Set 03 & Terakhir-Cross Banjaran Raub~Ulu Slim. Untuk lebih perisa dan tidak anti-climax, sedare-sedari dijemput melihat ceciter Set 01 dan Set 02 dahulu. Emmm... barulah seronot! Kalau tak best, takpelah. Kita bakor aje! bakor aje!!
Pukul 1.18pm. Baru sampai Sungai Sembilan. Separuh pun tak abis lagi.. Bila nak downhill nih?
Lain koje takde, lintaih sungai, lintaih pokok..
Hulala!! Betul-betul series tahap ketumbangan buloh betong ni. Angin kentut pun tak leh nak celah ni..
Terpaksa la kita divert ke laluan anak sungai, tangkap pinggang betul nak angkat beskal berat kat sini..
Walau sesusah mana sekalipun trail cross banjaran, bagi Nazri Ismail (depan) semuanye celah gigi aje.. Pikul la beskal aku sekali woi!
Tak sampai berapa langkah berenti balik.. bila nak sampai? Itulah kelebihan tmbikers, sape lambat kita tunggu. Bior ayam sama ayam, sayor sama sayor... sampai same-same.
Kesian Nazri Ismail, sedih aje mukanye. Mentang-mentang le tak bujang lagi, rase kecewa je kena pakse amik gambo dengan signboard Paya Bujang Dayat..
Tu dia! Amri sambut beskal kat bawah.. menandakan track pendownhillan dah semakin hampir!! yeeyyy bebey!!
Signboard dan batu sempadan yang menandakan kita kat tengah-tengah banjaran. Kiri Perak, kanan Pahang.. Kalau tak perati betul2 buleh terlepas batu sempadan ni, pasal terselit celah semak & pokok. Satu limpahan air ke Pahang, satu lagi ke Perak..
Pati, Amri & Bronco gumbira mencicahkan kaki kat sempadan Pahang-Perak. Selangkah aje lagi kira dah Cross Banjaran le.. Sepanjang laluan ni becak/ anak sungai kecik. Lupa teman nak menyenap gambo.
Aloy bergambo bersama satu spesis ubi. Kami tak cabut pasal nampak cuma ada sepokok aje kat sini. Kalau nak tau rasa daun dia buleh tanya Pati.. muahaha!!
Izani (kiri) menunjukkan amalan masyarakat orang asli yang meletakkan daun kat celah pokok sebagai tanda menghormati/ beri makan kat 'gajah'. Rasenye mesti bro husin yang letakkan daun kat situ tadi. Manakala tukangkebun berdoa semoga takde gajah yang nak lalu sini ari ni..
Kalau digunakan pandangan nurani, bentuk batu ni seakan-akan gajah, dengan kepala disebelah kiri dan buntutnya disebelah kanan. Tak nampak? Mesti semalam ada tengok omputih bercium kat TV tu..
3.00pm. Akhirnya sampai kat tempat RnR yang rasmi iaitu Guguk Kambing @ Batu Hidang. Kelihatan Nasir menunjukkan teknik kambing jantan mengepam tayor kat sini! huhu!!
Walaupun hampir lunyai, namun tukangkebun masih mampu memberikan pos manja facebook kat sini.. jangan jeles!
Kat atas batu hidang ni la, segala saki-baki nasi tumang, kaya bronco & sadin menjadi rebutan. Mengikut cerita orang lama kampung Ulu Slim, dulu sape2 je lalu sini pasti ada hidangan kat atas batu (sape sedia jangan tanya le). Tapi semenjak ade mamat yang b#r@k kat pinggannya, maka takdela lagi hidangannya. Tinggal nama aje Batu Hidang. Wallahhualam...
4.50pm. Sampai pun akhirnya kat sungai terakhir dalam Cross Banjaran sebelum Pos Bersih. Abad, Izani & Apik amik masa 6-7 jam naik motocross pegi balik sini~Pos Bersih.. huhu!!
Sape terer & takde telor buleh layan downhill nih, tapi teramat lah sempitnya, longkang dia ngam-ngam tayo beskal..
Kalau nak Cross Banjaran dinasihatkan bawak kuda hardtail dan yang spec pegi pasor aje.. bukan ape, kalau penat senang nak buang!
Tamat. Terima kasih. Lain kali datang lagi ye.. Kalau 1st time sampai, tengok jugak Set 01 dan Set 02.