:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Sabtu, 28 November 2009

Kayuh petang ke Bukit Togel (25 November 2009)

Rabu, 25 November 2009. Assalammualaikum dan selamat aidil adha semua. Tersebut al- kisah maka sempatlah terjadi satu sesi kayuhan petang sebelum cuti hari raya hari tu. Cuma tukangkebun & pojie aje yang kayuh. Rancangan asal ialah nak kayuh road aje. Tapi bila melihatkan cuaca yang ala2 suam2 kuku tu maka bertukarlah ke off road pulak. Destinasi ialah kaki Bukit Togel, hehe!! Bergerak dari Ketoyong Damai~Kg Chabang Lima~Kg Lambak~Kg Hasan~Bukit Togel~balik. Mula jam 5.35 pm, abis 7.00pm. Jarak dalam 13km aje, jadilah... yang penting cicah tanah!

kembang kuncup tukangkebun mendaki
ok stop! cukup lah tu, amik napas..
jom balik! pojie berbelakangkan bukit togel
dulu tinggi sikit jambatan ni, runtuh kena sapu air agaknya
bandingkan pojie dan ijoi di tempat yang sama dulu
ni la laluan feveret tukangkebun, tepi sungai menuju kg lambak

Khamis, 26 November 2009

Salam AidilAdha 1430




Salam Aidiladha buat semua umat Islam di mana sahaja berada,
maaf zahir & batin.. & Berhati2 di jalanraya... semoga selamat semuanya..

Tingkatkan pengorbanan, suburkan keikhlasan, semoga kita senantiasa dinaungi rahmat Allah SWT. InsyaAllah...

ikhlas dr TMBikers..

Rabu, 25 November 2009

Kayuh petang (22 November 2009)

Ahad, 22 November 2009. Assalammualaikum semua. Lama sungguh tak kayuh. Takde ape nak dicerita. Cuma sempat kayuh road aje petang tu dalam gerimis. Laluan Ketoyong~Behrang Station~Proton City~Simpang 4 (Yik Mun)~Ketoyong. Mula 5.30-7.00pm, 26km. Jadila, buat2 sengal bontot...

dari behrang station ke proton city
berenti akibat sengal

Jumaat, 6 November 2009

Tabung Derma Untuk Hariri

Tabung Derma Pembedahan Ahmad Khariri Al-hadi
Pelancaran Tabung Derma Pembedahan Ahmad Khariri Al-hadi adalah berlandaskan rasa tanggungjawab sesama insan yang amat memerlukan bantuan.... Marilah kita sama2 membantu meringankan beban Khariri dengan menyumbangkan seberapa terdaya ke Maybank2u 162106646530 atas nama AHMAD KHARIRI AL-HADI. Beliau adalah seorang PENDERMA HATI kepada Allahyarham Adik Yohit pada tahun 2005 yang mendapat liputan meluas di seluruh negara.
Beliau juga adalah adik kepada rakan sepersekolahan saya Sdr A'ala Shah...
Semoga Hariri dan seluruh keluarga diberikan ketabahan menempuh dugaan ini dan sebagai insan perihatin marilah kita sama2 membantu untuk meringankan beban yang ditanggung untuk menampung kos pembedahan beliau iaitu sebanyak RM12000

















Kepada kawan2 yang ingin membantu, salurkanlah sumbangan anda ke akaun bank yang tertera di atas... Insyaallah segala sumbangan kita akan diberkata Allah jua hendaknya...

Kepada mereka yang mempunyai akaun Facebook, sila click link ini untuk maklumat lanjut...

http://www.facebook.com/home.php#/profile.php?id=1545304861&ref=name

Add saya sebagai friend dan anda akan dapat mengikuti perkembangan terkini selanjutnya..

Segala sumbangan yang anda semua hulurkan, terlebih dahulu saya bagi pihak keluarga Khariri mengucapkan ribuan terima kasih.. Semoga Allah jua yang membalas budi baik saudara sekalian...
Related Posts with Thumbnails