:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Sabtu, 28 November 2009

Kayuh petang ke Bukit Togel (25 November 2009)

Rabu, 25 November 2009. Assalammualaikum dan selamat aidil adha semua. Tersebut al- kisah maka sempatlah terjadi satu sesi kayuhan petang sebelum cuti hari raya hari tu. Cuma tukangkebun & pojie aje yang kayuh. Rancangan asal ialah nak kayuh road aje. Tapi bila melihatkan cuaca yang ala2 suam2 kuku tu maka bertukarlah ke off road pulak. Destinasi ialah kaki Bukit Togel, hehe!! Bergerak dari Ketoyong Damai~Kg Chabang Lima~Kg Lambak~Kg Hasan~Bukit Togel~balik. Mula jam 5.35 pm, abis 7.00pm. Jarak dalam 13km aje, jadilah... yang penting cicah tanah!

kembang kuncup tukangkebun mendaki
ok stop! cukup lah tu, amik napas..
jom balik! pojie berbelakangkan bukit togel
dulu tinggi sikit jambatan ni, runtuh kena sapu air agaknya
bandingkan pojie dan ijoi di tempat yang sama dulu
ni la laluan feveret tukangkebun, tepi sungai menuju kg lambak

2 ulasan:

pojie berkata...

bila lg nak repeat, Min?... kita kayuh smpai muntah ijau..hehehe apa2hal kasitau noo..

tukangkebun berkata...

bole.. nanti bila cuaca suam2 kuku kita terjah lagi.

Related Posts with Thumbnails