyampai Radio Sinar yang kini berkhidmat di Suria FM. "Kami hanya sekadar teman tapi mesra. Saya belum terfikir untuk berkahwin, lagipun sayakan masih bersekolah".


Izani (kiri) & Fisol menahan sebak kerana tak dapat berkayuh bersama Rajkumar malam ni

TMBikers mengambil peluang untuk bergambar bersama Rajkumar. Cuba teka yang mana satu beliau?

Dari kiri: Zaki, Ramdzan, Leong, Apik, Pojie & Madi sabar menanti kehadiran Rajkumar di traffic light Kg Slim

Cikgu Pian dari Muar begitu teruja hingga tertutup matanya. Beliau sanggup memandu jauh dari Muar hanya semata-mata untuk berkayuh bersama Rajkumar

Anak-anak Izani turut sama datang untuk melihat Rajkumar dari dekat.

Tuan2 & puan2 memperkenalkan, RAJKUMAR!! Ramdzan (kiri) hanya pasrah kerana gelaran "Jejaka Maskulin Tanjung Malim" yang dipegangya selama 11 bulan kini bukan miliknya lagi!

Zaki (kanan) tanpa jemu memberikan kata-kata semangat kepada Rajkumar ketika mendaki bukit Changkat Asa. Bagaikan bapa dengan anak.

Walaupun dengan 3 botol air di dalam bakulnya, sedikitpun tidak menghalang Rajkumar daripada mempersembahkan aksi bertenaga!

Usahkan kami, Tan Sri Muhyiddin (dalam banner) turut gembira dengan kehebatan Rajkumar

Bergambar bersama Kamalanathan dari kiri: Zaki, Pojie, Izani, Tukangkebun & Apik. Rajkumar enggan bergambar sama kerana kepenatan.

Rajkumar bersama peminatnya, Syakir (tengah) dan Boy

Ujang pulak kepancitan. Rajkumar tiada kerana dah jalan dulu.

Separuh basi! : Kayuh malam (16 April 2010)

Jumaat, 16 April 2010. Assalammualaikum semua. Alhamdulillah kira-kira 10 hari yang lalu sekumpulan 18 orang anak muda dan anak tua telah berjaya berkejar-kejar sekitar laluan malam biasa mereka. Kayuhan malam tu nyata penuh dengan aksi-aksi rempit, bakar-membakar dan cucuk mencucuk. Pertembungan dua geng musuh ketat iaitu geng anak muda dan geng anak tua begitu hangat sampai ada yang tercabut cranknya! Marilah kita tengok sikit gambar-gambar berkualiti yang sempat dirakam kamera cap ikan tamban milik tukangkebun. Silakan! silakan! jangan malu-malu!

Macam biasa, gambar sengaja diblurkan untuk menampakkan kelajuan tahap gaban

Zaki (L) & Zul (R) antara geng anak muda yang beraksi malam ni

Ni pun geng anak muda jugak. Dari kiri: Fisol, Izani, Pojie & Shakir (geng anak tua)

Haa.. ni dia geng anak tua! Dari kiri menonggeng: Nasir, Amri, Rafi & kawan2

Geng anak muda lagi: Dari kiri Leong, Abad, Boy & Jefry

Haa.. yang ni spesel sikit, geng remaja harapan bangsa! Tukangkebun (kiri) & Ata (kanan)

Tu dia, lain keje takde! amik gambo aje!

Tengok dari tepi pulak amacam...

Skru crank Boy tertanggal pulak. Nasib baik member UPSI Mizan & Saiduri kebetulan lalu sini. Kalau tak menolak la sampai tg malim. p/s: Saiduri toksah pikir2 lagi, cepat beli beskal tuh!

Tak cukup satu support car, Apik pulak datang amik beskal Boy

Ketua geng anak muda Abad gembira di celah-celah frame

Apik (tengah), walaupun tak kayuh tapi gambo dia pulak yang banyak!

Pantang ada orang pegang kamera, dengan pantas kami berkumpul!

Fisol macam biasa, dengan gelojoh minum air

Kau menung apa tu jie?

Tukangkebun (berdiri) pun nak masuk jugak..

Dari kiri: Ujang, Bronco (paling muda baru abis PMR) & Fisol

Giler Basi!! : Kayuh Malam (18 Februari 2010)

Khamis, 18 Februari 2010. Assalammualaikum semua... Haa.... jangan muntah! jangan muntah!! Selaras dengan kerajinan tukangkebun selaku wartawan hiburan TMbikers maka terimalah koleksi gambar kayuh malam yang berabuk dah ni! huhu!! Punyelah dah lama cite ni sampai berapa orang kayuh pun tak ingat dah. Tapi laluan masih lagi laluan biasa kayuh malam iaitu Tg Malim (Klinik Syifa)-Proton City-Behrang Stesyen-Changkat Asa-RnR Ulu Bernam-Tg Malim. Jemput la tengok ye... Untuk kita aje!!

1st nite ride oleh Bronco (seluar biru)

Sekitar Taman Bernam

Traffic light Kg Slim: Apa yang Zaki (R) tengok tu?

Jambatan Behrang Stesyen: Izani tengah menurunkan darah ke kepala

Changkat Asa: 1st time tayar tukangkebun pancit, Bronco (tengah) & Rafi (kanan) turut sama menyelit untuk tujuan komersil

Wakil As-Sakinah (baju putih) pun sempat singgah jugak. Time kasih bang...

Juniors tapi laju 2 orang ni!

Lagi aksi menukar tiub.. eii apa dah lama sangat!

Abad (kiri) & Pak Din (tengah) jadi marshall berkereta malam tu. Kanan sekali Kapten Wan

Ok bebeh! jom jalan!!

Laa.. ingatkan dah siap! Tak siap lagi!

Lepak di RnR: "Sakit betul b*#t*t aku, macam kene l#w@t!!", kata Bronco

Burrppp!!!

Jumaat, 9 April 2010

Kayuh malam (07 April 2010)

Assalammualaikum ibu-ibu, bapak-bapak tolong akuu... ehhh apadah! Lama sungguh tukangkebun bercuti daripada arena penolakan basikal dan penulisan rohani kat blog tercinta ni. Untuk makluman ibu-ibu bapak-bapak sebenarnya alhamdulillah aktiviti kayuhan di Tanjung Malim sekarang ni semakin mendapat sambutan dan agak aktif. Cuma hamba aje yang tak dapat aktif atas keperluan negara.

Sekarang ni setiap minggu geng-geng beskal jajahan Tanjung Malim akan berkayuh road pada setiap malam hari Isnin, Rabu & Jumaat. Destinasi pulak adalah sama iaitu bermula dari Klinik Syifa (hadapan pintu utama UPSI)-Proton City-Behrang Stesyen-Changkat Asa-Klinik Syifa. Jadi kalau tuan-puan ibu-ibu bapak-bapak teringin nak mengayuh maka jemputlah ye. Takde beskal pun takpe, buleh follow naik kereta atau motor. Manalah tau kalau-kalau ada yang tewas bolehlah tukar-tukar. Maklumat kayuhan seperti mana tertera di atas blog.

Disertakan sedikit gambar yang agak blur (malam kan.. kamera hi-end lagi...) hasil kayuhan pada Rabu (07 April 2010). Dalam 13 orang yang turun kayuh malam tu iaitu: Izani, Izani Jr, Pojie, Bronco, Abad, Dzan, Boy, Zaki, Zul, Pak Din, Jeffry, Bro radiator (sori bro lupa nak tanya nama, tapi dia tokey kedai radiator) dan tukangkebun. Kami turut diescort oleh Madi dari Behrang Station. Kayuhan berjalan lancar cuma organ-organ sekitar kelengkang tukangkebun aje yang pedih.. maklumlah.. dekat dua bulan tak berusik you!! Hampir krem gituk nak sampai rumah! huhuhu!!!


Di traffic light simpat empat: senyum bangga Izani (kiri) & Zaki (kanan) ada reporter amik gambo

Pit stop 1: Atas jambatan Behrang Stesyen: Bronco & Pak Din sempat melenggang perut!

(L-R) Boy & Jeffry: Skuad pantas TMBikers

Izani Jr baru darjah lima dah kayuh macam ni.. Pakcik Pojie masa baya ni dulu masih isap nenen lagi! huhu!!

Pit stop 2: Changkat Asa

(L-R): Bronco, Jefry & Abad lepak di R&R Ulu Bernam

(L-R): Izani, Boy & Pojie

Dzan: "Takpe2 aku dah makan dah sebelum ride tadi.." sambil diperati oleh Bro Radiator

Related Posts with Thumbnails