:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Isnin, 25 Oktober 2010

Kayuhan Offroad Malam 25 Oktober 2010,... Persediaan untuk ECC Melaka



Assalamualaikum,.. salam sejahtera...

Sesi kayuhan offroad malam akan diadakan sebagai persediaan untuk Jambori ECC Melaka...

Hari/Tarikh : Isnin/25 Oktober 2010
Masa : 9malam
Tempat kumpul : Klinik Syifa
Laluan : Klinik Syifa-Kebun Pisang-R&R (Abad Filling Station)-Klinik Syifa...
Jarak : hanya kira2 15km

Jangan lupa tukar tayar sotong ke tayar offroad.....

Semua riders yang berminat adalah dijemput.... JOM MAIN SELUTTTT!!!

Khamis, 21 Oktober 2010

Kayuhan Offroad Malam,... Persediaan untuk ECC Melaka

Assalamualaikum,.. salam sejahtera...

Sesi kayuhan offroad malam akan diadakan sebagai persediaan untuk Jambori ECC Melaka...

Hari/Tarikh : Jumaat/22 Oktober 2010
Masa : 9malam
Tempat kumpul : Klinik Syifa
Laluan : Klinik Syifa-Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-R&R (Abad Filling Station)-Klinik Syifa...

Jangan lupa tukar tayar sotong ke tayar offroad.....

Semua riders yang berminat adalah dijemput....

Ahad, 17 Oktober 2010

Jambori Basikal Lasak UPSI 2010- Selesai sudah..... -update tambahan beberapa photo..


Assalamualaikum,.. salam sejahtera...

Alhamdulillah selesai sudah program Jambori Basikal Lasak UPSI 2010 pada hari ini (17 Oktober 2010).

Kami dari TMBikers, Procity dan penganjur utama iaitu Pusat Sukan UPSI ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan pengayuh serta kelab-kelab MTB yang telah menyertai dan menyokong program ini..

Tidak lupa juga penghargaan kepada penaja-penaja yang menyumbangkan hadiah-hadiah cabutan bertuah, pihak keselamatan UPSI, pusat kesihatan UPSI, Jabatan Bomba, Polis dan pelajar yang membantu perjalanan Jambori serta rakan-rakan yang menyumbangkan tenaga dan masa sepanjang persediaan dan perjalanan Jambori...

Di kesempatan ini,.. bagi mewakili pihak penganjur.. saya ingin memohon kemaafan di atas beberapa kepincangan terutamanya yang paling ketara ialah kelewatan waktu permulaan (flag off)...

Kami amat-amat berharap agar rakan-rakan serta ahli-ahli kelab yang menyertai jambori hari ini dapatlah menegur kesilapan, memberi kritikan dan cadangan-cadangan agar dapatlah kami memperbaiki dan mengambil iktibar atas kelemahan-kelemahan yang ada dari penganjuran kali pertama ini...

InsyaAllah dari sumbangan idea dan kritikan-kritikan yang akan diterima ini akan membantu kami dalam perancangan Jambori di tahun-tahun kehadapan... InsyaAllah...

Setiap teguran bolehlah dimajukan ke ruangan komen atau shoutbox...

Sekali lagi sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih dan InsyaAllah berjumpa lagi kita di Tanjong Malim di masa hadapan...

Wassalam..

*UPDATE... beberapa photo Jambori Basikal Lasak UPSI 2010 dari lensa Izani...

















Untuk koleksi penuh foto sila klik di sini...







Isnin, 11 Oktober 2010

Jambori Basikal Lasak UPSI - Makluman Terkini... 11 Oktober 2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera,...

Seperti yang kita sedia maklum,.. penganjuran Jambori Basikal Lasak UPSI 2010 adalah juga bagi meraikan pesta konvokesyen UPSI...

Dengan itu, dijangkakan suasana pada hari Jambori nanti akan meriah dan kemungkinan agak sesak dengan kenderaan ibu-bapa, ahli keluarga serta para pelajar dan secara tidak lansung akan menghadkan ruang parkir kenderaan....

Bagi mengatasi masalah kesesakan dan untuk memastikan keselesaan para peserta Jambori,.. pihak urusetia dengan kerjasama pihak keselamatan UPSI telah menyediakan kawasan khas untuk para peserta berkumpul dan memparkir kenderaan.

Untuk tujuan mengenalpasti kenderaan peserta, pihak urusetia telah menyediakan "pas kenderaan" untuk dicetak dan dipaparkan dicermin hadapan atau "dashboard". Dengan pengenalan ini, akan memudahkan pihak urusetia/keselamatan untuk menunjukkan laluan ke tempat berkumpul/parkir kenderaan peserta...

Sila Klik di sini untuk mencetak atau memuat turun "pas kenderaan"

Disertakan juga kemaskini terkini senarai peserta,.. jika ada persoalan silalah berhubung dengan urusetia Jambori atau boleh juga di taipkan ke shoutbox blog..

Sila klik di sini untuk kemaskini senarai peserta

Terima kasih. Wassalam..

Ahad, 10 Oktober 2010

Jambori Basikal Lasak UPSI - Makluman Terkini...




Assalamualaikum,.. salam sejahtera...

Terlebih dahulu, bagi pihak penganjur Jambori,.. kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan dan para peserta yang telah mendaftar dan menyokong Program Jambori UPSI ini...

Di sini disertakan senarai terkini para peserta yang telah mendaftar...

1. Sila klik di sini untuk senarai penuh peserta

2. Sila klik di sini untuk senarai peserta mengikut kategori


Seterusnya, dilampirkan peta lokasi melapor diri dan mengambil "goodies" pada hari jambori nanti... (Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas)



Jika terdapat sebarang pertanyaan, peserta bolehlah hubungi urusetia Jambori:
  1. En. Effendi- (Pusat Sukan UPSI) : 012 2391395
  2. En. Izani- (UPSI/TMBikers) : 012 6370885
  3. En. Fisol- (UPSI/TMBikers) : 013 3045457
  4. En. Badrul aka Abad- (TMBikers) : 019 6679011

Selamat beriadah dan ceria selalu... Terima kasih...

Selasa, 5 Oktober 2010

Pendaftaran Bernam Jaya MTB Jamboree 2010


PERHATIAN..... PERHATIAN....

Assalamualaikum.... Salam Sejahtera...

Kepada kawan2 yang berminat untuk menyertai Bernam Jaya MTB Jamboree 2010 pada 5 Disember 2010, sila berikan nama, no kad pengenalan dan bayaran yuran pendaftaran kepada Fauzie...

Pendaftaran akan dibuat dalam satu kumpulan untuk memudahkan urusan pembayaran dan kutipan goodies semasa hari jamboree nanti..

Kutipan yuran sebanyak RM50 seorang akan dibuat pada sesi kayuh akan datang iaitu Rabu malam : 6 Oktober 2010 dan semasa majlis tahlil di rumah Izani pada Jumaat : 8 Oktober 2010...

Sila nyatakan juga jika ingin membuat tempahan no plate; tempahan adalah percuma...

Terima kasih

Ahad, 3 Oktober 2010

Majlis Tahlil Allahyarham Sharafie

Assalamualaikum..

Satu majlis tahlil dan doa selamat akan diadakan sempena 40 hari kembali ke Rahmatullah Allahyarham Syarafie.

Butiran seperti berikut :

Tarikh : 8 Oktober 2010
Masa : 9malam (Selepas solat Isyak)
Lokasi : Rumah Izani (Kota Malim Prima)

Sahabat2 TMBikers dan yang mengenali arwah adalah dijemput...
Terima kasih..


Peta Lokasi

View izani in a larger map
Related Posts with Thumbnails