:: TMBikers Next Ride... Mana..? Bila...? ::


Tajuk:
KAYUHAN MALAM BERSAMA KAK LIMAH
Tarikh:
Setiap hari Isnin & Rabu (ROAD)
Tarikh: Setiap hari Jumaat (Takde hantu: OFFROAD/ Ada hantu: ROAD)
Masa kumpul: 9.00 malam
Lokasi kumpul: Parking lot Klinik Syifa (depan pintu utama UPSI)
Masa Tayar Golek: Lepas semua dah tak sabo..
Trail road: Tg Malim-Proton City-Behrang Stesen-Changkat Asa-Tg Malim
Trail offroad:
Tg Malim -Ladang Behrang-Behrang 2020-Behrang Stesen-Kg Kelawar-Kg Lambak-Tg Malim
_______________________________________________________________________________________________

Tajuk:
KAYUHAN HUJUNG MINGGU INI
Tarikh:
28 April 2011 (Sabtu)
Destinasi: FRIM (Start dari Hospital Kusta, Sungai Buluh)
Masa kumpul: 7.30 pagi
Lokasi kumpul: Mamak 24 jam, Tanjung Malim
Masa Keta Golek: Lepas roti telo masuk perut
Ketua rombongan: Abad
Pesanan Kak Limah:
Awak nak tolak je sampai Heli Pad



Peta laluan "Road" :


Peta laluan "Off-Road Malam" (agak2 saja daa) :


:: Jangan lupa bawak air, minyak urat, tiub, tools & reflektor tau ::
:: Jangan lupa tukar bateri & pasang segala jenis lampu lip-lap, kalimantang, spot light, lampu jalan, etc. tau! ::
:: Jangan lupa ajak jiran-jiran yang lawa sekali tau! ::

Halaman

Jumaat, 8 Mei 2009

Bukit Togel Recce Martin Ride

Assalammualaikum semua... Apa khabar? Dah makan? Kihkihkih!!

Semalam 07 Mei 2009, sejak pagi aku tak senang duduk. Menggigil-gigil kaki ni, maklumlah dah 2 minggu lebih tak kayuh. Akhirnya petang tu dengan pantas aku punch out dan memandu selaju gaban balik ke rumah. 5.30pm, aku dah siap. Lokasi kali ni ialah Bukit Togel. Ride sesorang membawa diri... muahaha!!

Bukit Togel? Kat mana tu? Sebenornye nama betul bukit ni aku pun tak tau. Cuma pasal bukit ni dah togel sebab diorang baru tanam getah... so aku panggil la Bukit Togel. Jika ada yang tau nama sebenarnya bolehla beritahu ye. Kalau tuan2 dan puan2 ke pekan Tanjong Malim, bukit ni jelas kelihatan togelnya menjadi latar pekan tercinta. Dari jauh boleh nampak tracknya, tu yang tak boleh tahan tu... Di sebelah belakang bukit ada menara pemancar telco yang boleh diakses dari Changkat Asa. Sebenarnya ini ialah kali ke-3 aku recce track ni. First time ikut Kg Hasan (Ulu Bernam) sampai kaki bukit aje, tengah hujan pulak. Second time aku naik dari Kg Lambak pulak. Dok pusing2 kat atas sebelah tepi bukit berhampiran menara telco, banyak mendaki daripada berbasikal.

Alhamdulillah kali ni baru aku berjaya jumpa proper trail head untuk ke bukit ni. Aku kayuh dari Ketoyong Damai-Taman Wangsa (ikut jalan sebelah railway)-Kg Chabang Lima-Kg Lambak (lintas sungai)-kedai buah (border jambatan TM-Ulu Bernam)-Kg Hasan-Bukit Togel. Sungguhpun begitu, aku gagal ke puncak bukit pasal penat tak hengat. Hati mau pegi tapi nafas macam nak mati. Total distance: 14+km. Insyaallah lain kali aku cuba lagi bawak bersama geng bas sekolah yang lain. Jemputlah ye menjamu gambar2 yang ada.

Jambatan kg lambak. Masa 2nd recce aku naik bukit kat belakang tu
Hujung minggu ramai yang mancing kat sini
Bukit togel dari jauh
Lalu tepi sungai
Kaki bukit, kat sini dah semput dah
Kat tengah, mintak nyawa...
Pemandangan ke arah selangor
Pekan tg malim
Penat tahap gaban...
Sikit aje baru..
Kebun sayur
Laluan masuk baru jumpa, on the way back
Meet the locals
On the way balik
Jambatan sempadan pekan tg malim-ulu bernam

3 ulasan:

AO berkata...

wohooooo.... akhirnya tercapai juga hasrat murni aku untuk melihat gambor2 sprinter geng bas sekolah menakluki bukit togel yang tersergam gagah dipinggir pekan Tg Malim... Syabas shabatku... Kaulah sprinter harapan TM Bikers....
Aku memang nak sangat join lain kali... kalau nak repeat lagi...roger2 la aku !

tukangkebun berkata...

bila hang terasa nak ride aje call terus aku. aku insyaallah buleh selit mana2. hang ni semenjak jadi speaker DUN ni sibuk memanjang aje.. muahaha!!!

tapi kalau nak naik kene pegi petang, pagi tak berapa cun. panas!!

pojie tm berkata...

perrghhh... bravoo Min,.. hang mmg kelass la bro.. bukan calang2 rider bleh panjat bukit mencanak.. tgk gambag pon dah seriyau.. apa2pon tima kasih upload gambag al-togey tuu.. merasa jgk tengok trail camna.. nnti2 kalau nk kayuh mau muntah ijau aku ahahah..

Related Posts with Thumbnails